JAKARTA – Peristiwa duit hilang dipercayai dicuri toyol membuatkan penduduk Kampung Sindanglaya, Kabupaten Tasikmalaya Jawa Barat terpaksa beralih ke bank untuk menyimpan wang mereka , lapor Suara.com, semalam. Sejak tiga bulan kebelakangan ini, sebilangan penduduk kampung berdepan misteri kehilangan wang meskipun sudah menyimpannya dengan baik. “Sejak sebulan lalu, kes wang hilang secara misteri sudah reda tetapi penduduk sudah tidak berani menyimpan duit di rumah dan memindahkan simpanan ke bank berdekatan. “Jumlah wang hilang kebiasaannya sekitar 300,000 rupiah (RM86) hingga 500,000 rupiah (RM143),” ujar salah seorang penduduk kampung, Hasan.
Tambah Hasan, penduduk yang kehilangan duit juga ada menemui kesan tapak kaki kecil dipercayai toyol dalam kediaman mereka selepas insiden kehilangan wang simpanan. – Agensi |
Adrif replied at 18-6-2021 09:42 AM
gambar hiasan tu, dah kenapa toyol tu main PS2
Adrif replied at 18-6-2021 09:42 AM
gambar hiasan tu, dah kenapa toyol tu main PS2
tungkai replied at 18-6-2021 09:53 AM
Dari dulu lagi aku tak paham. Dah kenapa tak rampok bank atau org kaya je terus?
ADVERTISEMENT