CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mk K-Clique Hormat Golongan Antivaksin

18-6-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2648| Komen: 9

Description: Penyanyi rap, MK tetap menghormati prinsip golongan antivaksin walaupun dia sendiri percayakan keberkesanan pengambilan vaksin Covid-19.
Penyanyi rap, MK tetap menghormati prinsip golongan antivaksin walaupun dia sendiri percayakan keberkesanan pengambilan vaksin Covid-19.

Kata MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amri Hamdan, 25, dia bersikap terbuka dan bebas (berkecuali) dengan keputusan mana-mana individu berhubung pengambilan mahupun penolakan vaksin Covid-19.


Foto: IG

“Secara peribadi, saya tak memihak kepada mana-mana pihak. Saya bersikap terbuka dan ya, saya dah pun daftar untuk mendapatkan suntikan vaksin cuma belum dapat slot.

“Saya tak desak orang untuk ambil (vaksin) dan tak desak orang untuk tidak ambil. Semua orang ada keputusan masing-masing. Untuk MK, saya pilih yang terbaik dengan mendaftarkan diri untuk dapatkan suntikan vaksin,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Kata anggota kumpulan hip hop, K-Clique itu lagi, keputusan untuk sama ada mendapatkan vaksin atau sebaliknya tidak sepatutnya dipengaruhi orang lain.


“Terpulang kepada individu untuk ambil atau tidak (vaksin). Tidak perlu ada desakan atau pengaruh daripada mana-mana pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu, sahabat sekumpulannya yang juga penyanyi rap wanita, Loca pul tidak sabar untuk mendapatkan suntikan vaksin namun sehingga kini masih belum mendapat slot atau tarikh  janji temu.




“Saya dan suami (Tuju) dah daftar tapi sekarang cuma Tuju yang dah dapat temujanji.

“Covid-19 masih tiada ubat. Vaksin adalah perkara paling dekat yang boleh membantu mengelak kita semua daripada jatuh sakit. Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, kita perlu pentingkan kesihatan orang sekeliling sebab Covid-19 masih tiada ubat,” kata Loca atau nama lengkapnya, Nabilah Hani Azali.

MK, Tuju, Loca dan DJ Cza kini bergabung menerusi satu antem baharu yang diberi judul Veto. Karya edaran Universal Music Malaysia itu sudah mula berada di platform muzik digital sejak seminggu lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 18-6-2021 10:34 AM
Lelaki xperlu cantik sebenarnya cukuplah tinggi , cukup hormon jantan , sikap tegas , penuh ilmu didada.


perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


kaya,hensem,berharta itu penting bila  ko nakkan kehidupan yg lebih baik TETAPI berapa ramai wanita yang merana dan makan hati hidup dalam istana????????????
Quote Tinot7 18-6-2021 10:45 AM
Nihh mk bayaq utk up benang pasal dia ke apa?
Quote MadameOnion 18-6-2021 11:33 AM
tu pun nak bgtau..pegi la cucuk...ni mesti dok baca2 watsapp kata cucuk vaksin nanti mati pucuk ni
Quote otai_g 18-6-2021 12:20 PM
Aku pun open. Sukati org tu la nak ambik vaksin ke x. apa mau kecoh. Tp aku ambik vaksin yer. Kang ada kt aku puak anti vaksin plk.

Sama gak mcm makanan. Blh le ko wajibkan woi cina mulai ari ni u x blh makan babi tau. Ko sp nk halang cina makan babi
Quote kakigojes 18-6-2021 12:30 PM
otai_g replied at 18-6-2021 12:20 PM
Aku pun open. Sukati org tu la nak ambik vaksin ke x. apa mau kecoh. Tp aku ambik vaksin yer. Kang a ...

Betul tu setuju.. cuma kita taknak orang uar-uarkan/takutkan ambik vaksin, sebab terpulang masing2 cuma mmg secara saintifik, tak amik vaksin mereput la semua covid nanti… but kalau taknak amik pun takpe, cuma jangan la di influence orang lain. Ye dok
Quote slyfynx 18-6-2021 12:35 PM
So, perlu ke perasaan ko buat satu thread?
Quote samperit 18-6-2021 01:35 PM
So sbb hormat kena bukak tred? lepas ni dia pegi cucuk vaksin 1 tred, buka baju time cucuk vaksin 1 tred. bodoh lah
Quote LadyCarefree 18-6-2021 03:36 PM
Senyap je la kalau tak ada ilmu nak share
Quote LadyCarefree 18-6-2021 03:37 PM
otai_g: Aku pun open. Sukati org tu la nak ambik vaksin ke x. apa mau kecoh. Tp aku ambik vaksin yer. Kang ada kt aku puak anti vaksin plk.Sama gak mcm makana ...


Xsama pasal makanan.

Covid-19 is a pandemic. Global pandemic pulak tu.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.560947 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top