CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Peristiwa 10 Jun 1980, Surat penting dari Nelson Mandela dari penjara

10-6-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2168| Komen: 1




Hari ini 41 tahun yang lalu, Nelson Mandela mengutus sepucuk surat penting dari dalam penjara. Selepas beberapa kali ditahan dan dibicarakan, Nelson Mandela, pemimpin pertubuhan politik kulit hitam ANC, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 12 Jun 1964 oleh rejim apartheid Afrika Selatan atas tuduhan sabotaj, pengkhianatan dan konspirasi ganas. Di Penjara Robben Island, dia hanya dibenarkan didatangi seorang pelawat sekali sahaja setiap tahun, dan boleh mengutus surat hanya sekali setiap enam bulan. Penulisan bersangkutan politik adalah diharamkan, jadi setiap surat akan ditapis oleh pihak penjara. Bagaimanapun, Mandela tetap menemui jalan untuk menyampaikan mesej-mesej perjuangannya dengan bantuan banduan yang dibebaskan dan akan meninggalkan penjara. Manuskrip autobiografi 500 muka surat tulisan Mendela diseludup keluar oleh banduan bebas pada 1976. Namun tidak lama selepas itu ia dapat dikesan dan dirampas warden, menyebabkan Mandela ditarik hak dan akses kepada pendidikan selama empat tahun. Tamatnya sekatan, pada 10 Jun 1980, Mandela segera menyeludup keluar surat bertulis “UNITE! MOBILISE! FIGHT ON! BETWEEN THE ANVIL OF UNITED MASS ACTION AND THE HAMMER OF THE ARMED STRUGGLE WE SHALL CRUSH APARTHEID!” Penentangan tetap berjalan apabila Mandela mengepalai gerakan di dalam penjara, sebelum dipindahkan ke Penjara Pollsmoor pada 1982, seterusnya ke sebuah pondok pada 1988 di mana beliau menjalani perintah tahanan rumah. Pada 1989, F.W. de Klerk menjadi Perdana Menteri Afrika Selatan dan memulakan usaha meruntuhkan apartheid di negara itu. Akhirnya selepas 27 tahun menjadi tahanan politik, pada 2 Februari 1990, Mandela dibebaskan. Pilihan raya pelbagai kaum yang pertama pada 26 April 1994 menyaksikan majoriti 22 juta pengundi memilih Mendela dan ANC untuk mentadbir Afrika Selatan. 10 Mei tahun itu, Mandela mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri, berkulit hitam yang pertama negara itu. Sumber: History/Astro Awani


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikLijah 11-6-2021 04:14 AM
Teringat psl mandela effect bila bc kisah beliau..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.170752 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top