KUALA LUMPUR : Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia di Hospital Pantai, hari ini pada usia 75 tahun.
Universiti Limkokwing dalam satu kenyataan memaklumkan, mendiang seorang yang banyak berjasa dalam pendidikan inovatif di peringkat global. "Dalam keadaan sedih, kami ingin memaklumkan pemergian presiden dan pengasas kami, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Sri Paduka Dr Lim Kok Wing. "Seorang berwawasan, kerjaya mendiang sinonim dengan bidang kreativiti dan beliau membantu mengembang serta memperkasa pendidikan inovatif di peringkat global, terutama negara membangun," katanya dalam satu kenyataan. Universiti turut berterima kasih kepada semua pihak yang merakamkan takziah kepada keluarga mendiang dan meminta ruang diberi untuk mereka.
Mendiang dikenali sebagai antara tokoh pendidikan negara terutama dalam bidang kreatif dan inovasi. Beliau sebelum ini pernah menerima anugerah Kejuaraan Komanwel atas kejayaannya menyatupadukan belia dalam bidang pendidikan. Mendiang juga sebelum ini dilantik Penasihat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia atas sumbangan secara signifikan terhadap pembangunan TVET di negara ini. -CARI Sumber: Berita Harian
|
rikiruj replied at 1-6-2021 03:12 PM
Jatuh tu pasal terjatuh ataupun kena stroke atau heart attack. Selalu kes2 orang tua ni jatuh dalam ...
tumpanglalu74 replied at 1-6-2021 03:19 PM
My mom approaching 2 weeks post vaksin. Not doing too good. Badan lenguh. Pfizer.
blastoff replied at 1-6-2021 03:22 PM
lenguh2 tu jejaga .....darah tak mengalir dengan baik salah satu sebabnya tuh
ifanonline replied at 1-6-2021 03:38 PM
mati sudah apek ni...katanya ramai pompuan simpanan..budak LKW ckp...
ifanonline replied at 1-6-2021 03:38 PM
mati sudah apek ni...katanya ramai pompuan simpanan..budak LKW ckp...
tumpanglalu74 replied at 1-6-2021 03:19 PM
My mom approaching 2 weeks post vaksin. Not doing too good. Badan lenguh. Pfizer.
lostnfaun replied at 1-6-2021 03:51 PM
2nd dose ke? Ada member camtu jgk bila dpt 2nd dose, lengan mcm lenguh gitu..
hyunniesSS501 replied at 1-6-2021 03:42 PM
mcm ni pon selera ke
no offense
ADVERTISEMENT