CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Pereka ZARA Dikecam Keluar Kenyataan Anti-Palestin

15-6-2021 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1965| Komen: 0


Label fesyen terkemuka Zara menjadi sasaran kemarahan selepas seorang perekanya didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk retorik anti-Palestin.

Vanessa Perilman, Ketua Pereka Fesyen (wanita) Zara didakwa membuat komen kontroversi itu dalam mesej balasan terhadap entri pro-Palestin yang dimuat naik seorang model.


Kredit foto: Twitter/OyeYeah

"Mungkin jika bangsa anda terdidik dengan baik, mereka tidak akan meletupkan hospital dan sekolah yang dibiayai Israel di Gaza," katanya dalam komen kepada Qaher Harhash, seorang model berketurunan Palestin.

"Orang Israel tidak mengajar kanak-kanak untuk membenci atau melempar batu ke arah tentera seperti yang dilakukan orang Palestin.


"Mereka dalam industri fesyen tahu kebenaran tentang Israel dan Palestin dan saya tidak akan berhenti membela Israel.

"Orang seperti anda akan datang dan pergi akhirnya," sambung Vanessa.

Vanessa bagaimanapun memadam akaun Instagramnya dan laman media sosial yang lain selepas kenyataannya itu tersebar.





Kredit foto: IG Harhash

Berikutan itu, warganet mengemukakan aduan rasmi kepada Zara, namun label tersebut belum mengambil tindakan.

Mereka sebaliknya membalas dengan kenyataan umum tentang bagaimana Vanessa sudah "meminta maaf" dan ia diterima oleh Harhash.


Sumber: AWANI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.070401 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top