CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Risau Dah Nak Masuk 40 Tahun Belum Ada Anak, Elizad Kurangkan Lasak

22-6-2021 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4030| Komen: 19

Barangkali ramai masih ingat peristiwa sedih yang berlaku kepada pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang mengalami keguguran pada awal November tahun lalu.

Elizad, 37, yang menjalani proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober tahun lalu, ternyata hanya dapat merasai perasaan dan pengalaman sebagai wanita hamil buat seketika.

Bagaimanapun, dia bersangka baik terhadap ujian Allah kepadanya dan kembali menjalani proses IVF sekali lagi pada tahun ini.

Foto: IG
"Tahun lalu saya keguguran. Namun, saya takkan berputus asa dengan apa yang berlaku. Saya selalu positif dan akan terus berdoa.

"Jadi, tahun ini harapnya datang semangat semula untuk terus mencuba. Tengok kawan-kawan seangkatan serta yang sebaya ramai dah jadi ibu, buat saya teruja.


"Saya risau lagi dua, tiga tahun usia nak masuk 40-an dan saya masih tiada zuriat. Doakan saya," katanya yang bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015.


Menurutnya, kali ini dia akan lebih berhati-hati supaya peristiwa lalu tidak berulang kembali.

"Selepas buat IVF nanti, saya nak lebihkan berehat dan tak nak terlalu banyak bergerak. Malah, saya akan cuba kurangkan aktiviti lasak.

"Dulu, mungkin kerana saya banyak bergerak. Sekarang saya dah ada pengalaman, Insya-Allah saya ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Berbicara juga mengenai aktiviti terkini, Elizad berkata, sama seperti orang lain, dia sekarang duduk rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).



"Bagaimanapun, alhamdulillah kontrak saya sebagai penyampai radio Sinar FM disambung lagi untuk tahun ketiga.

"Alhamdullillah ini yang dikatakan rezeki. Saya amat gembira dengan berita ini.

"Saya berjanji akan terus tampil dengan persembahan terbaik untuk menghiburkan peminat dan penyokong saya," katanya.

Sebagai pelakon, Elizad mengakui tetap berminat untuk turun ke lokasi penggambaran.

Akuinya dia sudah mempunyai beberapa projek drama terbaharu yang kini menanti lampu hijau untuk penggambaran.


"Apa pun kena tunggu PKP selesai kerana projek saya banyak tertunda sama macam orang lain juga. Kena sabar dahulu.

"Alhamdullillah, walaupun berdepan pandemik Covid-19, satu perkara yang saya belajar iaitu dapat menghabiskan masa dengan keluarga.

"Kalau dahulunya sibuk, sekarang saya dapat luangkan banyak masa bersama keluarga. Masing-masing makin sangat menghargai dan ia adalah memori terindah," katanya.




Tidak terkecuali, dia juga banyak menghabiskan masa mencari ilmu agama dan motivasi diri menerusi YouTube.

"Saya tonton mana-mana ceramah dan kaunseling untuk perbaiki diri," katanya yang baru-baru ini tampil dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dan Kampong Pisang Musical Raya Istimewa di Astro First. -CARI

Sumber:Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 22-6-2021 11:07 AM
Semoga ada rezeki untk Elizad.
Quote nurul_akmar 22-6-2021 11:12 AM
Aku pon ada kawan sorg.. sampai xleh gerak langsung.. bawak kete pon xleh.. terus gugur.. dh kali ke 3 rasanya.. maybe kena terbaring je kat katil n kena amek cuti keje setahun..
Quote nesloice 22-6-2021 11:13 AM
semoga dipermudahkan utk elizad
Quote lilbub 22-6-2021 11:16 AM
Semoga ada rezeki anak utk Elizad suata hari nanti amin
Quote cikpuanviolet 22-6-2021 11:19 AM
I pun dah kahwin 7 tahun masih takde rezeki anak. Tapi teruskan lah hidup n fikit positive je. Kalau Allah takdirkan takde anak, terima dengan ikhlas. Enjoy je dengan hidup berdua, tak payah peduli mulut orang nak kata
Quote chaos_sweetly 22-6-2021 11:51 AM
Semoga dimurahkan rezeki nnti, InsyaAllah.
Quote gekkou 22-6-2021 02:31 PM
semoga allah melimpahkan dan mengurniakan rezeki zuriat buat elizad dan suami
Quote Joysparta 22-6-2021 07:19 PM
Semoga ada rezeki dia..org yg senasib xde anak je memahami..i thun ni dah 17 tahun xde anak ..kalu ada anak dulu mgkin tahun depan dia dah nak ambik spm barangkali...
Quote fixafix 22-6-2021 08:06 PM
cikpuanviolet replied at 22-6-2021 11:19 AM
I pun dah kahwin 7 tahun masih takde rezeki anak. Tapi teruskan lah hidup n fikit positive je. Kalau ...

