KUALA LUMPUR, 14 NOV 2013: Sering dilihat ceria dengan hilai tawa dalam rancangan Propaganza saban minggu, pengacara popular Marsha Milan kekal professional dan lebih serius dalam menjawab persoalan yang menjurus kepada kisah peribadinya. Mengakui belajar daripada pengalaman silamnya itu, Marsha lebih berhati-hati kala berbicara hal mengenai peribadi malah dia kini meletakkan karier sebagai keutamaan dek rezeki murah yang diterimanya. Diburu kisah cinta terbaru bersama seorang hartawan, ada pula khabar yang mengatakan dia bakal memeluk Islam sekaligus menguatkan lagi gosip yang menimpa dirinya itu. Marsha yang ditemui di parti EH! 20 Yang Anggun dan Disenangi semalam menjelaskan status sebenarnya.
“Cerita pasal saya akan memeluk agama Islam dalam masa terdekat itu tidak benar. Saya tidak mahu terburu-buru kerana saya telah belajar begitu banyak daripada pengalaman saya. Kalau boleh hal-hal peribadi ini saya tidak mahu terlalu saya kongsikan kerana takut tersalah kata nanti lain pula tafsiran orang. “Mengenai cinta biarlah saya katakan saya belum secara rasminya bercinta. Tipu kalau saya tiada mengenali sesiapa sekarang tetapi gelaran hartawan seperti yang dikatakan itu terlalu besar pengertiannya. “Saya dan dia merupakan teman dan kami kenal pun sudah lama. Bahkan saya juga pernah berjumpa dengan keluarganya sebelum ini. Cuma kini lebih rapat tetapi masih dalam proses mengenali antara satu sama lain, itu sahaja,” jelas Marsha dalam tutur yang penuh berhati-hati ketika menjawab persoalan gosip ini. Dalam pada dia diburu kisah peribadi yang seringkali panas itu, Marsha kini sibuk dengan projek di bidang seni suara serta dunia lakonan. Graduan AF3 itu kini dalam proses menyiapkan sebuah klip video untuk filem animasi Frozen terbitan Disney yang memilihnya untuk menyanyikan OST animasi itu dalam bahasa Melayu. “Pada mulanya saya dipilih untuk alih bahasa filem animasi Frozen itu dalam bahasa Melayu bersama beberapa pelakon tempatan lain. Selepas itu saya diberikan kepercayaan untuk menyanyikan semula lagu OST filem animasi itu yang merupakan lagu asal nyanyian Demi Lovato yang berjudul Let It Go. “Seorang pengarah daripada India akan mengarahkan video klip ini dan ia merupakan peluang serta pengalaman yang mengujakan. Selain daripada itu saya akan tampil dengan filem Laga bersama Wan Hanafi Su. “Dengan kesibukan karier ini saya memang meletakkan peribadi selepasnya. Ketika peluang dan rezeki datang ini lebih baik saya tumpukan pada karier saya dahulu,” ucapnya ketika menceritakan perkembangan kariernya yang semakin positif dan komitmen penuh Marsha terhadap kariernya itu. |
15
Bagus |
3
Marah |
5
Terkejut |
1
Sedih |
4
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jargon posted on 16-11-2013 07:00 AM
Rasanye dia ni xleh idop tanpa cinta...sbb setiap kali clash dia akn ckp nk fokus karier tapi pada m ...
jargon posted on 16-11-2013 03:00 PM
Rasanye dia ni xleh idop tanpa cinta...sbb setiap kali clash dia akn ckp nk fokus karier tapi pada m ...
chazey posted on 18-11-2013 01:00 AM
Kazen ko ka mamat oil n gas yang buang sheol lepas habis manis pehtu selamba kawin awek lain sam ...
jargon posted on 18-11-2013 09:03 AM
Bukanlah..kazen aku lom kwen lg...kwn pon kjap je dlm bbrape bln je..erm maklang gn paklang x bape ...
ADVERTISEMENT