CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Di Klang Kurung Bini Sebab Tak Sediakan Sarapan

15-6-2021 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4458| Komen: 23

Akibat tidak menyediakan sarapan pagi, seorang lelaki berang dan bertindak 'mengurung' isterinya di sebuah Pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi, Klang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian pada jam 7.15 pagi, mangsa berusia 27 tahun telah ditolak di kepala dan badan oleh suaminya hingga terjatuh.



Gambar hiasan

"Selepas itu, mangsa dikunci dari dalam rumah dan telefon bimbitnya turut disimpan oleh suspek berusia 28 tahun bagi mengelak isterinya menghubungi orang lain.

"Bagaimanapun mangsa telah meminta jiran depan rumahnya untuk menghubungi polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Shamsul Amar berkata, anggota polis telah datang ke rumah berkenaan dan melepaskan suri rumah itu sebelum dibawa ke balai polis untuk buat laporan.

"Sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek di rumah sama pada jam 5.15 petang. Siasatan awal, lelaki itu mengaku terlibat dalam kes itu," katanya.


Menurut beliau, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah.

"Siasatan lanjut akan diteruskan selepas permohonan reman di Mahkamah Klang pada hari ini (Selasa).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 15-6-2021 10:57 AM
Huhhh laki tagune
Quote EjenAlisya2 15-6-2021 01:37 PM
Ehh bini tak masak beli la kat luar. Klu kurung dpt apa. Igt kau duduk dlm hutan ke apa?
Quote zehra2 15-6-2021 01:47 PM
nk mkn sedap, beli laaa brg mkn elok2. jgn ikan masin je
nk bini lawa, belikan laa make up baju cantik2..
duit dapur tkde.. elaun rumah tkde..
elok bg mkn racun tikus je
Quote manehnya 15-6-2021 02:50 PM
Bestnya kena kurung... Awwwww... N mkn sama... {:smile
Quote genUmi 15-6-2021 03:00 PM
perempuan kena bodow bodow

baru laki sayang
Quote allshares 15-6-2021 03:01 PM
Tgn ada kaki ada mau mkn tu mulut sendiri. haiya bini bukan hamba.
Quote sukacactus 15-6-2021 03:06 PM
Aku yg surirumah ni pun, bkn keje aku sedia breakfast, laki aku yg pergi cari
Aku masak lunch je on weekdays sj
Kalau laki xde br aku yg cari or buat breakfast
Sungguh malang adik ni
Kalau xtahan sila la blah
Kalau ko suka, hadap je la
Quote bloodyamuk 15-6-2021 04:05 PM
iols pernah jumpa kat balai masa buat report , pengadu sebelah mangsa domestic violence...tengah tunjuk tangan lebam2 kena pukul dengan  kayu, die kena kunci dalam rumah...abam2 polis selamatkan...lepas tu mai datang sorang pegawai bawak bukti kayu tu...berkumat kamit diorang kat balai kesian kat mangsa dan sakit hati...


janganlah kita asal berlaki yeh...
Quote I.K.A888990 15-6-2021 04:25 PM
better tak ada laki dari hidup mcm ni
Quote yondu 15-6-2021 04:35 PM
laki iols penah dpt kes camni. beria si bini buat repot apa sume, selang seminggu nak baik balik dgn laki, sian kt laki apa jadah sume. Bukan sikit ye pmpn2 asal berlaki ni, kena tinju kena maki kena ludah apa sume hujung2 baik balik. sampai laki iols ckp, takpe la bia la, kang mati ambik kes, soal siasat, buat report, settle. x payah ambil tau sgt hal dorang
Quote nenekglamer 15-6-2021 04:46 PM
Penat buat bodoh2 nk dapat laki. Penyudahnya not only dibodohkan oleh laki jadi hamba abdi, di kasari some more.
Quote asamfish 15-6-2021 05:30 PM
bagus buat report!  jgn plopp lepas ni tarik balik report tu...selepas dipujukrayu....be firm ya!
Quote MsKathryn 15-6-2021 06:48 PM
Baik x berlaki
Quote primarikey 15-6-2021 06:51 PM
EjenAlisya2 replied at 15-6-2021 01:37 PM
Ehh bini tak masak beli la kat luar. Klu kurung dpt apa. Igt kau duduk dlm hutan ke apa?

Bewak la tu...xde duit nk p tapaw...tu yg bgantung hidup kt bini...bila bini x masak ngamuk la dia kelaparan
Quote slavehunter 15-6-2021 07:09 PM
Yang suami pun susah sangat ker just makan roti dengan air? Nak demand hari2 makanan panas? Belajar skit makan cereal letak susu jer pagi then buat air panas . Hidup kalau cerewet memang susah.
Quote manjalara_01 15-6-2021 08:05 PM
Just my opinion. Antara punca org prempuan jd mcm ni mungkin zaman kanak2 upbringing die kena dera dgn bapak sendiri.

So like it or not die akan tertarik pd laki toksik mcm bapak die. Yg prempuan dpt suami elok sbb die disayangi ayah sendiri. So she knows her self-worth x kan senang2 nk bg suami abuse die. Ade self respect just like how ayah use to respect her.

Ni in general terms la..



Quote little_sis 15-6-2021 08:10 PM
Awalnya nak berbreakfast.. baru kul 7++...
Quote Friska 15-6-2021 08:24 PM
Sedih saya berita yang kayaq ini
Quote BoongaKertas 16-6-2021 08:39 AM
jantan xdak teloq, berani rembat bini jer. ingat tu anak patung ka? ya Allah jantan hanat.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042329 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top