CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nama Saya Taufik,"-Peminat 'Gila' Ajak Faradhiya Kahwin

22-6-2021 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3679| Komen: 12

Penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya sekali lagi diganggu peminat ‘gila’ dalam Instagramnya apabila diajak untuk berkahwin oleh seorang lelaki tidak dikenalinya.

Menerusi satu hantaran dalam InstaStory, penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu berkongsi tangkap layar berupa mesej lamaran yang dikirim lelaki bernama Taufik menerusi Instagram.


Foto: IG

“Love you (Sayang awak). Saya nak kahwin dengan awak boleh? Saya peminat awak. Nama saya Taufik,” tulis peminat misteri tersebut,

Ekoran sudah tidak tahan dengan gangguan seumpama itu, Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 37, berharap supaya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan hari ini segera berakhir kerana makin ramai orang tidak betul (gila).



"Nama Saya Taufik,"-Peminat 'Gila' Ajak Faradhiya Kahwin


“Cepat-cepatlah negara kita habis PKP. Cepat sembuh! Sebab makin ramai orang yang tidak betul. Dapat mesej orang ajak kahwin. Dulu tidak seteruk ini. Seram!” tulisnya dalam InstaStory.

Sebelum ini, Farahdhiya ada membuat kenyataan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya dia masih diganggu dengan mesej-mesej berbaur lucah oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Ujarnya, selain diganggu dengan mesej-mesej tidak menyenangkan, dia juga kerap menerima kiriman gambar tidak senonoh berupa kemaluan lelaki. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 22-6-2021 05:14 PM
Ala setakat dm2 camni, followers I pun banyak ok buat cenggini.. cuma I bukan artis je
Quote CiliPadiSedap 22-6-2021 05:20 PM
kakigojes replied at 22-6-2021 05:14 PM
Ala setakat dm2 camni, followers I pun banyak ok buat cenggini.. cuma I bukan artis je

saiz kurex atau 2b?
Quote cheezel 22-6-2021 07:09 PM
dia ni mcm serius sgt. xyah layan la. benda biasa la tu. bkn artis pn dpt cmtu gak
Quote dudaberhias 22-6-2021 07:10 PM
kakigojes replied at 22-6-2021 05:14 PM
Ala setakat dm2 camni, followers I pun banyak ok buat cenggini.. cuma I bukan artis je

Tu la, DM2 macamni iols pun selalu je dapat. Actually kan yang DM ni laki miang gatal mat rempit yang memang predator. DM ni dia takkan DM sorang perempuan je selalu 10-20 orang sekali. Mana satu dia dapat yang tu la jadi lauk pauk dia. Samada dia nak scam orang tu atau puaskan nafsu keinginan dia.

Lepastu akaun2 macamni la yang akan gigih mengigih komem aurat orang dekat FB atau IG.

Sebabkalau orang normal dan beragama ni memang takde masa nak kritik aurat orang ataupun nak tinggalkan komen sedemikian. Ustazah2 ke lecturer agama pun takde pun macamtu.
Quote kakigojes 22-6-2021 07:14 PM
dudaberhias replied at 22-6-2021 07:10 PM
Tu la, DM2 macamni iols pun selalu je dapat. Actually kan yang DM ni laki miang gatal mat rempit y ...

Betultu!!

Lagipun ni standard la, cause cuba bayangkan, I DM 100 artis, pastu 1-2 miang layan, mesti la (1) I akan rasa wow, artis jawab DM I la atau (2) ok cun, artis jawab reply, boleh perangkap then share to socmed perangai ni

Betul sangat apa u cakap tu! Setuju 800 billion percent!
Quote LadyCarefree 22-6-2021 09:04 PM
Retis sendu je batak benda mcm ni
Quote ImpianSeroja 22-6-2021 11:33 PM
Peminat kan macam macam..ignore je la fara oii
Quote balakkampung 23-6-2021 09:11 AM
laa..apa yg gila nya takat DM camtu..lain la kalau dia antar gambar bogel..ntah2 memang laki tu serius nak ajak kahwin.
Quote bulalof 23-6-2021 11:36 AM
harkkallaahhh....

dah bungkam senyap kena up balik nama dgn up cerita bahalol camni.

eeeuuuwww sangatlahhhh........
Quote doubleharmonic 23-6-2021 12:17 PM
helok ke taufik tu?
Quote Purina 23-6-2021 12:28 PM
Byk je  dpt DM cmtu..ignore je la..klu dh stress sgt block..lg dilayan lg mjadi..lg ko layan lg ko stress..
Quote cikanggun 24-6-2021 04:17 PM
Cuba dia reply ala2 Steffi Graff tu... "How much money do you have?" Settle terus {:smile

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.058226 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top