CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isma Yusoof Jadi Sukarelawan Sebagai Terapi Untuk Masalah Mental

22-6-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5268| Komen: 20

Description: Pengarah dan pelakon terkenal, Isma Yusoof, 39, menjadi sukarelawan di Klinik Kesihatan Serendah, Hulu Selangor, sejak tiga minggu lalu.
Pengarah dan pelakon terkenal, Isma Yusoof, 39, menjadi sukarelawan di Klinik Kesihatan Serendah, Hulu Selangor, sejak tiga minggu lalu.

Isma berkata, dia bersedia untuk terus membantu klinik itu selagi aktiviti penggambaran masih belum dibenarkan beroperasi.


Foto: IG

"Sebelum ini saya terbaca iklan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di FB yang minta orang ramai menjadi sukarelawan bagi membantu petugas barisan hadapan. Jadi, saya buat permohonan dengan isi borang. Di situ, saya nyatakan tidak ada latar belakang perubatan. Jadi, saya fikir mereka takkan panggil.

"Tapi mereka menghubungi juga, dan sekali lagi saya cakap tak ada latar belakang perubatan. Mereka beritahu, saya boleh buat kerja bahagian logistik. Memandangkan saya tinggal di Bukit Beruntong, jadi saya lapor diri di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor. Dari situ, saya dihantar ke Klinik Kesihatan Serendah dan memang dekat dengan rumah.


"Awalnya seminggu saja, tapi apabila mula kerja saya tengok klinik ini memang perlukan tenaga pekerja tambahan. Sebab ramai petugas hospital dan klinik dihantar ke pusat kuarantin Covid-19. Jadi, di klinik ini kekurangan kakitangan. Justeru, kehadiran saya sedikit sebanyak membantu meringankan kerja mereka.



"Doktor ada jumpa dan minta saya menjadi sukarelawan sehingga Oktober. Tapi saya cakap kena realistik iaitu selagi kerja hakiki tidak panggil, insya Allah saya boleh bantu. Namun, kalau satu hari nanti sudah boleh menjalani penggambaran dan ada tawaran, saya kena kerja juga. Sebab saya perlu juga jana pendapatan. 

Kerja di klinik sekarang, saya tak ada bayaran. Makan dan pengangkutan pun sendiri. Doktor pun kata okay. Jadi, sekarang saya sambung setiap minggu sementara masih belum 'shooting'," katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Isma yang juga pengarah drama Shah Alam 40K menyifatkan kerja sukarelawan adalah terapi buat golongan yang mempunyai masalah kesihatan mental.


Foto: Harian Metro

"Ini bukan pertama kali saya menjadi sukarelawan. Sebelum ini pernah juga di perkampungan Orang Asli, kutip sampah di pantai, ajar budak kampung berlakon dan banyak lagi. Ini kerana, kerja sukarelawan amat bagus untuk mereka yang ada masalah kesihatan mental. 

"Ada pakar terapi pernah beritahu saya, yang mana ini adalah terapi untuk golongan yang ada masalah kesihatan mental seperti saya. Sejujurnya, memang betul. Apabila bekerja yang tidak menawarkan gaji atau duit, ia tak memberi tekanan.




"Penat tetap penat, tapi apabila tidak membabitkan duit, ia macam makanan jiwa. Terisilah jiwa dengan rasa gembira dan bahagia sebagaimana yang saya lalui ini," katanya.

Selain itu, menurut Isma pembabitannya sebagai sukarelawan juga lebih kepada mahu membantu petugas barisan hadapan memerangi musuh berbahaya, virus Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigebang 22-6-2021 10:55 AM
agenda2 iuminati untuk justify golongan lgbtqrstu++, jadi volunteer, pilantropist etc dan war2kan dlm media , nmpaknya golongan ni dh srmakin msinstream, 90an dulu arbok cuma ada di kowloon , Cycle carriage, cokit dan waktu mlm je,siang payah nk jumpa la.. skrang arbok masuk tv promot brg lagi
Quote Nenasketum 22-6-2021 11:01 AM
Dia macam ni lah. Negara kita ada Perlembagaan, no one is above the Perlembagaan even Agung pun. So depa2 ni nak ubah Perlembagaan supaya orang macam Bam Jat boleh kawen. Haritu Bin Abdullah punya hal, diputuskan oleh High Court supaya anak luar nikah boleh bin/binti bapak dia yang belum bernikah. So ini nak menggalakkan ramai bastards among Muslims, orang Islam akan rosak.
Agenda Israel, agenda Nuwor. Depa ni hebat rekrut untuk masuk dalam group depa sebab majoriti akan boleh ubah Perlembagaan. No more Agama Islam sebagai agama rasmi. They can freakingly do whatever they wish.
Quote kucingitam 22-6-2021 11:08 AM
semoga kau kembali ke fitrah ye, butang. salute juga kat kau yang buat kerja2 sukarelawan dari duduk kat rumah memekak dlm ig komplen itu ini mcm sesetngah org tu.
Quote RumiMenari 22-6-2021 11:10 AM
Bercampur baur perasaan ni..terapi utk dia tp murung i tgk pic serabai dia kat atas tu..

