CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emosi Marsha Milan Londoh Terganggu Selepas Positif Covid-19

2-6-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8985| Komen: 46

Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dirinya disahkan positif COVID-19 pada awal Mei lalu.

Marsha berkata, dia disahkan positif virus itu selepas didapati ada jangkitan dalam paru-paru.


"Saya disahkan positif COVID-19 pada awal Mei lalu dan terpaksa diberi rawatan intensif di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai, Bangsar.

"Alhamdulillah, saya baru sahaja keluar hospital dan selesai menjalani proses kuarantin," katanya kepada BH Online.


Foto: IG

Mengulas tindakannya merahsiakan keadaan dirinya, penyanyi lagu Bimbang itu berkata, dia berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya tidak memuaskan serta nasihat doktor.


"Selepas disahkan positif, doktor menasihatkan saya untuk mendapatkan rehat secukupnya. Ini kerana pada masa itu keadaan fizikal dan mental saya sangat lemah.

"Atas nasihat doktor, saya ambil keputusan hanya berkongsi dengan ahli keluarga dan rakan rapat sahaja sepanjang menjalani rawatan. Ini kerana saya ingin menjalani rawatan dengan lebih tenang dan sempurna. Saya berdoa agar diberi kesembuhan segera," ujar pelakon berusia 35 tahun itu.



Mengimbau saat menerima perkhabaran yang cukup menakutkan itu, bintang kelahiran program realiti ini mengakui, dia sangat sedih dan diselubungi perasaan bimbang.

"Emosi terjejas teruk saat mendapat berita ini. Seakan tidak percaya dan perasaan takut dan sedih hadir pada saat yang sama. Namun, saya memohon kepada Allah supaya diberi kekuatan, barulah semangat dan keberanian hadir.

"Alhamdulillah, Allah bantu saya untuk terus melawan virus berbahaya ini," luahnya.

Bagaimanapun, Marsha berkata, dia bersyukur keputusan ujian calitan suaminya negatif.



Berkongsi pengalaman bergelar pesakit COVID-19, Marsha berkata, situasi yang dialaminya sangat membimbangkan.

"Berdasarkan pengalaman, apabila sudah terkena jangkitan COVID-19, segala penyakit lama akan timbul. Saya mengalami kesukaran bernafas, hilang deria bau dan rasa pada bahagian mulut, sakit kepala serta sebagainya.

"Namun, saya kena kuat dari segi mental terutamanya apabila belum ada ubat untuk melawan penyakit ini. Hanya antibodi yang mampu melawan penyakit ini secara perlahan.

"Oleh itu, mental harus kuat dan sentiasa positifkan diri untuk terus percaya kita mampu sembuh.

"Pemakanan juga harus dijaga dan ubat yang disarankan oleh doktor itu amat penting," jelasnya.


Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi yang berasal dari Tamparuli, Sabah ini turut meluahkan rasa sedih apabila bapa mentua, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman turut menjadi korban virus berbahaya itu, baru-baru ini

"Amat mendukacitakan apabila ada ahli keluarga turut dijangkiti termasuk arwah bapa mentua. Selepas kehilangan arwah, saya lebih selesa untuk mengambil ruang dan waktu ini untuk bersama dengan keluarga tersayang.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah dan tidak berhenti menghantar ucapan semangat dan menunjuk kasih sayang yang tulus ikhlas pada kami sekeluarga," luahnya dalam nada sayu.

Pengalaman ngeri itu nyata memberi trauma kepada pelakon drama rantaian Rindu Awak Separuh Nyawa ini.



Justeru, Marsha menyeru supaya masyarakat dapat menjaga diri dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi keselamatan.

"Saya menyeru rakyat Malaysia mengamalkan SOP yang ketat kerana keadaan di hospital sangat padat terutama wad Unit Rawatan Rapi (ICU). Sayangilah diri, keluarga dan hargai orang sekeliling kita," pesannya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 2-6-2021 12:44 PM
Suka dia ni sejak kahwin. Pandai bawak diri dlm family orka, rajin kerja, masak & jual selain rajin layan Hasnia tu.

