CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Anjoulie Kongsi Gambar Adik Lelaki Kacak, Ramai Yang Cuba Nak Jadi Ipar

22-6-2021 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13742| Komen: 41

“Hidung adik Anju terpacak…sebijik macam daddy dia…like father like son”

Tidak dapat dinafikan, individu yang memiliki darah kacukan ini kebanyakkannya dianugerahkan rupa paras yang tampan dan cantik!


Wajah ala-ala Pan Asia ini sering dikatakan memberi bonus untuk dilamar menjadi model kerana dek wajah yang sempurna.

Bagi insan biasa, wajah fotogenik kacukan menjadi dambaan kerana membuatkan setiap gambar yang dimuat naik ke Instagram kelihatan cantik dan persis gaya seorang model.

Foto: IG

Apa yang lebih menarik adalah jika kesemua adik-beradik mempunyai pesona wajah yang cantik dan kacak pastinya meraih tumpuan orang ramai.

Terbaharu, laman Instagram Anju menarik perhatian ramai terutama peminat wanita apabila dia berkongsikan video selfie bersama adik lelakinya yang dikatakan memiliki ketampanan wajah persis pelakon, Ashraf Sinclair.



Hantaran yang dimuat naik itu meraih perhatian mata-mata wanita yang begitu kagum akan wajah adik lelakinya itu sehingga ramai yang ingin berkenalan sekali gus meminta selebriti ini memberikan nombor telefon kepada peminat-peminatnya.

Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa Anju sudah pasti tahu yang pelakon berkenaan sangat jarang bergambar dengan ahli keluarga mahu pun mendedahkan kepada umum.

Hanya pada majlis-majlis tertentu sahaja Anju akan berbuat sedemikian, malah dengan pendedahan wajah adik lelakinya itu, ramai yang teruja sehingga video berkenaan mendapat tanda suka lebih daripada 15 ribu pengguna.




Mana tidaknya, wajah adik lelaki yang mirip bapa mereka ditambah pula ala-ala Pan Asia menjadikan peminat wanita tak senang duduk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kiriman buat adik kandung Anju ini sekali gus meluahkan mereka sudah terjatuh hati tanpa sengaja malah berseloroh memanggil selebriti itu sebagai calon kakak ipar.

Foto: MURAI.MY

Walau bagaimanapun, para wanita di luar sana telah dinasihatkan untuk tidak begitu teruja kerana adik lelaki Anju ini dikatakan sudah pun mempunyai pilihan hati yang begitu cantik sekali. -CARI

Sumber: Hot FM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-6-2021 01:26 PM
Celah mana kacak?
Quote djzara81 22-6-2021 01:26 PM
Adik dia dah kawin laa dgn Chinese lady tu.
Quote nakkomenjugak 22-6-2021 01:34 PM
Hadekkk hidung setepek sheols udah kahwin nokkk. Tapi agak tasty di mata iols yach!
Quote lee_sakura 22-6-2021 01:38 PM
kalo dh mixblood mmg lawa hensem...
Quote anisanim 22-6-2021 01:40 PM
Sesuci lebaran rupa adik dia.. Beza sungguh dgn si kakak.. {:question
Quote slyfynx 22-6-2021 02:11 PM
Wajah ala-ala Pan Asia ini sering dikatakan memberi bonus untuk dilamar menjadi model kerana dek wajah yang sempurna.


Bagi insan biasa, wajah fotogenik kacukan menjadi dambaan kerana membuatkan setiap gambar yang dimuat naik ke Instagram kelihatan cantik dan persis gaya seorang model.


Korang tulis ayat ni sambil merembes ke hape ni?
wajah sempurna, dambaan, persis model.
Haish.
Quote paralyzedMind 22-6-2021 02:16 PM
biasa je.. nerdy gila kot
Quote lattehazelnut 22-6-2021 02:24 PM
Lg menarik dr kakak dia ye..
Tp xde la sampai nak damba2..
Stended muka arab paki je pun.. bkan taste i..
Quote MinnieNini 22-6-2021 02:27 PM
Pompuan2 sangap mana yg hadap nk berkakak iparkn si pompuan ni
Quote Mulotkoyak 22-6-2021 03:34 PM
Pa asia je helok... Abis org malaysia ni burok bebenor keee... Aduyaiii.. Lelaki melayu tulen lg helok laaa
Quote katakauu 22-6-2021 04:58 PM
xnk aku ipau mcm ni sakit gegendang telinge aku
Quote TerataiMelur02 22-6-2021 05:13 PM
katakauu replied at 22-6-2021 04:58 PM
xnk aku ipau mcm ni  sakit gegendang telinge aku

Kan.. Kang ada apa2 masalah habis d londehnya.. No no no
Quote putericahaya999 22-6-2021 05:58 PM
Adik seibu sebapa ke
Quote Kejora927 22-6-2021 06:26 PM
Biasa je.. nampak nerd je.. xsuka! Hahah tiberr
Quote ImpianSeroja 22-6-2021 07:01 PM
Rupa ala ala zoey rahman n dapi ..meols rasa la
Quote katakauu 22-6-2021 07:59 PM
TerataiMelur02 replied at 22-6-2021 05:13 PM
Kan.. Kang ada apa2 masalah habis d londehnya.. No no no

betul kaka... scaryy wei..
kang die lawan kopek die dgn kaka mana lg besau hahahha
Quote ilhamazalea 22-6-2021 08:00 PM
lattehazelnut replied at 22-6-2021 02:24 PM
Lg menarik dr kakak dia ye..
Tp xde la sampai nak damba2..
Stended muka arab paki je pun.. bkan ta ...

mcm x caya adik zarina lavocah

Quote msdummy.2018 22-6-2021 08:05 PM
Kacak mcm mana pun , ko bg free pun aku xhengen nk jd adik ipar ko
Quote bedahdavas 22-6-2021 08:07 PM
Iols tertanya2 minah ni ada brp adik beradik seibu sebapa? Sbb nmpk adik lelaki ni satu bapa, mak lain je. Pastu kt rumah mak dia ada adik satu mak lain bapak ke?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.079468 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top