CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Kareena Dan Karisma Kapoor Hidup Susah, Dibesarkan Ibu Sendirian

15-6-2021 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2543| Komen: 11

Description: Dua diva popular Bollywood iaitu Kareena Kapoor dan Karisma Kapoor pernah berdepan kesukaran hidup ketika usia remaja selepas ibu dan bapanya berpisah.
Dua diva popular Bollywood iaitu Kareena Kapoor dan Karisma Kapoor pernah berdepan kesukaran hidup ketika usia remaja selepas ibu dan bapanya berpisah.

Meskipun orang tua mereka tidak bercerai dan hanya membawa haluan masing-masing, Kareena berkata ibunya Babita Shivdasani membesarkan mereka adik-beradik tanpa sebarang bantuan kewangan daripada keluarga Kapoor.


Kredit foto: Hindustan Times
Mujurlah dalam tempoh sukar itu Babita ada terlibat jualan hartanah dan memiliki beberapa perniagaan kecil-kecilan.

Justeru itu, Kareena berkata dia dan kakaknya dididik menjadi gadis yang mampu berdikari.


Karisma, Kareena, Babita, Kredit foto: Hindustan Times


Hubungan mereka sekeluarga bagaimanapun kembali pulih selepas Kareena dan Karisma mula meningkat dewasa.

"Sekarang kami memiliki satu keluarga yang semakin utuh," katanya.

Untuk rekod, Radhir Kapoor dan Babita berkahwin pada 1971 selepas terbabit cinta lokasi dalam filem Kal Aaj Aur Kal.

Pasangan pelakon ini dilaporkan berpisah dan tinggal berasingan pada tahun 1988.

Sejak beberapa tahun lalu, Radhir dikatakan sudah kembali bersama Babita. -CARI

Sumber:mStar Online/ Hindustan Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orangelily 15-6-2021 10:46 AM
Ni nak cover yg dia mintak juta2 utk berlakon satu watak dlm filem bollykollywood tu khennn..hurmmm
Quote mizzmimi 15-6-2021 12:59 PM
Mak berniaga anak? {:run

Flashback makan diri sangat
Quote mizzmimi 15-6-2021 01:01 PM
Agaknya nak tolak offer so quote la harga mahal2.. Dia baru bersalin kan aritu. Maybe nak fokus ke anaknya..
Quote cikperiukkera 16-6-2021 08:09 AM
Kat yindia kalau aktor senang2 jer letak rate berjuta aktress mmg susah...masih amalkn kasta mcm dorg jugak kottttt. Btw selayaknya la sheols nk demand mhl2 cmtu. Bkn baru sehari dua berlakon...pnh menang award bagai.
Quote Bihungoreng 16-6-2021 09:59 AM
Dua beradik ni tak pernah aku rasa lawa.. kalu kareena tu muka bersegi.. kalu karisma tu pulok air muka tua nak nges je cam apak dia.. tapi putih yakmat dua orang ni…

Hidup susah? Ahh tolonglahh.. kat sana sape je xkenal kuarga kapoor… naik nama pon atas dasar kuarga kapoor.. aktor aktress yg bunuh diri tu tilik blk bukan dtg dpd family retis pon.. sebab struggle nak maintain name sinunn… kroni kuat sane..
Quote hidet 16-6-2021 10:51 AM
susah level derang, mcm kita sini yang geng  gaji puluh ribu nihhh
Quote anony-mous 19-6-2021 04:08 AM
cikperiukkera replied at 16-6-2021 08:09 AM
Kat yindia kalau aktor senang2 jer letak rate berjuta aktress mmg susah...masih amalkn kasta mcm dor ...

I pon rasa layak dia ni nk letak hrga juta2. Berapa byk filem dia box office? Heroin lain yg sezaman dgn dia smua dah xlaku. Amaze how she still standing. 3 idiots, bajrangi tu semua cerita baru (2010s above) dia dpt pegang heroin. Bdn pon herlok jaga. Muka mcm xberubah, in fact makin cantik compare 90s -2000 dlu

Atau mmg dia xnk tp tolak secara halus
Quote jihah_kudat 19-6-2021 11:06 AM
anony-mous replied at 18-6-2021 08:08 PM
I pon rasa layak dia ni nk letak hrga juta2. Berapa byk filem dia box office? Heroin lain yg sezam ...

kannn walaupun dia ni ada attitude yang tak best tapi cerita dia semua meletop kira semua a list actor dia dah pernah berlakon..filem dia pun semua best2..

aku pun rasa ni salah satu soft reject yang dia nak bagi lagipun kalo dia sengaja letak harga tu pun make sense mungkin dia rasa cerita tu confirm box office sebab director ke scripwriter dari bahubali kan..so sebelum director untung juta2 baik sheolss amek untung dulu hahaa
Quote greantea 19-6-2021 11:16 AM
x caye la susah naw hidupnya. nak buat sedap cerita jek tu. mungkin masa kawen dok banglo, tp pas berpisah dok teres. tp x percaya la susah sgt
Quote delia3003 19-6-2021 12:47 PM
Kareena ni jenis muka keras beza betul dgn Karishma yg muka lembut. Tak pernah rasa Kareena ni lawa.
Quote ImpianSeroja 27-6-2021 11:31 PM
Karisma minat juga dia berlakon..menari pun ligat..tp Kareena mmg dari dulu x minat..tak tau nape..tak excited pun nk tgk filem dia nie

Lihat semua komen(11)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.098586 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top