Sekurang-kurangnya 20 orang maut akibat dipanah petir di tiga daerah di selatan Bengal semalam. Lapor The Indian Express, pegawai pengurusan bencana negeri memaklumkan sembilan orang meninggal dunia di Murshidabad, sembilan lagi maut di Hooghly dan dua orang mati di Purba Medinipur.
Jelasnya, tiga orang mengalami kecederaan akibat dipanah petir di Murshidabad dan kini menerima rawatan di hospital Jangipur. Perdana Menteri India, Narendra Modi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Perdana Menteri juga meluluskan pampasan sebanyak 200,000 rupees (RM11,338) kepada ahli keluarga kepada mangsa yang maut dalam insiden itu. Mangsa tercedera pula akan menerima 50,000 rupees (RM2,834). Sumber: Utusan
|
angelofish replied at 8-6-2021 07:06 PM
pampasan untuk yang tercedera RM2,834.mana kala pampasan untuk mangsa kemalangan LRT...RM 1000.hina ...
ADVERTISEMENT