CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Orang Busuk Hati, Lan Solo Kena Saman Lagi

22-6-2021 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25693| Komen: 164

Penyanyi Lan Solo kecewa apabila masih ada individu tidak berpuas hati dengan perniagaannya sehingga terpaksa berdepan saman sekali lagi.

Kejadian tersebut berlaku pagi tadi ketika Lan melakukan kerja-kerja memunggah stok yang baru tiba di kedainya di Puchong Prima, Selangor sebelum didatangi dua orang penguasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).


Dakwa MPSJ, Lan disaman atas alasan lori kontena yang menghantar stok menghalang lalu lintas.

Foto: Kosmo
“MBSJ datang lagi. Puas hati kau wahai pengadu? Waktu aku angkut barang dari kontena, masa itulah ada orang buat aduan dan MBSJ terus datang buat kerja. Allahuakbar.

“Katanya aduan mengganggu lalu lintas! Kat mana yang aku ganggu lalu lintas? Pagi buta sesak tang mana? Keadaan kedai agak sibuk tu aku faham lah. Yang kau mengadu tak habis-habis tu dah kenapa! Jadi disebabkan ada aduan, mereka tetap kena keluarkan saman. Terima kasih @sjcitycouncil,” tulisnya pada ruangan kapsyen video yang dimuatnaiknya sebentar tadi.



Foto: IG


Dalam rakaman video berkenaan, Lan jelas kelihatan kecewa kerana tidak semena-mena disaman dan dituduh mengganggu lalu lintas sedangkan keadaan jalan di hadapan kedainya pada waktu itu agak lengang.

Dedah bekas vokalis kumpulan Kristal itu lagi, ini bukan kali pertama dia dikenakan saman oleh MBSJ dan pengadu yang membuat aduan tersebut merupakan orang di sekelilingnya.




“Tak tahu nak cakap apa. Apa masalah kau sebenarnya. Aku cari makan je kot. Dahlah musim PKP macam ni, jualan pun tak menentu.

“Sekarang cerita dia, kalau kau rasa tak puas hati dengan aku, dengan kedai aku, beritahu je. Kau tak payah nak buat aduan kepada MBSJ sampai susahkan mereka kena datang tengok dan keluarkan saman.

“Aku tak kisah sebab mereka buat kerja. Tapi masalahnya kau tu dah kenapa tak habis-habis. Orang Melayu kot nak meniaga. Tolonglah. MBSJ dah ambil tindakan, kau puas hati kan? Terima kasih banyak-banyak, semoga urusan kau dipermudahkan dunia akhirat,” luahnya.



Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, 36, membuka kedai Solo Borneo Mart yang menjual produk makanan kering dari Sabah dan Sarawak sejak tahun lalu.


Bagaimanapun pada November tahun lalu, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim mendedahkan kedai mereka sudah berkali-kali diserbu penguatkuasa kerana menerima aduan tanpa mengetahui motif sebenar pengadu.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 22-6-2021 05:18 PM
Tkejut tgk rambut anak2 die.
Quote Sambalberapi 22-6-2021 05:36 PM
Mntk maaf ckp, terkezut aku tgk ank2nya.  
Quote shernazz 22-6-2021 05:36 PM
Kedai area situ kedai apa je..
Bengkel banyak la
Ke bengkel2 tu yang mengadu?
Depan tu prima.walk..pagi buta.pung tak.bangun.lagi...
Baru semalam.lalu depan kedai lan solo ni..hajat nak beli sirap sun valley tu ..iols suka sangat..hahaha
Tapi tak jadi..sebab rushing nak cari kedai kunci..haha
Quote epal21 22-6-2021 05:39 PM
Masih blonde lagi ke anaknya? Onty teringatkan cek non je bila terpandang budak2 tu. Maafkan onty.
Quote eyansss 22-6-2021 05:42 PM
penampakan anak2 dia tenggelamkan isu utama thread ni…  hahaha…
Quote purplelilac 22-6-2021 05:44 PM
Kesian anak2 mcm bajau laut Patutnya mak ayah dia nasihatkan anak2 yg kecil tu kalau nak warna rambut kene sesuai ikut warna kulit. Entahlah mak ayah ni haih.
Quote melinda_kerr 22-6-2021 05:46 PM
purplelilac replied at 22-6-2021 05:44 PM
Kesian anak2 mcm bajau laut  Patutnya mak ayah dia nasihatkan anak2 yg kecil tu kalau nak warna r ...

