Perang antara Catriona Ross dan Suhaimi Saad belum berakhir. Sebelum ini Suhaimi atau lebih mesra dipanggil SS lantang mengkritik Catriona dengan menyuruhnya supaya menyimpan bodoh dan bingai.
Tak mahu berdiam diri, kali ini aktres tersebut serang balas pula. Catriona kata dia mengetahui tentang status SS menerusi rakannya. Namun Cat kata dia tak nak buang masa berdebat dengan seseorang yang tidak mahu belajar.
"Bila kawan hantar paparan skrin status itu, saya tertanya-tanya siapa pula dia sebab dia pun dah lama tak ada dalam industri. Bila kawan jelaskan siapa dia, barulah saya ingat yang dia anti vaksin, tak percaya sekolah dan kemajuan. "Bagi saya macam ini la, saya tak nak komen lebih lanjut fasal dia sebab rakyat Malaysia sedia maklum kepercayaan dia macam mana. Dia boleh kata apa saja tentang saya dan saya memang tak ambil hati atau terkesan dengan kata-kata dia.
"Bagi saya, kita tak akan menang berdebat dengan orang yang tak mahu belajar. Kepercayaan saya tetap sama... tak berubah hanya disebabkan satu manusia itu," katanya kepada mStar. Dalam masa yang sama Catriona menyarankan agar penghasut vaksin seperti SS diletakkan sebilik dengan pesakit Covid-19. "Saya memang sarankan semua rakyat Malaysia ambil suntikan vaksin. Jangan terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng mengenai vaksin. Lupakan dakyah mengatakan vaksin cara orang Yahudi bunuh orang. "Sebagai contoh Imam Masjid al-Haram di Mekah, Syeikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais pun ambil suntikan vaksin. Orang mulia seperti beliau pun boleh ambil... kenapa tidak kita? "Jangan persoalkan kenapa negara lain seperti China dan New Zealand dah bebas Covid-19. Rakyat mereka semuanya dah ambil vaksin." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|