CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad amaran keras untuk Iman Troye

26-5-2021 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18447| Komen: 109|Original author: Raline

 



Shaarnaz Ahmad memberi amaran kepada Iman Troye. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi amaran kepada penyanyi Iman Troye supaya tidak bergurau kasar terhadap orang lain yang sedang bertarung nyawa berdepan virus Covid-19.

Sharnaaz berkata, Iman sepatutnya lebih sensitif terhadap nasib yang menimpa orang lain.

Kelmarin, Iman dikecam netizen kerana menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan 'happy' (gembira) yang disifatkan netizen dia berbangga dengan angka jangkitan itu.

"Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi," tulisnya di Twitter.

Menurut Sharnaaz, gurauan mengenai kes harian Covid-19 tinggi kerana kesalahan pihak tertentu tidak menjadi masalah, tapi jika sesuka hati mengharapkan kes akan meningkat sehingga 7,000 adalah tidak sesuai.

"Dalam 7,000 orang itu ada ibu bapa orang lain yang sedang bertarung nyawa atau mungkin ada yang meninggal dunia. Fikirlah wahai Iman Troye," katanya.

Sharnaaz berkata, dia juga terkesan dengan perkara itu kerana sudah kehilangan dua anggota keluarga akibat dijangkiti Covid-19.

Terdahulu, ramai menyifatkan tindakan Iman itu kurang matang kerana menjadikan ia bahan gurauan selain dan tidak sensitif dengan isu semasa.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas memuat naik status itu, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter.

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 25-5-2021 06:26 PM
Sound dulu bekas adik ipar... bekas bini etc.
Quote codenamedream 25-5-2021 06:39 PM
Sharnaz yg takut ex bini...  Mampu marah dak2 bbnu jer yer.  
Quote Raline 25-5-2021 06:41 PM
codenamedream replied at 25-5-2021 06:39 PM
Sharnaz yg takut ex bini...  Mampu marah dak2 bbnu jer yer.

mula mula marah pasti ngorat la
Quote 3480 25-5-2021 06:45 PM
Sound lopak n clan dlu
Quote imanda 25-5-2021 06:50 PM
mamu mrh hat org len pi tibai org len ke mcmn nih?
Quote sonatalady 25-5-2021 07:04 PM
tahap bbnu ajelah doa berani sound.
cuma yg ada kaitan dgn dia...sunyi sepi mcm x nampak apa berlaku.
Quote umbut 25-5-2021 07:41 PM
Sibuk je nak marah2 sound bagai..ngan bini kecut
Quote EvieWanKenobi 25-5-2021 07:42 PM
amboii mamu.. nak jugak mencapub..
Quote September14 25-5-2021 07:44 PM
Sound je tp make sure duit berkepok kepok
Quote miu84 25-5-2021 07:45 PM
Si mamu ni kalau bukan sebat Jebat, sah sah mmg kena bambu Lopa clan tu. Tersingkap semua jubah bagai
Quote cikyaa_aziz 25-5-2021 07:47 PM
eleh pasal bekas adek ipar diam plak kau. klu retis lain bbnu ke laju je kau sound
Quote missHaidiD 25-5-2021 07:48 PM
Diam la ko kepam.memekak je. Kalau dgn ssjkp telo ko pun termasuk dlm kan. Jd baik ko belek je telo sijebat tu dr ko sibuk nk sound org. Jijikkkkk
Quote irvene 25-5-2021 07:49 PM
dgn family mama kentut tak bran. dgn org lain bran plak. ada teloq ka takda teloq ang ni? selak sikit nak tgk
Quote scarflicious 25-5-2021 07:51 PM
Piramida replied at 25-5-2021 06:26 PM
Sound dulu bekas adik ipar... bekas bini etc.

Bekas je kan? Skrg dah ada yg kutip, biau lah org tu yg tegur.
Quote beatgirlX 25-5-2021 07:51 PM
Hahaha..btul la..ko dgn org lain je berani...
Rasa bekas ipar duai ko lg bnyk hal..dr sblm ni bnyk kes ko diam x berkutik apa hal?
Quote uori 25-5-2021 07:55 PM
sembang la hanggggg
Quote Piramida 25-5-2021 07:58 PM
scarflicious replied at 25-5-2021 07:51 PM
Bekas je kan? Skrg dah ada yg kutip, biau lah org tu yg tegur.

Yg sekarang.... mahu pun bekas bekas bekas (tak sure byk mana bekas lost count) .. tak dengar pun berkutik.
Hebat wanita2 sskjp ni.. mampu mendiamkan para lelaki.

Anyhoo... betul lah if bab covid2 ni jgn buat main... artis ke tak, memang kena sensitif lah musibah gini.
Quote BicaraHatiku 25-5-2021 08:50 PM
Lalalahhh... Setakat nk acah2 ganster kt BBNU x pyh la brader.
Quote OsHiN_hOnEy 25-5-2021 08:52 PM
sucha bully
padan muka jah clan sepak keluar dari rumah agam dorg
malu lar mak jebat tu langgar SOP oi

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.080988 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top