CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thailand mulakan ujian vaksin "ChulaCov19" pertama ke atas manusia

16-6-2021 03:08 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2160| Komen: 11

Description: BANGKOK: Universiti Chulalongkorn Thailand pada Isnin memulakan ujian ke atas manusia menggunakan calon vaksin RNA (mRNA) COVID-19 dinamakan ChulaCov19.
Ujian itu melibatkan 74 sukarelawan berusia antara 18 hingga 55 tahun serta kumpulan usia antara 65 hingga 75 tahun yang dibahagikan kepada tiga kumpulan. - Gambar hiasan/ AP




BANGKOK: Universiti Chulalongkorn Thailand pada Isnin memulakan ujian ke atas manusia menggunakan calon vaksin RNA (mRNA) COVID-19 dinamakan ChulaCov19.

Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata, ujian itu melibatkan 74 sukarelawan berusia antara 18 hingga 55 tahun serta kumpulan usia antara 65 hingga 75 tahun yang dibahagikan kepada tiga kumpulan.

"Sukarelawan tersebut diberi dos vaksin yang berlainan mengikut usia mereka untuk menguji kepekatan yang diperlukan untuk menghasilkan imuniti.


"Ujian kedua akan dilakukan pada Ogos membabitkan kumpulan lebih besar antara 150 hingga 300 orang," katanya semasa taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Vaksin COVID-19 Pfizer dan Moderna dihasilkan menggunakan kaedah mRNA.

Sementara itu, pengarah Hospital Memorial Chulalongkorn Profesor Dr Suttipong Wacharasindhu dipetik PBS Thailand berkata vaksin itu diberikan kepada sukarelawan yang sihat dalam dua fasa di bawah pengawasan rapi doktor, jururawat dan penyelidik.

"Sekiranya kedua-dua fasa percubaan membuktikan keberkesanan dan keselamatan vaksin yang tinggi, ia tidak perlu melalui fasa ketiga dan boleh diluluskan untuk pengeluaran besar-besaran sebelum pertengahan 2022," kata Dr. Suttipong, yang juga dekan Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn.




Sumber : Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 16-6-2021 04:23 AM
Wah..Thailand pun dah ada vaksin sendiri..hasil research univ...Malaysia bila pulak..come on UM,USM
Quote Babai 16-6-2021 04:28 AM
"Sekiranya kedua-dua fasa percubaan membuktikan keberkesanan dan keselamatan vaksin yang tinggi, ia tidak perlu melalui fasa ketiga dan boleh diluluskan untuk pengeluaran besar-besaran sebelum pertengahan 2022," kata Dr. Suttipong, yang juga dekan Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn.


Ini gila ni. Orang lain semua buat sampai fasa ketiga.
Quote miszclassique 16-6-2021 05:04 AM
Nasib baik bukan malaysia yg buat, kalau tak, 7 hari 7 malam thread pasal ni jek {:cryrun . Berapa agaknya pampasan diorang offer, mesti masyukk sbb ni baru betul mcm lab rat
Quote Tinot7 16-6-2021 06:52 AM
wirazam: Wah..Thailand pun dah ada vaksin sendiri..hasil research univ...Malaysia bila pulak..come on UM,USM


UKM, unimas, UMS, UPM dll tak termasuk ka?
Quote caprut 16-6-2021 06:58 AM
Babai replied at 16-6-2021 04:28 AM
Ini gila ni. Orang lain semua buat sampai fasa ketiga.

Ada ke vaksin smpi fasa 3 clinical trials. Ke dorg pendekkan masa setiap trial. Sbb nk complete kan clinical trials semua ubat amek masa 7 thun cmtu gak. Kdg2 ubat yg clinical trials ni da fasa 3 tp tuptup kena cancel
Quote wirazam 16-6-2021 07:37 AM
Tinot7 replied at 16-6-2021 06:52 AM
UKM, unimas, UMS, UPM dll tak termasuk ka?

Petik 2 uni yg terkenal dan paling lama kat malaysia nih dulu..sbb rasanya ada lebih byk pakar kat both uni nih compared to others..
Quote Babai 16-6-2021 02:42 PM
caprut replied at 16-6-2021 06:58 AM
Ada ke vaksin smpi fasa 3 clinical trials. Ke dorg pendekkan masa setiap trial. Sbb nk complete ka ...

Pulak takde? Vakasin yang ada sekarang ni masa fasa 3 dia uji dekat puluhan ribu orang.
Quote caprut 16-6-2021 03:10 PM
Babai replied at 16-6-2021 02:42 PM
Pulak takde? Vakasin yang ada sekarang ni masa fasa 3 dia uji dekat puluhan ribu orang.

So cepatnya da smpi fasa 3. Baru setahun covid
Quote Babai 16-6-2021 03:28 PM
caprut replied at 16-6-2021 03:10 PM
So cepatnya da smpi fasa 3. Baru setahun covid

Awal2 vaksin diperkenalkan dulu kan merata news outlets serata dunia ada up cerita detail pasal benda ni. Ko try la baca camne diorang adjust timeline supaya dapat dipadatkan dan ada overlaping sebab nak pendekkan tempoh setiap fasa. Kalau nak ikut style waktu normal, jawabnya bertahun2 ambil masa.
Quote Drmu 16-6-2021 03:30 PM
Apa bahan2 dlm vak ni ya ?
Brani nya dorang jadi tikus makmal. Iol tgk dokumentari trial TGN1412 risau pulak walapun dpt duit. Tpi ksan dia dahsyat smpai organ xbrfungsi.
Harapnya hasil kajian telus dan ada badan2 bebas yang turut serta. Kalau company je buat kajian takut overclaim.
Quote mclaren 17-6-2021 10:39 PM
Ada baca Malaysia pun ada tengah developing vaccine tapi lupa bacs kat mana. One of the newspapers. Siapa rajin go find it

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.307428 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top