Apa2 pun, ni contoh yg baik.. i sendiri tak mampu buat.. setiap kebaikan pasti ada balasannya tak kiralah sekarang ni dia mcm mana..
Quote Kancilkering 22-6-2021 11:13 AM
cadangkan janna nick pun join dia…biar kurang nyaring kurang bingit sket hu ha hu ha …..

tempat tempat macam ni org x banyak cakap…takut berjangkit……
Quote opie5662 22-6-2021 11:18 AM
Jgn dtg angin kus kus die g lempang lak warga emas.. Kang tak pasal jadik hal
Quote lilbub 22-6-2021 11:19 AM
Bagusnya dia menyumbang pada negara. Kira berisiko jugak la kan jumpa ramai org
Quote whadda 22-6-2021 11:22 AM
Dia dah ade tetek ke? Nampak cam kembung je kat gambar bertugas tu
Quote fealefea 22-6-2021 11:25 AM
waw, murni nya jiwa dia. I pon ada follow org yg kecelaruan identiti tapi rasa dia ada ruang dan peluang kembali ke fitrah. Dia tau die slh tapi masih tewas dgn nafsu.


Al Quran dah ulang2 balasan LGBTQ ni. So kita yang ada akal fikiran tu kene kuat tolak idea LGBTQ untuk menjadi normal di negara kita.

Kes Sajat pon takde ketegasan. So nmpkkannya apa yang tinggal adalah kuat iman dan didik secukupnya anak2 dan famili.
Quote bulalof 22-6-2021 11:28 AM
first of all, aku doakan yg baik2.

tapi sukar ketika melihat betapa teruknya kecelaruan minda ko.
Quote tupperwarepink 22-6-2021 01:07 PM
semoga yang baik2 je untuk isma
Quote ImpianSeroja 22-6-2021 01:26 PM
Oh my.. terkejut tgk pic di atas sebab da lama tak tengok isma nie.. berubah sgt penampilan nya.
Quote nakkomenjugak 22-6-2021 01:40 PM
halamak. muka heols iras2 muka makcik iols.

untuk tak ot, baguslah jadik volunteers
Quote husna_amal 22-6-2021 02:38 PM
Bukan ke masalah pondan lagi mental ke. Boleh pula jadi sebahagian sukarelawan terapi mental.
Quote rayna_raynes 22-6-2021 03:45 PM
Lebih mulia jiwa isma dari ummah straight acah2 dah confirm fast lane masuk syurga tapi hobi menyebarkan kebencian di sosmed
Quote Firis 22-6-2021 04:23 PM
Kancilkering replied at 22-6-2021 11:13 AM
cadangkan janna nick pun join dia…biar kurang nyaring kurang bingit sket hu ha hu ha …..

tempat ...

Tu laa aku pun bru nk komen suh mek jena join skali,dr duk kalut kata kne tuka ubat 3,4 kali.haa aktiviti yg ini mungkin bleh mmbantu
Quote zie_indah 23-6-2021 07:28 PM
Hahahahha adoiii dah jd sukarelawan pulakk...xyah la butang awak pun keliru dgn diri awak
Quote xAthenax 23-6-2021 08:08 PM
wow.. jadi sukarelawan as a terapi pun jadi isu ke?

kalau itu adalah jalan untuk menjadi lebih baik
why the heck not?


#beforeyoucanhavearelationshipwithGodfixyourrelationshipwithmankindfirst
Quote sleepandream 23-6-2021 08:11 PM
beza betul komen ummah forum dengan benang pelakon aniq jadi sukarelawan yach...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.055776 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top