CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wawa Zainal Terkilan Ramai Aktres Tolak Berlakon Filem Sulungnya

23-6-2021 03:59 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16066| Komen: 72|Original author: Oleh: LilRose

Wawa Zainal mendedahkan mengambil masa lama untuk memilih pelakon bagi membintangi filem pertamanya.

Kata pelakon dan usahawan itu, dia terkilan kerana ramai aktres menolak tawarannya untuk berlakon dalam filem Sabda Kekasih.


Jelas Wawa, tawaran berlakon itu ditolak bukan kerana bayaran sebaliknya tidak yakin dengan syarikat produksi miliknya dan suami, Aeril Zafrel yang baru setahun jagung dalam industri seni.


Kredit foto: IG

"Syarikat saya dan Aeril iaitu Respected Citizen Production Sdn Bhd memang masih lagi baru dan filem Sabda Kekasih adalah produk sulung kami.

"Mungkin disebabkan itu ramai yang masih was-was dengan kemampuan kami. Rasanya bukan disebabkan oleh bayaran.

"Mungkin juga alasan disebabkan berlakon di samping Wawa Zainal dan perlu membawakan watak kedua. Apapun kami bersyukur kerana mendapatkan seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya iaitu Sharifah Husna," katanya kepada Suara Merdeka.


Bagaimanapun, mereka bersyukur apabila dipertemukan dengan Sharifah Husna menerusi Instagram yang berjaya membawakan watak itu.

"Aeril yang nampak dia di Instagram dan kemudian, kita nampak memang Sharifah Husna boleh membawakan watak tersebut dengan baik sekali," katanya.



Mereka juga bertuah mendapat khidmat dua pelakon hebat, Fauziah Nawi dan Sabri Yunos untuk membintangi filem berkisar pemuzik jalanan, Bukhari (Aeril Zafrel) yang mengubah kejahilan dirinya kerana cintakan seorang gadis iaitu Kasih Murni (Wawa Zainal).



Sabda Kekasih akan ditayangkan di saluran Astro First 480 mulai 24 Jun ini.

Kita nantikan hasil karya sulung pasangan suami isteri ini. Gempak ke tak? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-6-2021 04:09 PM
Sape funder?

Quote Nana_Man 23-6-2021 04:15 PM
Mcm syiok sendiri je.
Quote krustykrab 23-6-2021 04:15 PM
sharlenetexas replied at 23-6-2021 04:09 PM
Sape funder?

Errrrr...takut nya
Quote reen8601 23-6-2021 04:23 PM
harap filem yg dihasilkan berkualiti
Quote dudaberhias 23-6-2021 04:25 PM
tengok poster pun dah tahu...
orang takut sebab entah2 filem syok sendiri dan di paksa2 tacap lipstick lipmatte wawa kentot dia tu yang kering... habis rosak bibir orang nanti...

confirm lepasni keluar berita filem berjaya kutip 56 billiyon....
Quote ImpianSeroja 23-6-2021 04:27 PM
Dah mula jd peminat sharifah husna sejak dia berlakon watak perempuan psycho dlm drama tv3..tak ingt tajuk
Quote nellyberry 23-6-2021 04:32 PM
Dah tu hero ngan heroin kamurang berdua. Siapa mau jadi extra. Mesti semua nak jadi watak utama.
Adoi.
Quote sleepandream 23-6-2021 04:35 PM
laki bini produce pilem laki bini sendiri belakon?
pastu org nak tengok kene bayar lagi dekat astro?
Quote fazila17 23-6-2021 04:38 PM
Korang lalu lalang kat explore ig pun dah cukup dah

Tak kuasa nak bayar untuk tengok filem korang

Quote anony-mous 23-6-2021 04:43 PM
Xminat 2 ketul ni. Tp tgk suntingan mcm cantik
Quote cupu 23-6-2021 04:45 PM
Mmg takkan ku beli la...tyg dkt tv pun xhingin tgk
Quote Suchi 23-6-2021 04:47 PM
Skrip ko tak bagus kot takpun aktress tu busy.
Bila sendiri jd producer sendiri jadi hero heroin bau2 syok sendiri tu sangat jelas yaaa

Quote MariaClara 23-6-2021 05:01 PM
laaa kenapa sendiri jadi hero heroin...adoiii cari la org lain kot yer pon...
Quote sarah82 23-6-2021 05:05 PM
Dah serupa citer Kiamat sudah dekat.. Eh..
Quote BabyOnEarth 23-6-2021 05:08 PM
sendiri produce, sendiri laki hero heroin. jimat blanja ke tu 🤭
Quote Firis 23-6-2021 05:33 PM
anony-mous replied at 23-6-2021 04:43 PM
Xminat 2 ketul ni. Tp tgk suntingan mcm cantik

Kan nmpk cantik, impress jgak aku
Quote kiah_mai_pulak 23-6-2021 05:37 PM
confirm offer dgn bayaran ciput ala kadar..
Quote haruslah 23-6-2021 05:43 PM
I skeptikal kalau producer/pengarah jd pelakon utama...mcm sol anak papa tu
Quote KucingBiru 23-6-2021 05:59 PM
Company sendiri, sendiri arah, sendiri belakon.

Aku yang bukan pelakon pun tak teringin nak kerja dgn production macam ni.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057939 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top