Satu video yang memaparkan seorang bapa sedang menangis dan merayu kepada anak perempuannya untuk tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19, menjadi tular dalam media sosial. Lapor Metro, lelaki itu bertindak demikian kerana percaya kesan sampingan suntikan vaksin Covid-19 kononnya akan membunuh anak perempuannya, Brianna.
Brianna dari Kentucky berkata, bapanya juga menawarkan wang sebanyak AS$2,000 (RM8,268) kepadanya untuk tidak mengambil suntikan vaksin tersebut. Klip video yang dimuat naik di TikTok itu menunjukkan bapanya mendakwa Brianna dan ibunya yang sebelum ini sudah menerima suntikan vaksin, akan mati akibat kesan sampingan selsema pada tahun ini. “Ini bukan vaksin, ia adalah ujian klinikal manusia dan merupakan terapi genetik bukannya vaksin. “Ia tidak termasuk dalam kategori vaksin malah tidak diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA),” kata bapa Brianna.
Ketika ini, FDA sudah meluluskan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan Johnson & Johnson (J&J) untuk kegunaan kecemasan di AS. Dalam satu lagi video, Brianna mengucapkan terima kasih kepada penontonnya atas sokongan yang diberikan kepadanya. Menurutnya, dia sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 namun tidak memaklumkan kepada bapanya kerana tidak mahu mencetuskan suasana panik. Sumber: Utusan Malaysia
|
felinecat replied at 31-5-2021 05:11 PM
bapak die xtakut pulak anak die boleh meninggal akibat obesiti
nazzse replied at 31-5-2021 05:20 PM
Saen bapak dia ada sekor kat sini
nazzse replied at 31-5-2021 05:20 PM
Saen bapak dia ada sekor kat sini
sambaldurian replied at 31-5-2021 10:25 AM
yg ckp berbelitkan tu kn, sekejap konspirasi, sekejap vaksin ada virus, sekejap ckp org percaya va ...
Shayang replied at 31-5-2021 10:20 AM
Semak plak bila baca komen2 org yg tak suka vaksin ni
Ko dah tanak takpela takyah nak sibuk ngn o ...
manzilla replied at 31-5-2021 05:17 PM
"Berita negara mat saleh. Biarkan, kita bersama keRAJAan," ujar Mimiey (bukan nama sebenar), seorang ...
damsel_fiji replied at 31-5-2021 06:59 PM
Patut amikk jah duit tu.. pastu gi ler cucuk vaksin.. bukannya org tua bodo tu tau pon
manzilla replied at 31-5-2021 06:34 PM
Benar sekali. Arwah mufti meninggal kerana sudah sampai ajalnya.
annehuda replied at 31-5-2021 09:08 PM
Kalau kau baca kt berita sebelah, lebih 10org ahli keluarga arwah mufti tu positif covid. Pastu wa ...
ADVERTISEMENT