CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Beauty With Brain Mummy," - Anzalna Dan Suami Rai Birthday Eidrees Dengan Anak Yatim Dan Asnaf

3-6-2021 09:16 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 8218| Komen: 48|Original author: Oleh: Ct Cheery

Melalui akaun Instagram, Anzalna telah berkongsi beberapa video sambutan kelahiran kali kedua anaknya, Mohamad Eidrees bersama anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak-Anak Yatim Nur Qaseh.


Menurut Anzalna, sambutan ulang tahun anaknya kali ini hanya boleh disambut secara 'online'. Anzalna turut mengatakan terima kasihnya atas doa-doa dan kejayaan sambutan kelahiran puteranya itu. 



" Eidrees birthday celebration. Tahun ini menyambut birthday Eidrees bersama anak-yatim/asnaf. Tapi kami hanya boleh join melaui online sahaja. 


" Terima kasih anak-anak mendoakan untuk Eidrees. Hope to see you all soon. Sayang semua! Thank you kak Ros di atas kerjasama untuk menjayakan sambutan birthday Eidrees," tulisnya.



Terdahulu, pelakon cantik itu sering berkongsikan momen bahagia ketika mengandung dan melahirkan Eidrees melalui sosial media miliknya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis meninggalkan komen positif dan memuji cara Anzalna dan suami yang patuh SOP dan bijak meraikan sambutan kelahiran anak mereka. 


Foto: Instagram Anzalnanasir88

" Alhamdulillah. Besar pahala bagi makan untuk anak-anak yatim.


" Beauty with brain mummy. Dapat pahala jugak. Happy birthday hensem boy. Semoga panjang umur, berjaya dunia akhirat dan jadi anak soleh.


" Dari dulu sampai suka tengok family sis @anzalnanasir88 semua sebab humble gila. Semoga dilimpahkan rezeki ya sis.


Foto: Instagram Anzalnanasir88


" Masya Allah, parent yang bijak. Well done both and I'm sure Eidrees will grew up to a fine young man with the great upbringing," komen peminat Instagram Anzalna.


Sambutan kelahiran bersama anak-anak yatim dan asnaf dilihat cukup bermakna dan kekal meriah meskipun dirai dalam suasana yang mematuhi SOP. 


Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan mereka dikurniakan Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019. -CARI

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Kakopi

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 3-6-2021 09:59 AM
seronok anak2 tu, dulu pernah tgk nana mahazan pun buat party dekat rumah anak yatim, panggil clown apa semua

harap lepas ni ramailah yg buat party dekat rumah anak yatim, anak2 kita sampai tak lalu nak mkn kek birthday, dorang ni tah setahun sekali dpt merasa ke tak
Quote black_handbag 3-6-2021 10:01 AM
nape dengan rambut dia.. dah macam jerangkung

memang pesen gitu ke?
Quote cascutes 3-6-2021 10:09 AM
Satu Cara yg boleh menggembirakan & menjamu anak2 yatim.... Bagus juga Cara ni... Mungkin dah Ada org yg buat sebelom anzalna, tp bila org yg Ada pengikut mcm dia tunjuk , harap dpt la jd ikutan, bende baik.... Sebelom covid , anak2 yatim diraikan pabila Ramadhan....
Quote jijioaynna 3-6-2021 10:30 AM
Setuju sgt dia zahirkan rasa bersyukur dgn raikan anak2 yatim yg xdpt nk rasa ksh syg ibubapa sdr.celebrity2 kt msia kena contohi this couple ..bkn menayang konon sgt have-have-have dpt mewahkn ank just to impress followers a.k.a tololwerss.beriya dgn merry go round bagai.
Quote Cece1234 3-6-2021 10:46 AM
Panjangnya rambut dia..
Quote bluebutter 3-6-2021 10:47 AM
black_handbag: nape dengan rambut dia.. dah macam jerangkungmemang pesen gitu ke?

Itulah pasal. I baru nk tulis. Panjang sgt pun tk elok. Cam acik ponti.

