CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Bunuh, Gantung Bini Sebab Anak Menangis

17-6-2021 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3883| Komen: 21

Description: Ekoran terganggu dengan tangisan, seorang lelaki tergamak memukul isteri serta anaknya berusia setahun dalam kejadian di Kampung Membakut Jaya semalam.
Ekoran terganggu dengan tangisan, seorang lelaki tergamak memukul isteri serta anaknya berusia setahun dalam kejadian di Kampung Membakut Jaya semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, suspek berumur 27 tahun itu turut bertindak mengugut mahu membunuh serta menggantung isterinya.


Berikutan kejadian itu, isteri suspek yang berusia 23 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Membakut pada hari sama.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati pertengkaran antara mangsa dan suaminya berpunca daripada anak pasangan itu yang menangis menyebabkan suspek marah ekoran merasa terganggu ketika hendak tidur.

“Suspek dipercayai memukul anaknya hingga berlaku pertengkaran kerana mangsa menegur perbuatan suspek berkenaan.

“Suspek kemudiannya berang lalu mengamuk dan menampar serta mengatakan mahu membunuh dan menggantung isterinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut  Yusoff Zaki, mangsa yang mengalami sakit di bahagian pipi sudah dirujuk ke Hospital Beaufort bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan pihaknya giat melaksanakan usaha mengesan suspek berikutan lelaki terbabit bertindak keluar rumah selepas kejadian berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya. 


Sumber: K! ONLINE

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 17-6-2021 04:50 PM
Melayu lattew..
Quote tungkai 17-6-2021 05:05 PM
Membakut ni ramai org Sungai dengan org Brunei. Dusun ada tapi tak ramai
Quote trisnalovezul 17-6-2021 05:08 PM
kasiannya..aku ga pernah lagi dengar kwan2ku yg nikah laki msia dipukul atau diherdik.malah romantis gituu..sma juga dgn diriku.nasib malang ya utk wanita msia.moga ibu sma anak baik2 aja
Quote Carcosa 17-6-2021 05:41 PM
Tak arak, ketum
Quote Perawankota 17-6-2021 06:42 PM
Keganasan rumah tangga... Benci aku lelaki mcmni
Quote nakkomenjugak 17-6-2021 07:29 PM
lain kaliiii pakai kondommmmm, yaaa samdol?? kau sendiri pun penah jadik budak, kau ingat tangisan kau tu semerdu kak yah carey?? choyyyy campak dia dalam kawah berapi jela
Quote xpdckelate 17-6-2021 09:53 PM
sewel bekali
Quote supernaturalee 17-6-2021 11:19 PM
I noticed forummer yg selalu jd bhn bab2 org dh kawen suddenly appears back today

Quote hareeeesah 17-6-2021 11:54 PM
supernaturalee replied at 17-6-2021 11:19 PM
I noticed forummer yg selalu jd bhn bab2 org dh kawen suddenly appears back today

Thread yang hal laki bini semua comment dia terpaling disayangi pulak tu.. eh apooo
Quote dudaberhias 18-6-2021 01:14 AM
lain kali tak payah beranak atau terhegeh2 nak anak...
heran jugak entah2 jejan tu jugak yang jenis... bila nak dapat anak.. .bila nak dapat anak...
ujung2 baik mandul jah lebih bagus jantan macamni...
Quote ninnamina 18-6-2021 01:18 AM
Semalam ternampak jugak ada kes dera dekat db post. Jiran yg report polis lepastu share dekat tiktok.
Quote allshares 18-6-2021 02:17 AM
Baik ko bunuh diri jela jantans, boleh tidur selamanya takde sape ganggu
Quote batu kikir 18-6-2021 08:11 AM
Satu-satunya jantan paling bodoh yang pernah aku temui.  Baik kau mampos la bahalul.  Akupun jantan...... takde hal anak menangis masa dia orang kecil.  Gilir2 jaga dengan bini.  
Quote Fortiori02 19-6-2021 07:12 PM
Harap bininya teruskan kes. Jgn pulak lps polis dah penat2 siasat & pastu laki tu kene tuduh kt mahkamah, bini tarik repot sbb konon kesian.
Quote salmon-suki 14-7-2021 12:21 PM
Fortiori02 replied at 19-6-2021 07:12 PM
Harap bininya teruskan kes. Jgn pulak lps polis dah penat2 siasat & pastu laki tu kene tuduh kt mahk ...

Kalau spesis bella alip tu,msti tarik balik punyerrrr...xleh hidup tanpa jantan..

Jantan ni bewak ke?or mental sbb xde duit?
Quote None68 14-7-2021 02:39 PM
Jenis baran ler ni.
Quote syamzana 14-7-2021 02:46 PM
nama pun bby, nak mkn, susu,berak, tido sume pun nangis. pelik2 la jantan ni.agaknya dia lahir terus berckp kot xde tangisan lgsg.
Quote Fortiori02 14-7-2021 04:33 PM
salmon-suki replied at 14-7-2021 12:21 PM
Kalau spesis bella alip tu,msti tarik balik punyerrrr...xleh hidup tanpa jantan..

Jantan ni bew ...

Ramai sbnanya spesis cam Bella alip tu. Pas kena beduk, sebok angkut  1 kampung teman pi balai buat repot. Pas laki dah kena tangkap & kena tuduh kat mahkamah, hari tuduh bini dah siap2 kat mahkamah gitau tak nak jalan kes, nak tarik repot.

Tak tau nak marah ke kesian kt org camni.
Quote najib888 14-7-2021 04:39 PM
cer check urine... sure ada ambik syabu... syabutuh je yg trigger sampai nak bunuh orang bila tido rasa terganggu dengar anak nangis

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.224273 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top