"Sebenarnya sebelum saya ada akaun TikTok lagi, rakan-rakan terutama yang rapat dengan saya sudah lama menyamakan saya dengan Nora Danish dan Neelofa.
"Bagi saya, tak ada persamaan pun. Itu pandangan masing-masing. Jadi bila ada followers di TikTok bercakap perkara yang sama, saya tak terkejut pun," katanya kepada mStar.
Lebih mesra disapa Mai, dia bagaimanapun mengakui dua batang gigi hadapannya lebih panjang sehingga menjadi perhatian ramai.
“Ada juga tampal gigi bagi menutup bahagian yang jarang. Tapi disebabkan saya tak menjaganya dengan baik secara konsisten, jadi gigi saya kembali jarang.
"Gigi saya memang panjang dua batang di bahagian depan, hingga ada followers labelkan 'gigi arnab'," ujarnya yang berasal dari Ipoh, Perak.
Namun, hati anak ketiga daripada empat beradik itu tersentak apabila disangka melakukan rawatan veneer bagi mencantikkan giginya.
"Saya tak faham kenapa ramai yang suka cakap pasal gigi saya. Dari kecil ada kawan-kawan yang kutuk pasal gigi saya, tapi saya sedar memang gigi saya jarang dan panjang.
"Cuma saya triggered bila ada yang membuat andaian yang saya melakukan veneer. Kalau saya buat veneer, gigi saya jauh lebih cantik berbanding sekarang," katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawan Kesihatan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Berminat dalam bisnes, Mai yang kini menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat di Kuala Lumpur berjinak-jinak dalam perniagaan produk penjagaan muka scrub.
Katanya, dia mengimpikan untuk mempunyai rangkaian produk kecantikan jenama sendiri pada masa akan datang.
"Dalam bisnes, saya mengidolakan Neelofa dan kakak saya, Mai Alia. Neelofa kerana beliau telah membawa jenamanya ke pasaran antarabangsa serta menjadi duta jenama terkemuka.
"Manakala kakak saya yang berusia 29 tahun banyak membuktikan bahawa dia boleh menjana pendapatan menerusi bisnes dalam talian," katanya.
Siapa sangka model sambilan ini juga berminat untuk menceburi bidang lakonan sekiranya diberikan peluang kerana suka berada di hadapan kamera.
"Bila wajah saya dikatakan iras Nora Danish atau Neelofa, saya menganggapnya sebagai pujian kerana kedua-dua mereka cantik. Jika dari segi lakonan, saya menyukai lakonan Sharifah Sakinah kerana bersesuaian dengan perwatakan saya yang ceria, 'gila-gila' dan kelakar," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online