Manila: Ada pelbagai cara manusia terpaksa lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ada orang susah yang memilih cara salah semata-mata untuk memastikan mereka dapat mencari makan dan menyara keluarga.
Bagi golongan kurang berkemampuan di Filipina, mereka akan mengutip sisa makanan yang dibuang yang dikenali sebagai pagpag. Ia adalah hidangan penting bagi memastikan kelompok miskin di negara itu terus hidup dan bertahan. World of Buzz melaporkan bagi orang miskin di negara itu, ia adalah hidangan dari sisa makanan sama ada didapati dari tong sampah atau tempat pembuangan sampah. Mereka mengais makanan atau daging buangan, mencucinya sebelum dimasak dan dijadikan menu.
Ada yang menjualnya sesama sendiri untuk mendapatkan wang. Berdasarkan laporan media, sebungkus pagpag dijual pada harga 20 peso (kira-kira RM1.70) hingga 30 peso (kira-kira RM2.60). Untuk mendapatkannya, mereka terpaksa mempertaruhkan keselamatan dan kesihatan kerana biasanya kuman akan melekat kepada sisa makanan yang dibuang. Jawatankuasa Antikemiskinan Kebangsaan (NAPC) menyalurkan maklumat mengenai penggunaan pagpag. "Anda tidak dapat melihat bakteria, anda tidak tahu betapa kotornya makanan itu. Pagpag juga tidak mempunyai zat," kata seorang pegawai kanan NAPC Cristopher Sabal. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dua_chzy replied at 18-6-2021 10:55 AM
Akak tengok video. Cara meka sediakan pagpag ni bersih. Looks edible lepas dimasak dengan pelbagai r ...
Kitty_catz replied at 18-6-2021 10:59 AM
orang mesia kena start belajar la dah cari sisa makanan kat tong sampah
ke ada yg dah start?
dua_chzy replied at 18-6-2021 11:03 AM
Cari di kawasan kayangan. Ai yaqin banyak ja makanan edible boleh dijumpai di tong sampah. Lebih 1 ...
jas7512 replied at 18-6-2021 11:07 AM
Huhu..i bkn gol kayangan tapi terinsaf kejap dgn posting u...i suka beli makanan..sayur2an konon n ...
ADVERTISEMENT