Sama seperti kebanyakan ibu bapa lain, pelakon Lufya Omar rindu untuk membawa anaknya beriadah petang bersama jiran tetangga yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Difahamkan, kawasan kejiranan Lufya turut didiami oleh beberapa selebriti lain antaranya ialah Awal Ashaari, Rita Rudaini serta Farahanim Razak.
Lufya menerusi Instagram memuat naik video throwback yang dirakamnya sebelum perintah total lockdown dilaksanakan. Perasaan rindu itu turut membuatkan Lufya menulis kapsyen berbunyi kata-kata semangat agar pandemik Covid-19 ini segera berakhir.
Melalui video tersebut jelas kelihatan anak-anak mereka gembira apabila dapat berkumpul bersama dengan rakan-rakan. Sumber: SAYS
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|