Video parodi pelakon Douglas Lim yang mengambil idea daripada sidang media bekas Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah berjaya meraih lebih sejuta tontonan dalam masa satu hari. Menerusi satu hantaran di laman instagramnya, Douglas mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkongsi video tersebut. Sidang media Datuk Seri Tajuddin berkaitan insiden kemalangan LRT yang menggemparkan negara dan melibatkan lebih 200 penumpang, ada di antaranya yang cedera parah itu menerima kecaman gara-gara sikap sambil lewanya menjawab soalan daripada wartawan dan dilihat seperti menjadikan insiden tersebut sebagai bahan jenaka. Susulan kecaman berterusan dan desakan agar dia meletakkan jawatan, Kementerian Kewangan akhirnya mengeluarkan surat penamatan khidmat Datuk Seri Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa serta merta pada 26 Mei 2021.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|