Malang tidak berbau apabila anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari studio rakaman pada malam, Ahad.
Berkongsi mengenai perkara itu, pelakon berusia 45 tahun ini memberitahu Andre, 18, ketika itu membonceng motosikal bersama rakannya dilanggar sebuah kereta di kawasan perumahan mereka di Ampang. Menurut Amyza, dia bersyukur kemalangan tersebut tidak melibatkan nyawa namun anaknya mengalami kecederaan ringan di sebelah kiri badan. “Andre kemalangan ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari studio rakaman. Ketika itu, kami pulang secara berasingan... Andre pulang dengan kawan dia menaiki motosikal.
“Kemalangan itu berlaku di kawasan perumahan saya... ada sebuah kereta nak masuk simpang tak beri signal dan tiba-tiba terus melanggar anak saya dan rakannya. “Nasib baik kemalangan itu tidak melibatkan nyawa dan mereka pun tak alami kecederaan yang serius. Tapi Andre alami luka-luka di sebelah kiri... kaki kiri dia pun habis penuh luka sebab terjatuh, ” katanya ketika dihubungi mStar.
|
cikgojesss replied at 31-5-2021 07:45 PM
ni anak acik renoma yang fonen nyanyi whistle sambil badan serta tangan meliang liuk macam lilin dit ...
slyfynx replied at 31-5-2021 08:16 PM
Chop.
Leh ke naik moto berdua dengan orang yang x tinggal serumah?
jemahjacjon replied at 31-5-2021 08:26 PM
Xde video ke? Hahahah
jemahjacjon replied at 31-5-2021 08:28 PM
Amboihhh kokesen sungguh nama anak yitu.....
ADVERTISEMENT