CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Jam Tunggu Bangun Tidur, Azar Azmi Malu Dengan Hafreez Adam

9-6-2021 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5745| Komen: 11

Akibat terlajak tidur, pelakon Azar Azmi menyimpan perasaan bersalah dan malu terhadap aktor Hafreez Adam yang terpaksa menunggunya di set penggambaran drama Derita Untuk Bahagia selama hampir dua jam.


Mengakui kesalahannya itu, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, berkata kelewatan yang tidak disengajakan itu berlaku disebabkan dia bangun lewat gara-gara terlalu letih.

Foto: IG

"Sampai hari ini saya rasa serba salah terhadap Hafreez. Ada sekali, saya terlajak tidur disebabkan badan terlalu letih dan lewat sampai ke lokasi penggambaran.

"Kebetulan pula waktu itu hanya nak rakam babak saya dengan Hafreez sahaja. Hampir dua jam juga Hafreez terpaksa tunggu saya di set.

"Memang saya mengaku itu salah saya tapi nasib baik juga Hafreez tak marah. Memang waktu itu saya tak sedar sampai terbangun lewat," katanya kepada mStar.



Pelakon berusia 32 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media secara maya pada Selasa.

Drama terbaharu gandingan Azar, Hafreez dan Amar Baharin berjudul Derita Untuk Bahagia sudah mula ditayangkan di Astro Prima pada pukul 6 petang bermula Isnin hingga Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon drama siri popular Nur 2 ini juga mendedahkan penggambaran drama tersebut juga pernah dihentikan selama dua minggu kerana dia perlu menjalani kuarantin kendiri.


Azar memilih untuk kuarantin selepas dia berada di set penggambaran program TV bersama penyanyi Naim Daniel yang menjadi kontak rapat selebriti Alif Satar yag disahkan positif Covid pada 22 November tahun lalu.

"Penggambaran drama ini terpaksa direhatkan selama dua minggu disebabkan saya. Memang rasa serba salah, tapi saya tak minta pun benda tu terjadi

"Waktu itu keadaan Covid-19 agak teruk dan saya pun ada jalani penggambaran untuk program TV bersama Naim Daniel yang menjadi kontak rapat pesakit Covid iaitu Alif Satar.



"Ikutkan keputusan swab test saya negatif tapi doktor kata tak boleh jamin sebab mungkin saya bukan penghidap tapi boleh jadi pembawa virus waktu itu.

"Doktor kata terpulang atas budi bicara produksi untuk teruskan atau tidak. Tapi masing-masing rasa tak selamat, itu yang terpaksa berhenti sekejap selama dua minggu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firis 9-6-2021 02:14 PM
Dengar cter tk jdik kn dgn anak mak itu,bgus la
Ko dgn hafreez nie pun cam sesuai je klau btul tk yah la tunang2 nikah je terus
Quote uori 9-6-2021 02:15 PM
aku kagum dengan orang yang boleh tido mati cenggini, sepertimana orang selalu kagum dengan aku yang letak saja kepala atas bantal, terus hanyut dibuai mimpi 24 episod. tapi aku jenis senang sedar, walau jarum jatuh di bilik sebelah pun boleh buat aku terbangun.

{:teatime
Quote helicornia 9-6-2021 03:23 PM
uori: aku kagum dengan orang yang boleh tido mati cenggini, sepertimana orang selalu kagum dengan aku yang letak saja kepala atas bantal, terus hanyut dibua ...

ye sama la sis.bila sunyi tgh malam bole dengar jarum jam dinding bergerak kt dlm bilik tido ni pun bole buat i terjaga. naik transport kete ke kapal terbang ke jgn harap i bole tido
Quote Firis 9-6-2021 03:35 PM
uori replied at 9-6-2021 02:15 PM
aku kagum dengan orang yang boleh tido mati cenggini, sepertimana orang selalu kagum dengan aku yang ...

Ko sama dgn adek aku jenis letak kpala je tidur,paling aku tk boleh lupa masa balik kg time raya,pg raya blik air 2,3 pun tk ckup.bilik air penuh msing2 nunggu nk mandi dia boleh lena kat tangga klau tergolek berjahit kpala.Tp ko snang jaga kan adik aku ni ko kejut bgai nk rak pun blum tentu nk bgun.
Quote ImpianSeroja 9-6-2021 04:00 PM
Iolls pun ada Sahabat yg kalau dah tido..bunyi kuat camne pun tak kn bangun..tido mati ..mati sungguh tido nya
Quote kakakgarang 9-6-2021 05:05 PM
aza ni bukan ke menaruh harapan dgn abe jo... yg apis ni choii mekap sekati.. jijizzzz
Quote lazim 9-6-2021 05:10 PM
uori replied at 9-6-2021 02:15 PM
aku kagum dengan orang yang boleh tido mati cenggini, sepertimana orang selalu kagum dengan aku yang ...

Org mcm uols ni mesti ht kering x memimikirkn mslh.  Iols jns berjam2 golek bru la terlelap
Quote Asdira 9-6-2021 07:59 PM
azar ni ada masa nmpk berisi, ada masa tu nmpk kurus..
Quote AyaqMeloSuam 10-6-2021 07:06 AM
Aku ni mcm azar ni. Tp aku susah tdoq.. skali lenyap.. bom umah aku.. sure aku mmg mati katak. Aku jarangggg sgt mimpi..
Quote ladyzens 10-6-2021 10:25 AM
Firis replied at 9-6-2021 02:14 PM
Dengar cter tk jdik kn dgn anak mak itu,bgus la
Ko dgn hafreez nie pun cam sesuai je klau btul tk y ...

oooo tak jadi eh..
citer la
Quote Suchi 10-6-2021 10:37 AM
Org jenis tido mati dia hanya akan terjaga kalau org goncang2 badan dia je.
Alarm tepon dia memekak berjam2 pun dia takkan terjaga.
Jauh gila roh meraya ntah kemana.
Kita yg cepat terjaga ni la yg serabut dengar alarm dia tu memekak.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.098074 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top