Yg budak2 bertudung litup bagai. Yg dia pun pakailah selendang. Kan?.
Quote missinpiece 3-6-2021 12:07 PM
Ikut pengalaman iols dolu2 hantar adik oku kt JKM sampai cukup umur, mereka ni murah rezeki, ada je orang2 persendirian, NGO, syarikat2 jemput mereka dtg ke mcm2 majlis. Yg amat2 mereka perlukan adalah secebis kasih sayang dan perhatian. Iols sampai hari ni teringat2 setiap hujung minggu mesti ada yg bersidai kat pagar menunggu ahli keluarga yg tak kunjung datang..time tulis ni pun masih terasa sedihnya.
Btw, sekurang2nya majlis2 macam ni sedikit sebanyak dapat buat mereka tersenyum.
Quote nazzse 3-6-2021 12:16 PM
kenapa aku rasa dia humblebrag?

Tpi rambut dia tu panjang pun sihat lagi. Aku yg sejemput ni pun bukan main susah nak jaga
Quote PeNaMeRaH 3-6-2021 01:31 PM
{:hooray{:nose
Quote fair_iza 3-6-2021 01:42 PM
Anzalna dh buat dah sebelum ni. Thn ni berbeza sbb buat VC je. Ada sorg lg selebriti yg prnh celebrate birthday ank kt rumh ank yatim, tp dh x ingat siapa. Baguslh, boleh jd ikutan follower.
Quote singgah 3-6-2021 01:48 PM
Harapnya contoh yang baik ini menjadi ikutan. Cuma, tolonglah lepas2 ni sesiapa yang ingin bagi bantuan atau buat seperti Anzalna ni, buat research sikit... cari rumah anak yatim yang betul2 daif dan kurang bantuan. Bukan apa, kebanyakkan rumah anak yatim yang kita pernah dengar atau dengar dari orang lain.. biasanya dah byk dapat bantuan. Sampaikan budak2 tu mewah daripada anak2 org miskin pandar di PPR. Tak salah pun bahagiakan mereka, tapi jangan dilupa kepada rumah anak yatim yang daif dan tak dikenali tersebut.
Quote mirandanicky1 3-6-2021 02:10 PM
Tak lawa lgsg pesen rambut dia skrg.
Quote hotmak 3-6-2021 02:13 PM
cascutes replied at 3-6-2021 10:09 AM
Satu Cara yg boleh menggembirakan & menjamu anak2 yatim.... Bagus juga Cara ni... Mungkin dah Ada or ...

ye u, i kadang ada juga buat program infaq sale brg makan untuk hantar ke rumah anak yatim, jujurnya kalau buat time ramadan, kemain laju org nak infaq, bulan2 biasa ni sedih tgk sambutan

kalau sapa2 free pergilah hantar bantuan makanan ke apa ke rumah anak yatim dan tgk muka dorang, sedih tau, dorang ni seronok sangat, wlu kita rasa yg kita bagi tu kecil je tapi pada dorang besar sangat ingatan tu
Quote esbok 3-6-2021 02:15 PM
aku kekadang confuse sikit bab sambut birthday kat rumah anak-anak yatim ni

aku tertanya-tanya apa perasaan anak2 yatim tu melihat sambutan hari jadi seorang anak yang dilangsungkan oleh mak paknya


soalan ikhlas dari esbok
Quote violetungu 3-6-2021 04:59 PM
esbok replied at 3-6-2021 02:15 PM
aku kekadang confuse sikit bab sambut birthday kat rumah anak-anak yatim ni

aku tertanya-tanya ap ...

yup i pun terpikir benda yg sama..mesti bertambah sedih kan??
Quote ctcheery 3-6-2021 05:02 PM
esbok replied at 3-6-2021 02:15 PM
aku kekadang confuse sikit bab sambut birthday kat rumah anak-anak yatim ni

aku tertanya-tanya ap ...

Tak sedih sangat kot sebab birthday boy xde kat situ hehe. Tapi gembira jgk sebab ada Majlis umpama mcm sambut diowg Kan.
Quote Sugatae 3-6-2021 06:36 PM
nazzse replied at 3-6-2021 04:16 AM
kenapa aku rasa dia humblebrag?

Tpi rambut dia tu panjang pun sihat lagi. Aku yg sejemput ni pun  ...

Dia mmg daru dulu suka humblebrag. Tapi i.prefer dia dari musuh dia jahberger
Quote royaldanish 3-6-2021 06:37 PM
black_handbag replied at 3-6-2021 02:01 AM
nape dengan rambut dia.. dah macam jerangkung

memang pesen gitu ke?

Khuennnsss hahaha
Bukan sheols ni tarpaling top rambut lawa ke sebelum ni
Quote cikperiukkera 3-6-2021 08:15 PM
Mcm kena renjatan elektrik plk rambut sheols tp still npk sihat...

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.058993 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top