CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Suka Wanita Berkerjaya, Berilmu Dan Suka Cari Ilmu" - Naim Daniel

16-6-2021 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2815| Komen: 17

Penyanyi popular Naim Daniel, 23, tidak kisah jika calon isterinya suatu hari nanti seorang yang berpendidikan tinggi, berharta dan ada kedudukan lebih bagus daripadanya.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkata, kaum lelaki tidak sepatutnya rasa tercabar dengan wanita sebaliknya perlu menyokong serta saling melengkapi di antara satu sama lain.



Kredit foto: IG Naim

"Kalau saya dapat isteri suatu hari nanti, itu adalah tanggungjawab saya sokong apa saja untuk isteri serta kakak atau adik perempuan kita mengejar cita-cita yang boleh menaikkan daya keyakinan mereka.

"Kita perlu saling melengkapi. Buat apa nak risau kalau dapat kekasih atau isteri yang berkedudukan kaya. Tidak patut wujud rasa tercabar kepada segelintir lelaki.

"Ia adalah hal yang baik. Saya sukakan wanita yang berkerjaya, berilmu dan suka mencari ilmu kerana perkara itu sebenarnya meningkatkan moral kita bukan sebagai lelaki atau perempuan, tapi sebagai manusia sendiri," katanya.


Dia juga berpendapat tidak harus wujud mentaliti yang meletakkan taraf kaum wanita lebih rendah daripada lelaki.



"Sampai bila pula nak pijak kaum wanita dan meletakkan mereka di tahap yang mendatar sahaja? Kenapa tidak kaum lelaki menganggap perkara itu satu persaingan sihat.

"Kita sama-sama menuju ke arah perkara yang baik untuk diri sendiri kita jugalah untuk memperbaiki diri. Tiada masalah pun rasanya," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 16-6-2021 04:51 PM
Quote Orix 16-6-2021 04:57 PM
Oooooooooooooo k……….
Quote sharlenetexas 16-6-2021 04:58 PM
Dan ada adab.

Quote bluecrystal 16-6-2021 05:22 PM
Patutnya cari yang sekufu..belum kawin bolela cakap
.eleh
Quote slyfynx 16-6-2021 05:28 PM
ok la dek.
Sukati la.
tp, tolong la potong rambut tu.
Sgt la x sesuai
i is rimas
Quote user.name 16-6-2021 05:36 PM
toksah bajet bagus lah naim
Quote krustykrab 16-6-2021 05:38 PM
slyfynx replied at 16-6-2021 05:28 PM
ok la dek.
Sukati la.
tp, tolong la potong rambut tu.

Dia ni.masa belum cukup umor, comel je rupa..tak sangka bila dah mimpi basah teruih comot mcm.ni
Quote samshik 16-6-2021 06:25 PM
Awat patah seribu naw ghupe seniman jalanan he olls.. Lawan abam nua ke
Quote spy_caridotdot 16-6-2021 07:53 PM
Dia ni bajet dia hensem ala2 bang nuar zain 20 tahun yang lalu.. padahal nan hado!!!
Quote Daftpunk_shine 16-6-2021 07:58 PM
Ko berkerjaya tak? Ko berilmu tak? Ko suka cari ilmu tak?
Quote RumiMenari 16-6-2021 07:59 PM
Sabaq..... jgn gelojoh komen.. kang dapat yg terbalik, korang gak menggelupur bg statement coverina.. acik porem whoarryusss sajork time tu
Quote 3chanceno 16-6-2021 08:04 PM
Ya ampunnnn...komen satu2 buat meols ketawa sendiri hahaha

Jgn pulak dapat istri macam jahkobis, "Im the Boss", baru tak cukup tanah kena kecam dgn porumers
Quote September14 16-6-2021 08:06 PM
Ewww poyo n ponen!
Quote KIM.K 16-6-2021 08:44 PM
bukan dia memang takut dengan perempuan ke
Quote imanjannah 17-6-2021 06:13 AM
adab mendahului ilmu
Quote Kurex 17-6-2021 08:19 AM
Wanita ke laki? Dah putus dgn hatta dolmat ke
Quote Pak.dolla 17-6-2021 08:26 AM
3chanceno replied at 16-6-2021 12:04 PM
Ya ampunnnn...komen satu2 buat meols ketawa sendiri hahaha

Jgn pulak dapat istri macam jahkobis,  ...

Jahkobis skrg ni nmpk mcm bodo-bodo sikit..namapk sayang betul dia kat bini dia tu..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039344 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top