Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai pengantin perempuan hanya kerana ingin menghalang kekasihnya dikahwinkan dengan lelaki lain. Lapor Mirror, satu video menunjukkan lelaki itu lengkap mengenakan busana pengantin dan memakai alat solek.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bhadohi, utara India apabila pengantin perempuan sebenar bakal dikahwinkan dengan lelaki lain. Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan kekasihnya dikahwinkan dengan lelaki lain dan sanggup mengambil tempatnya sebagai ‘pengantin perempuan’. Namun, perbuatannya terbongkar selepas para tetamu mencurigai gerak -gerinya yang pelik sebelum memukul lelaki itu beramai-ramai. Para tetamu menarik rambut palsu lelaki tersebut, namun dia sempat melarikan diri sebelum polis tiba di lokasi kejadian. Sehingga kini polis belum melakukan sebarang tangkapan dan lelali itu terus menjadi buruan pihak berkuasa. Sumber: Utusan
|
Punat_button replied at 8-6-2021 09:22 PM
gitu cari dot com cawangan new delhi melaporkan
sambaldurian replied at 8-6-2021 08:42 PM
ak rs ni bkn kekasih pengantin perempuan, tp kwn kpd kekasih pengantin pmpuan. nk divert perhatian ...
jazaa100 replied at 8-6-2021 10:12 PM
Kwn kepada kekasih pengantin pompuan tu mcmana?
Kau jgn buat aku confused.....
sambaldurian replied at 8-6-2021 11:14 PM
berita ni pun mcm x lengkap, yg menyamar masih dicari polis lg. ak buat andaian je. yg ak pelik ap ...
lolipopi replied at 8-6-2021 08:27 PM
Diaorang ni makan ape la bebal sangat.. Gelak beso aku arini
Punat_button replied at 8-6-2021 09:22 PM
gitu cari dot com cawangan new delhi melaporkan
ADVERTISEMENT