CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Risau Keadaan Nenek,"-Swab Test Negatif, Riena Diana Tetap Kuarantin Diri

15-6-2021 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2058| Komen: 0

Selepas sembilan hari menjalani kuarantin di rumah, pelakon dan pengacara Riena Diana meluahkan rasa syukur apabila keputusan ujian calitan Covid-19 kedua negatif.

Biarpun ujian saringan pertama dan kedua negatif, namun Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal tetap mahu meneruskan tempoh kuarantin selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.

Riena yang menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 memberitahu dia berasa lega apabila dirinya tidak dijangkiti virus tersebut memandangkan neneknya tinggal bersamanya.


Foto: IG

"Alhamdulillah... keputusan ujian calitan kedua saya negatif. Walaupun keputusan dah keluar menunjukkan saya tiada jangkitan tapi saya tetap nak teruskan kuarantin.


"Ada baki lima hari lagi untuk saya kuarantin demi langkah berjaga-jaga. Bila dapat keputusan itu, memang rasa lega... yela, saya tinggal bersama nenek. Memang risau memikirkan keadaan dia.

"Walaupun saya duduk sama dengan nenek tapi saya kuarantin dalam bilik seorang diri... kalau bosan, saya akan video call nenek," kata Riena ketika dihubungi mStar pada Isnin.


Sebelum ini, Riena mendedahkan dia terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Menurut penyampai radio Hot FM ini, dia melakukan ujian calitan Covid-19 selepas mengetahui salah seorang kru ketika mengacara di sebuah program di Shah Alam disahkan positif.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan watak Lailer menerusi drama Kampung People ini menasihati orang ramai agar sentiasa berada di rumah dan hanya keluar sekiranya ingin menguruskan perkara penting.



Selain itu, Riena juga meminta semua orang tidak berasa panik untuk membeli barangan keperluan dan sentiasa memakai dua pelitup muka seperti yang disarankan kerajaan serta mengamalkan penjarakan ketika berada di kawasan umum.

"Nasihat saya agar duduk rumah saja dan keluar bila perlu. Kepada yang kelam kabut nak membeli barang sampai hari ini, jangan risau, bekalan makan masih cukup.




"Sebab saya sendiri pernah kena marah dengan orang kedai sebab berebut makanan dan tempat letak kereta. Jangan lupa pakai double mask dan sentiasa jaga kebersihan.

"Sebab saya amalkan double mask dan kebersihan, walaupun jadi kontak rapat pesakit Covid tapi Alhamdulillah saya jaga jarak dan amalkan semua itu, saya bebas daripada virus tersebut," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.026019 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top