Hahahaha tegelak i… mmg betullah mcm anak2 bajau laut rambut gitu. Atleast anak2 bajau laut rambut original tau. Ni siap g salon sana nk warnakan.
Quote fadz84 22-6-2021 05:50 PM
Astaga pesal la dye rmbt ank2 cmtu.. dh rupa org asal..
Quote sharlenetexas 22-6-2021 05:52 PM
Teringat anak2 heols warna rambut macam pilak

Quote anony-mous 22-6-2021 05:52 PM
Bileh x heols sorok ank tu seketika ? I xnk buat dosa. Lintasan hati pon berdosa. Xbaik kutuk ciptaan Allah . Ank Black dlu pon aku x ada sekelumit rasa nk kutuk tp yg ni, hmm betul2 mcm Mo***t.
Quote babycc 22-6-2021 05:52 PM
Ermmm.. gambar yg anak2 ngan bini jelir lidah tu.. mcm x terucap kata lah.. kalau ckp takut kecik hati.. haih!!
Quote lanse 22-6-2021 05:52 PM
Ya tuhan. Rambut anak anak dia.
Quote KIM.K 22-6-2021 06:03 PM
Pada pendapat aku, saman SOP dan main undang2 ni mmg pendapat aku kat porum pun. Belajar main undang2 as i said. Cuma cikgu diorg ni mickey mouse amik buat silibus.

Jijang ni masih lg cikgu scammer yach. Sebelum ni dia ajar anak buah make mischieve macam hajah sampai kena pangkah dgn netizen. Gigih la fam jahsaman buat hal sampai reputasi hancur.
Now dia improvise sikit ajar berdrama raih simpati anak yg tertukar, eksiden moto etc.

Heol memang celake yach..umpama surgeon yg offer teknologi face reconstruction yg belum berkembang di zaman 90an. Ramai2lah mak datin buat muka ponen dengan dia. Sekarang cosmetic surgery Korea lg advance. Tapi nak baiki muka jahanam dah takboleh. Camtulah perumpamaan amik ilmu dia.

Bertahun2 dah nama jahsaman tu rosak. Apa yang tinggal pun taktau

Quote kikiharris 22-6-2021 06:11 PM
Tolong tukar warna rambut anak2 kau boleh.
Malas nk komen panjang, kang insult terus jadinya
Quote whimsicalmusic 22-6-2021 06:14 PM
Kalo xde traffic nape mpaj keluarkn saman tu jgk?
Quote addamnor 22-6-2021 06:33 PM
Ya Tuhan.. berkerak nya anak2 kamu., kamu sedar ke tidak naturally blonde ini hanya sesuai dengan kulit putih? Thats why tuhan tak pernah cipta blonde di kalangan asians & black, sbb huduh bila berpadanan dgn warna kulit yang tidam cerah. Dan juga huduh utk hidung penyek. Tak sesuai dekkkk
Quote ImpianSeroja 22-6-2021 06:57 PM
Lagi byk komen pasal rambut ank anaknya dari komen pasal saman kedai
Quote slyfynx 22-6-2021 06:58 PM
Bodo la warnakan rambut anak2 tu.
Serious tindakan yang sgt bodoh
Quote dubuk 22-6-2021 07:06 PM
wowww anaknya keturunan english people mungkin mengikut dari susur galur moyang yang terdahulu

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047820 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top