Takda la mcm retis lain kawen orka terus goyang kaki. Antara few retis iols follow ig.
Quote kakakpositifker 2-6-2021 01:08 PM
dia ni mmg baik. sangat2 baik. percaya lah. sebab tu disayangi ramai
Quote kongmalikong 2-6-2021 01:10 PM
suka tngok dia dlm RASN.
Quote sakitperut 2-6-2021 01:13 PM
lawa marsha ni
Quote macikkohijau 2-6-2021 01:18 PM
Lwa marsha ni. Semiga cepat sembuh
Quote shernazz 2-6-2021 01:57 PM
Mmg.memgganggu emosi
Adik ipar iols.masa baru keluar wad tahun lepas due.to covid..
Dia ada appt dgn pakar psikiatri..
Memula.tiap2.minggu
Pastu.sebulan.skali
Now 3 bulan skali
Quote chocobozhere 2-6-2021 02:03 PM
Edited by chocobozhere at 2-6-2021 02:05 PM

Jangan kan kene covid terganggu nak tunggu result swab test pun terganggu. Baru ni aku kene buat swab test sbb close contact dgn kwn aku yg positif.. Aku down giler... Esp bila kene kuarantin dalam bilik. Tak boleh pegang anak suami sume.. Pastu dengsr pulak member dah kene pegi pusat kuarantin lagi aku down...korg pasni kalau kerja jaga lah sop betul2. Kalau boleh dun sorg2 je.. Jangan nak lepak dgn sapa2 wpun jarak lebih semester dan pakai mask.. Sebab bila korg termasuk dalam close contact, korg akan down gila babi.. Nak nak pulak bila result tu keluar lambat.. Ni apa aku rasa lan. Org lain aku tak tahu.. So aku dh berjanji kt diri aku sok sok masuk ofis takde sapa boleh dekat dgn aku.. Huh... Utk tidak OT berlebihan aku doakan marsya sembuh sediakala..
Quote edayildiz 2-6-2021 02:07 PM
suka gak dia ni..sbb i rasa dia ok..xmcm jah..dia xbuat slh i rasa nk marah
Quote Nana_Man 2-6-2021 02:25 PM
Get well soon Marsha.
Asal artis yg baik2 ni yg kene?suka this lady.
Asal bkn jenis mcm sohai, zul papaya yg kene???
Quote AshkieLa 2-6-2021 02:29 PM
chocobozhere replied at 2-6-2021 02:03 PM
Jangan kan kene covid terganggu nak tunggu result swab test pun terganggu. Baru ni aku kene buat swa ...

member office aku aritu ade ajak masuk office walaupun skang wfh.dia beria ajak sebab dah setahun tak jumpa aku..

aku takmo and cakap malas nak bersiap.

mujur jugak tak pergi sbb lepas tu dapat tau dia close contact dgn family husband dia yg positif lagi2 haritu raya sama2.

untuk tak OT, marsha ni sweet dan suka tengok dia mengacara satu program travelog tu...
semoga cepat sihat marsha..
Quote annadonna 2-6-2021 02:36 PM
Aku suka bila marsha described bila kena covid semua penyakit lama timbul. And hanya antibodi dan mental yg mampu melawannya. This is a very important statement.
Quote gam_gajah 2-6-2021 02:41 PM
nazzse replied at 2-6-2021 12:44 PM
Suka dia ni sejak kahwin. Pandai bawak diri dlm family orka, rajin kerja, masak & jual selain rajin  ...

Hasnia tu dlm video atas tu siapa you? Adik dia ke
Quote enchantedlurve 2-6-2021 02:52 PM
marsha antara artis yg pnd bawak diri, xperlu kontraversi sgt yet still ade je dlm industry..
okey je dia menyanyi/berlakon..

hopefully cpt sembuh.. post recovery kkdg boleh ambil max 6 bln kalau affected paru2..
Quote nazzse 2-6-2021 03:17 PM
gam_gajah replied at 2-6-2021 06:41 AM
Hasnia tu dlm video atas tu siapa you? Adik dia ke

Makcik laki dia
Quote gam_gajah 2-6-2021 03:32 PM
nazzse replied at 2-6-2021 03:17 PM
Makcik laki dia

Ohhh. Tq bgtau
Quote razzia 2-6-2021 04:21 PM
ye korang jaga la diri elok2 skrng sapa yg tak da penyakit kronik pun boleh kena sampai  samapi msk icu tau,benda dh terjadi sndr kt saudara terdekat sy.
Quote anony-mous 2-6-2021 04:26 PM
Bila tgk marsha skrg ni, i mcm xpercaya gosip i baca pasal sheol dekat sni dlu2.
Quote wallame 2-6-2021 05:20 PM
take care semua.. jauhi covid
Quote None68 2-6-2021 05:31 PM
Dari dulu suka tengok Marsha ni

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.200017 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top