Meskipun sudah bergelar seorang ibu dan mempunyai anak perempuan berusia tujuh tahun namun hal itu tidak menghalang penyanyi dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting untuk terus tidur satu bilik dengan ibunya sendiri.
Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Ayu Rosmalina, 29, sehingga kini dia tidur masih tidur sebilik dengan ibu, adik perempuan serta anak perempuannya, Bilqis Khumairah Razak. Ayu berkata dia bukan saja-saja mahu tidur sebilik dengan ibunya sebaliknya terpaksa berbuat demikian kerana percaya bilik tidurnya telah dihantar santau oleh individu yang berniat jahat. "Bilik tidur utamaku tidak pernah saya tidur lagi sampai sekarang... saya tidur berempat bersama ibu, anak perempuan dan adik perempuan saya.
|
ADVERTISEMENT