Sepasang pengantin tular kerana memberi sumbangan kepada sejumlah anak yatim yang dijemput menghadiri majlis perkahwinan mereka. Pasangan berkenaan, Restya Nur Hidayat dan Welly Novanda Kusuma melangsungkan perkahwinan pada 7 Jun lalu di Kadungora, Garut, Jawa Barat.
Pengantin wanita, Restya memberitahu, sudah lama dia mengimpikan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim ketika majlis perkahwinan. “Ketika pandemik Covid-19 melanda, semua pihak terjejas dan sehubungan itu, saya ingin kongsikan rezeki dan juga kegembiraan bersama golongan yang memerlukan pada hari bahagia saya,” katanya kepada Tribunnews. Malah, Restya dan keluarganya tidak mahu menerima duit yang disumbangkan tetamu dalam majlisnya. Jelas wanita itu, keluarganya turut menyokong niat murninya untuk bersedekah kepada anak-anak yatim. Selain itu, penampinan Restya dan suaminya dalam majlis tersebut juga disifatkat bersahaja dan tidak berlebihan.
Restya sendiri disolek adiknya berdasarkan video dalam Youtube. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT