Penyanyi, Datin Alyah berkongsi khabar duka apabila memaklumkan anak buahnya terpaksa ditidurkan selepas mengalami sesak nafas akibat jangkitan Covid-19. Jelas Alyah, selain anak buahnya, seluruh ahli kelurganya turut dilaporkan positif wabak berkenaan.
Tambahnya, anak buahnya itu dipercayai mula dijangkiti wabak Covid-19 ketika bekerja di sebuah kilang yang terletak di Gelang Patah, Johor. Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Thank You Allah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Pada masa sama, Alyah turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang bertanggungjawab kerana masih membenarkan kilang tersebut untuk beroperasi. Katanya, pihak yang terlibat sepatutnya harus bersifat lebih berperikemanusiaan kerana soal nyawa bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.
“Adakala duit mampu mengaburi mata tapi saya mohon renung-renungkan mampukah duit mengembalikan nyawa? “Mungkin kematian atau yang sakit itu bukan dari kalangan keluarga pihak pihak yang harus mengambil tindakan. Tapi hilangkah rasa kemanusian kerana wang ringgit?” luahnya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati selain turut menitipkan mendoakan semoga anak buahnya itu kembali sembuh seperti sedia kala. Sumber: Media Hiburan
|
yondu: semoga cpt sembuh. ada kwn i ditidurkan juga sebab dia ada darah tinggi, semput, memang susah nak bernafas tp Alhamdulillah sekarang dah balik rumah. ...
kechikchomel replied at 15-6-2021 04:01 PM
Berapa lama la dia ditidurkn?
yondu replied at 15-6-2021 04:10 PM
entah la. nak tny lebih takut dia tak selesa.yg i tau mula2 kena covid dia text i lepastu dia bagi ...
Boomibulat replied at 15-6-2021 04:24 PM
Cmana tidur tu..mmg x bangun2 ke dlm tempoh tu?
uori replied at 15-6-2021 04:55 PM
selalu sebab tak jaga sop ke apa kalau dapat kat kilang nih?
Firis replied at 15-6-2021 05:06 PM
Kilang susah la nk jaga sop, environment dia,cara kerja dieorg.dah jumpe kwan2 dh tentu duk lepak2 ...
uori replied at 15-6-2021 05:08 PM
jadi memang sebab tak jaga sop lah kan?
Firis: Kilang susah la nk jaga sop, environment dia,cara kerja dieorg.dah jumpe kwan2 dh tentu duk lepak2 rehat mkn skali.kilang kecik mngkin bleh control ki ...
yondu replied at 15-6-2021 04:28 PM
jap dah tny. dia cakap x bangun2 pun..memang tidur je
Belibis replied at 15-6-2021 07:40 PM
Management level boleh ler sop bagai..kalau level macai,kat line production...takdenya nak sop...
...
uori replied at 15-6-2021 04:55 PM
selalu sebab tak jaga sop ke apa kalau dapat kat kilang nih?
Firis replied at 15-6-2021 05:06 PM
Kilang susah la nk jaga sop, environment dia,cara kerja dieorg.dah jumpe kwan2 dh tentu duk lepak2 ...
ADVERTISEMENT