CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bunga Citra Lestari Positif Covid-19 Selepas Pulang Bercuti

16-6-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3997| Komen: 13

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali BCL mengesahkan positif jangkitan COVID-19.

Menerusi laman Instagram (IG), isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu memaklumkan, dia kini sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri.


Foto: IG

"Saya baru menerima keputusan ujian calitan dan disahkan positif COVID-19. Saya kini sedang menjalani kuarantin dan insya-Allah akan kembali sembuh sepenuhnya tidak lama lagi.

"Saya menyeru agar orang ramai mengambil segala langkah keselamatan untuk kekal sihat dan selamat. Tolong jaga diri sendiri dan orang tersayang," katanya.


Sebelum ini, BCL dilihat baru sahaja pulang bercuti bersama anaknya, Noah Sinclair dari Bali, Indonesia.

BCL turut menasihatkan agar orang ramai mengambil langkah dan penjagaan kebersihan bagi menguatkan sistem imunisasi tubuh masing-masing.




"Bina kekuatan sistem imunisasi anda dan tolong ambil berat soal ini secara serius. Kita akan berjumpa lagi," tulisnya.

Dalam hantaran itu, pelantun lagu Cinta Sejati itu turut memuat naik dua gambar yang dipercayai sedang menjalani pemeriksaan di hospital.



Sementara itu, BCL memuat naik gambar bersama dua teman yang turut menjalani kuarantin kendiri pada hari kedua. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 15-6-2021 11:51 AM
dia la kan dulu yg gigih swab setiap makhluk yg nak jumpa dia?
Quote iolss 15-6-2021 02:30 PM
smga cpt sembuh la BCL.
Quote Artemesiaa 15-6-2021 06:30 PM
Baru balik holidaykan tak hairan kalau boleh dapat jangkitan
Quote Raline 16-6-2021 09:03 AM
ramai positif tp ramai boleh sembuh...
Quote husna_amal 16-6-2021 09:46 AM
nasihat pandai tapi tak patuh pun penjarakan sosial tu.
Quote nazzse 16-6-2021 11:17 AM
bakingsoda replied at 15-6-2021 03:51 AM
dia la kan dulu yg gigih swab setiap makhluk yg nak jumpa dia?

Aah dia lah. Sampai kena perli kot. Dah la buat test sendiri je.

Yg aku heran retis Indon ni kemain dah ke sana sini, tak pakai mask. Gambar cucuk vaksin takda post pun.
Mcm Anang sefamily dah sampai Dubai bercuti. Lepas plak dieorg eh.
Quote Orix 16-6-2021 11:38 AM
Iols tkejut sheols post park seo joon n pggil dia baby……….
Quote djzara81 16-6-2021 12:04 PM
Sbb dia adalah BCL maka netizen doakan baik2 utk dia. Bila covid kene kat marhaen makcik pakcik kepam maka berduyun2 netz nerakakan marhaen
Quote Cassieopeia 16-6-2021 01:03 PM
Dia pegi party afgan kan.. mau beramai2 positif tu
Quote CatMiow 16-6-2021 01:46 PM
Kat indonesia mmg tak pakai mask kot.

Kawan suami yg balik indonesia pun tak pakai mask, dia dok area nunukan nun... Jauh dri bandar utama.
Quote Raline 17-6-2021 01:00 PM
BCL bengang dituduh dijangkiti Covid-19 di Bali



BCL yang kini menjalani proses kuarantin kendiri.
Jakarta: Penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari menafikan dirinya dijangkiti Covid-19 selepas pulang bercuti di Bali.

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Bunga atau mesra disapa BCL menjelaskan kronologi keberadaannya di Bali pada 29 Mei hingga 2 Jun lalu.

"Perhatian kepada sesiapa yang berkaitan. Pertama, saya ke Bali pada 29 Mei hingga 2 Jun.

"Kedua, saya sudah melakukan aktiviti dan bekerja di Jakarta mengikut prosedur kesihatan yang ada dan sudah menjalani ujian PCR pada 12 Jun," tulisnya.

Dalam hantaran sama, BCL juga menjelaskan mengenai beberapa penarinya yang disahkan positif pada 13 Jun.

"Beberapa penari saya disahkan positif pada 13 Jun selepas berinteraksi dengan saya pada 10 Jun 2021.

"Saya sekali lagi menjalani ujian PCR pada 14 Jun 2021 dan disahkan positif," tulisnya.

Dalam masa sama, BCL menegaskan bahawa dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa dia dijangkiti Covid-19 selepas bercuti di Bali.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saya dijangkiti Covid-19 kerana percutian saya di Bali.

"Mohon cari maklumat yang sahih terlebih dahulu sebelum keluarkan sebarang kenyataan!" tulisnya.

Menerusi hantaran itu, BCL turut menulis keterangan yang mengajak orang ramai menyebarkan kasih sayang dan bukan kebencian.

"Marilah kita menjadi orang yang lebih cerdas dan bijak. Mari sebarkan kasih sayang dan bukan kebenian," katanya.

Hantaran itu sebagai maklum balas BCL kepada beberapa komen negatif yang menyalahkannya kerana bercuti di Bali antaranya, komen daripada pemain dram Superman Is Dead, Jerinx.

"Jangan kau jadikan Bali sebagai kambing hitam ya! Kau sedap-sedap bercuti ke sini, lepas dah puas, kau bangga dijangkiti Covid-19.

"Rakyat Bali sudah cukup melarat untuk drama-drama Covid-19 ala selebriti dari ibu kota," tulis Jerinx dalam ruangan komen di Instagram BCL.

Terdahulu, BCL berkongsi berita mengenai dirinya yang disahkan positif Covid-19 dalam satu hantaran di Instagram beberapa hari lalu.


Sumber: https://www.hmetro.com.my
Quote Raline 20-6-2021 01:04 PM
[UPDATE #13] BCL syukur anak, ibu bapa negatif Covid-19


Jakarta: Pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali, BCL melahirkan perasaan lega apabila anak tunggalnya Noah, berserta ibu bapa dan pembantu rumahnya disahkan negatif Covid-19.

  Ujian calitan kepada semua ahli keluarga dan pembantu rumah BCL itu dibuat pada petang Jumaat lalu dan keputusan negatif berkenaan diperoleh mereka pada malam, hari yang sama.

  Terdahulu, BCL yang positif Covid-19 sejak enam hari lalu kini menjalani sesi kuarantin di rumah bersama berberapa rakannya yang turut dijangkiti.

  Bagaimanapun, kesemua mereka sepakat untuk mengambil pendekatan dengan bertindak membuat ujian calitan kepada semua ahli keluarga masing-masing yang disyaki kontak rapat.

   "Alhamdulillah, hasil PCR Noah, ibu bapa dan orang rumah semua negatif. Kepada kita semua yang ada di tingkat tiga yang kuarantin, semangat terus supaya lekas negatif," katanya.

   Dalam perkembangan lain, BCL memaklumkan dia sudah mula mengalami gejala Covid-19 yang membuatkan fikirannya terganggu dan memerlukan ketenangan.

   "Paling sukar apabila saya terpaksa berpisah dengan Noah. Saya juga terpaksa menyusahkan orang lain untuk menguruskan segala urusannya (Noah).

   "Ia memang tidak mudah buat saya jauh dari Noah. Namun, saya tetap bersyukur kerana ibu bapa dan keluarga yang banyak membantu saya," katanya.

   Penyanyi lagu Cinta Sejati itu dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat beberapa penari yang bertemu dengannya pada 10 Jun lalu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my
Quote BaeSpring12 4-8-2021 06:23 PM
tung ah dapat jejalan.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055782 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top