Betul. Stay positive. Tak ada anak pun takkan tak boleh bahagia kan? Rezeki tu dalam pelbagai bentuk.
Quote Thunderclouds 22-6-2021 08:23 PM
Semoga dpermudah urusan & elizad beroleh zuriat. Amin3 yra.
Quote downiey 22-6-2021 08:55 PM
semoga dipermudahkn urusan dan diberi rezeki ank tok Elizad
Quote haruslah 22-6-2021 09:00 PM
Bila sebut isu anak ni sangat lah sensitif
Sedih dgr yg masih belum ade zuriat
Semoga terus bahagia....bahagia cara kita
Quote Sonneblume 22-6-2021 09:14 PM
Semoga ada rezeki nanti..tp mcm mengarut je lasak boleh menyebabkan keguguran. In fact ada bukti saintifik wanita rajin bersenam senang conceive. Cuma dgn hard core sgt la..atlet perempuan yg training hari2 tu period pun tak dtg.
Quote cikpuanviolet 22-6-2021 09:34 PM
fixafix replied at 22-6-2021 08:06 PM
Betul. Stay positive. Tak ada anak pun takkan tak boleh bahagia kan? Rezeki tu dalam pelbagai bent ...

Kalau duk fikir sangat nak anak, memang akan stress. Awal2 dulu selalu je nangis tiap kali lepas solat, mengadu kat suami. Lagi2 mak mertua ni jenis mengata kita takde anak depan orang. Sekarang malas nak stress, busy cari rezeki untuk anak2 bulus yang dah anggap macam anak sendiri. Yang penting hubungan suami isteri tetap bahagia
Quote naina 22-6-2021 09:44 PM
nurul_akmar replied at 22-6-2021 11:12 AM
Aku pon ada kawan sorg.. sampai xleh gerak langsung.. bawak kete pon xleh.. terus gugur.. dh kali ke ...

Macam Dato' CT la masa mula pregnant kan afiyah kan dia duduk wheelchair je lepastu kena dukung je oleh datok K
Quote nordin84 23-6-2021 12:10 AM
sakit kawen xde ank lagi sakit dr org bujang terlajak.. sbb ape? org bujang kena deal dgn pihak family dan sekeliling je..
org da kawen xde ank kena deal dgn family 2-2 lagi.. sakit hati mertua perli lagi.. bertabahla
Quote cikpuanviolet 23-6-2021 12:45 AM
nordin84 replied at 23-6-2021 12:10 AM
sakit kawen xde ank lagi sakit dr org bujang terlajak.. sbb ape? org bujang kena deal dgn pihak fami ...

Tu lah, layanan pun berbeza dengan menantu yang ada anak. Siapa yang tak makan hati kalau gitu kan. Tapi kena pujuk hati yang semua ni ketentuan ilahi. Mana yang terbaik untuk kita, tu lah yang Allah bagi
Quote fealefea 23-6-2021 12:48 AM
Kene tgk jugak rejim kecantikan dia tu. Adakah efek kesuburan die ke. Lain betol muka die masa cite rock tu.
Quote cheezel 23-6-2021 09:08 AM
kesian elizad.. suka dia berlakon tapi tak suka dgr dia jd dj dgn fake laugh tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.088665 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top