CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Asyik Dapat Watak Gengster, Sofi Jikan Berhenti Berlakon

18-11-2013 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11973| Komen: 72

Asyik Dapat Watak Gengster, Sofi Jikan Berhenti Berlakon

Kesian la pulak Abang Nara dengan Sofi Jikan ini. Betul jugak katanya. Asyik-asyik dapat watak gangster je. Asyik-asyik kerja pukul orang, gaduh sana-sini dan buat muka jahat. Bosan jugak kalau setiap kali berlakon dapat watak yang sama. Mungkin wajah Sofi Jikan memang sesuai untuk watak sebegitu sehingga hanya tawaran itu diperolehi olehnya.


Kerana kekecewaan ini, Sofi Jikan nekad untuk berhenti berlakon. Bukan hanya kerana watak stereotaip, namun bayaran yang ciput dan tidak setimpal juga menjadi punca utama keputusan ini. Kata Sofi Jikan kepada Mstar Online:-


Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon tetapi keadaan masih tidak pernah berubah.

Jujurnya memang saya patah hati dengan keadaan industri perfileman hari ini dan saya nekad untuk meninggalkan dunia lakonan. Sampai bila saya hendak berlakon sebagai gengster? Adakah setakat itu sahaja bakat lakonan saya?

Walaupun berhenti berlakon, Sofi Jikan tetap akan terlibat dalam industri hiburan menerusi syarikat penerbitannya. Mungkin Sofi Jikan ingin jadi beralih angin dan menjadi pengarah pulak. Harapan Abang Nara, jangan la Sofi Jikan terbitkan filem atau drama gangster pulak. Cuba buat sesuatu yang unik dan tidak pernah ada di Malaysia. Tak gitu?

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mangkok 17-11-2013 03:15 PM
Tapi ko berlakon bagus......rugi berhenti.....
Nak jadik hero.....mungkin kekurangan physique......tapi kalau character actor, sure can punya....
Quote encikWawad 17-11-2013 03:15 PM
masalahnya muka heols tak kachak dan komersil utk watak hero - nak bagi watak bapak - muda la plak - nak kasi watak apa pun susah -
Quote leader79 17-11-2013 03:23 PM
dah mmg nasib badan..
Quote keretapilaju 17-11-2013 03:47 PM
kena ubah penampilan kot.. kena la kasi nampak kemas n smart sket...baru bleh dpt watak lain...
Quote Grengo 17-11-2013 03:49 PM
watak komedi pon okey pe..
watak suami teraniaya.. pon sweet jugak
Quote mommymonster82 17-11-2013 03:53 PM
Mommy pnh tgk dia blakon drama..taubt seorg gangster...
Jd cam xberp cocok n xlogik sbb xkn baru kuar penjara rambut dah pnjg..
Tu yg kt situ cam xboleh hadam sgt.
Bab lain best tgk lkonn dia..dlm hntu k limah...man laksa....
Quote shaykays 17-11-2013 03:55 PM
Erm cuba watak pengkid2 xpon tomboi2 pon ok tu
Quote awanindah 17-11-2013 03:57 PM
baru nak up sikit ...dah nak sentap bagai ..

mcm lah baru semalam berlakon si sofie jikan  nie
Quote mixed 17-11-2013 04:06 PM
Muka x bape nk ada tima lah seadanya

Tp ko berlakon mmg best
Quote nuhanis 17-11-2013 04:13 PM
shaykays posted on 17-11-2013 03:55 PM
Erm cuba watak pengkid2 xpon tomboi2 pon ok tu

dah kenapa nak bagi watak pengkid2 and tomboy kat dia lak? muka dia cam lelaki jadian ke?
adoii lawak la hang.
ni kalau dia baca ni, bukan takat nak benti berlakon. lari terjun lombong bunuh diri terus aku rasa.
Quote purpledesire 17-11-2013 04:22 PM
sofi jikan adalah antara pelakon yg paling berbakat..
bukan taraf pelakon paling kayu @ pelakon paling sampah..
Quote prettyuglybabe 17-11-2013 04:26 PM
cuba ubah penampilan bagi handsome sikit..
Quote mitnick 17-11-2013 05:27 PM
lps nie nk tgk cite ape yg mau diarahkan
Quote solstice 17-11-2013 05:34 PM
Ngengada lah dia ni
Dah muka crook takkan org nk amik jd hero ombak rindu pulok
Kepelbagaian produksi msia ni belom nmpak lg
Quote leader79 17-11-2013 05:44 PM
dia nie dah lama berlakon watak sampingan tu yg nak watak hero pulak.. dah mengidam dah nie.
Quote dani-rox 17-11-2013 06:08 PM
alaaahh Danny Trejo yg selalu pegang watak jahat kat hollywood tuh rileks jah...




Quote lia98 17-11-2013 06:09 PM
pegi gym
Quote RED 666 17-11-2013 06:14 PM
encikWawad posted on 17-11-2013 03:15 PM
masalahnya muka heols tak kachak dan komersil utk watak hero - nak bagi watak bapak - muda la plak - ...

tak muda dah dia ni, umo dah 40an

hairie othman umo 40an berlakon cuma watak bapak2 je skang ni

Quote leader79 17-11-2013 06:18 PM
dia nie dah dpt berlakon pun mujur.. hero baru yg muda2 dah berlambak dah ler nie...

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046315 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top