Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, pelakon dan pelawak Azlee Senario telah diundang sebagai tetamu bagi membincangkan topik ‘Pujian, Penting Atau Tidak’, pada Isnin. Menerusi sesi yang dilangsungkan secara virtual itu, Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar antara lain ada menitipkan nasihat buat pasangan suami isteri mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
“Pertama sekali bagi saya kita kena tahu perkahwinan itu bukan satu permainan dalam hidup. Bila kita sedar benda itu, barulah kita boleh mendapat apa yang kita nak. “Oleh itu, kita kena selalu berbincang bila ada salah faham dan sebagainya. Jadi dengan adanya perbincangan itu kita dapat menyelesaikan masalah rumah tangga dengan baik dan kita elakkan perkara yang buruk berlaku. “Kita harus tahu tugas seorang wanita bukan satu perkara yang amat mudah, katanya.
Azlee pada masa sama turut berkongsi mengenai cara memuji si isteri agar kehidupan senantiasa harmoni. “Kita dekat luar bila berkerja kita dapat jumpa dengan kawan-kawan, tapi macam mana penatnya dia di rumah ini dengan memasak, membasuh, mengemas? “Jadi pada saya, apabila kita balik kita kena memberi pujian kepadanya sebab dengan adanya pujian itu dapat hilangkan kepenatan apa yang dia buat selama ini, “Kita kena selalu ingat untuk menjaga tingkah laku kita dengan baik dan selalu kena jujur,” katanya lagi. Azlee telah mendirikan rumah tangga bersama Aslinda Ayob dan dikurniakan dua orang anak perempuan. Sumber: Media Hiburan
|
Nizleen86 replied at 8-6-2021 04:48 PM
Cantik wife dia..nasib tak jadi pape dengan pelakon veteran tu kan
haruslah replied at 8-6-2021 04:49 PM
Pelakon suaministeridan.... tu ke?
Nizleen86: Yela uolls..gossip dulu2 kan hangat katanya
Nizleen86: Cantik wife dia..nasib tak jadi pape dengan pelakon veteran tu kan
anony-mous replied at 8-6-2021 05:06 PM
Wife dia ada iras pelakon tu
Ayda89 replied at 8-6-2021 05:10 PM
Iols penah jumpa dia masa senario tgh top Macamana dia dlm senario tu camtu la dia kat luar. Bi ...
Blackrose87 replied at 9-6-2021 01:53 AM
Betul ! Azlee suka buat lawak muka pelik.. geli k!
Waktu sy kanak2 pernah jumpa geng senario mas ...
Blackrose87 replied at 9-6-2021 01:53 AM
Betul ! Azlee suka buat lawak muka pelik.. geli k!
Waktu sy kanak2 pernah jumpa geng senario mas ...
ADVERTISEMENT