CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Cacing Bergerak-Gerak, Michael Ang Jalani Pembedahan

16-6-2021 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3140| Komen: 8

Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang selamat menjalani pembedahan mata kanannya di sebuah hospital swasta semalam akibat penyakit glaukoma yang dihidapi.

Menurut Michael, dia menyedari menghidapi penyakit tersebut sejak tahun lalu selepas melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan.


Foto: IG

“Saya sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan mata ketika menjalani penggambaran untuk drama Love Elsa. Waktu itu, apabila melihat skrin pandangan saya akan menjadi kabur dan rasa ada sesuatu di dalam mata.

“Saya melihat dengan teliti, ternampak seperti ada debu atau cacing kecil yang bergerak-gerak di selaput mata. Jadi, apabila melakukan pemeriksaan tahunan, saya minta doktor untuk memeriksa mata sekali dan baru tahu saya ada glaukoma,” kata Michael ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.




Tambah Michael, mengikut saranan doktor dia sepatutnya melakukan pembedahan mata tersebut pada tahun lalu, tetapi akibat sibuk dengan kerja, pembedahan berkenaan hanya dapat dilakukan semalam.

“Kebetulan sekarang Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) dan semua kerja dihentikan buat sementara waktu, jadi inilah waktu yang tepat untuk saya lakukan pembedahan.

“Selepas menjalani pembedahan semalam, saya dibenarkan untuk keluar hospital hari ini dan diminta berehat selama tujuh hari. Seterusnya selepas seminggu, saya akan lakukan pembedahan yang sama di mata sebelah kiri pula,” kongsi Michael lagi.



Jelasnya, andai pembedahan tidak dilakukan, dia berisiko untuk kehilangan deria penglihatan. Michael bagaimanapun bersyukur kerana menyedari tentang penyakit tersebut pada peringkat awal.

“Kalau saya tidak buat pembedahan, boleh buta. Nasib saya mengetahui tentang glaukoma ini pada peringkat awal. Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai yang mempunyai simptom mata kabur, rasa berdebu dan ada benda bergerak di mata buatlah pemeriksaan sebelum terlambat,” ujar Michael.

Selain melakukan pembedahan glaukoma, Michael yang sebelum ini memakai cermin mata turut menjalani pembedahan lasik dan membuang katarak demi bebas daripada masalah rabun.


“Semalam, selain melakukan pembedahan glaukoma, saya turut lakukan pembedahan lasik dan buang katarak bagi memulihkan masalah rabun,” kata Michael.

Terdahulu Michael pernah menjalani pembedahan gastroplasty sekitar dua tahun lalu selepas didapati mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis akibat berat badan yang berlebihan.



“Alhamdulillah, selain masalah mata saya tidak ada penyakit lain. Masalah darah tinggi dan kencing manis juga sudah tidak ada selepas melakukan pembedahan gastroplasty dua tahun lalu. Saya menjaga makan dan pastikan mendapat tidur lapan jam setiap hari.

“Paling penting harus melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh secara tahunan. Kita tidak tahu apa penyakit yang ada. Jadi sebelum keadaan melarat lebih baik kita tahu tentang sesuatu penyakit lebih awal,” tutur Michael. -CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 16-6-2021 09:50 AM
gayahhhhhhhh
Quote slyfynx 16-6-2021 10:00 AM
Nape eh mase die chubbier, aku ok je ngn die ni.
Bile dah sedikit kurus, tetibe aku mcm rimas
Quote sleepandream 16-6-2021 10:11 AM
so heshe dah buat lasik ni... lepasni tak pakai spek dah la... lagi obvious sepet heshe
Quote clarizsa 16-6-2021 10:19 AM
Hidup lagi dia ni
Meluat
Quote bluebutter 16-6-2021 10:36 AM
MA ni masa kurus dan gemuk mmg muka tiada aura hensem. Perabihlah mcm mn pun budget for beauty looks, tetap tak nmpak aura itu...sorry my personal opinion.

Tapi dia kayalah.

Quote sok_suci 16-6-2021 08:21 PM
Gelinya. Gigi gula2 mentos nmpk sangat fakenya
Quote melinda_kerr 16-6-2021 08:28 PM
Tak suka die ni. Iols rasa die seorang yg bingit! Suka kupas isu semasa feeling2 pendapat die je betul.
Quote Nenasketum 16-6-2021 08:30 PM
Ada saper boleh jawap kenapa dia ni masuk Islam dan terlebih2 gay jadinya? Agenda Israel kah? Heh heh heh

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.088758 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top