CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Yang Jadi Pelakon Suka 'Demand' Harga

25-5-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4357| Komen: 11

Penerbit dan pelakon, Anne Abdullah mendakwa isu 'main harga' iaitu kadar bayaran untuk projek drama ketara dalam kalangan penyanyi yang berjinak-jinak menjadi pelakon.

Anne berkata, keadaan itu berpunca daripada tanggapan upah sebagai pelakon sama lumayan dengan bidang nyanyian.

Bagaimanapun, katanya, artis tidak tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan harga kerana penerbit ada bajet tertentu.

Baginya, situasi itu tidak sama dengan persembahan nyanyian yang menawarkan puluhan ribu ringgit untuk aksi tidak sampai 30 minit.



"Bidang lakonan tidak besar, berapa banyak sangat stesen televisyen (TV) bayar kita.

"Kos menghasilkan sebuah drama boleh mencecah RM90,000 sedangkan stesen TV bayar antara RM100,000 hingga RM120,000 untuk satu drama.

"Kos itulah digunakan untuk membayar pelakon, pengarah, pekerja belakang tabir, logistik dan tempat tinggal.

"Jadi, kalau semua pelakon utama hendak 'telan', orang lain hendak makan apa?" katanya kepada BH Online.



Anne berpendapat isu kadar bayaran perlu diberi perhatian pengurus penyanyi terbabit.

"Pengurus kena ambil perhatian. Janganlah sesuka hati 'hentam' harga. Zaman COVID-19, undangan persembahan tiada, jadi janganlah 'demanding'.

"Mereka kena betulkan tanggapan kerana seperti saya katakan, bidang lakonan tidak besar.

"Apatah lagi iklan di TV semakin berkurangan berikutan ekonomi yang tidak begitu baik. Jadi stesen TV kurang menjana pendapatan," katanya.

Anne berkata, ada pelakon yang meminta antara RM3,000 hingga RM4,500 untuk satu episod drama.


Foto: IG

"Kalau dengan mengambil mereka, drama itu boleh 'meletup', tidak mengapalah.

"Kebanyakan pelakon yang meletakkan harga sedemikian adalah pelakon yang mempunyai ramai pengikut.

"Tetapi jika berlakon 'ke laut' buat apa? Saya lebih gemar mengambil artis yang memang boleh berlakon walaupun nama tidak besar," katanya.

Anne berkata, pelakon perlu bersikap bertimbang rasa dengan tidak meletakkan harga melampau kerana maklumat dikongsi dengan penerbit lain.


"Sebagai penerbit, kami tidak untung banyak. Sebagai syarikat status Sendirian Berhad, kami perlu melalui proses audit dan membayar cukai.

"Apatah lagi bayaran yang kami terima daripada stesen TV bukanlah serta-merta. Ada kalanya, kami terpaksa menunggu enam bulan hingga setahun," katanya.

Anne berkata, penerbit tidak ada masalah menawarkan 'job' kepada pelakon yang mempunyai ramai pengikut atau bergelar 'influencer'.


"Namun, berpada-padalah meletakkan harga. Sedangkan pelakon yang ada banyak anugerah pun tidak meletakkan harga setinggi mereka.

"Paling tinggi RM2,000 atau pelakon senior mungkin dalam RM1,500 sehari.

"Perkara ini perlu dibincangkan. Apatah lagi, wujud artis yang ambil 'job' di sana-sini tetapi jadual berterabur hingga menyusahkan semua orang.

"Akibatnya, produksi yang terpaksa menanggung rugi," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Daftpunk_shine 25-5-2021 05:32 PM
Akk pom pom ke
Quote slyfynx 26-5-2021 10:23 AM
The thing is, because they know they can, and ramai yang akan support.
Kdg2 sedih jugak sbb yang belajar bertahun2, nk demand utk bg talk pun kene maki.
Esp kerajaan, sbb dah mmg ade rate ikut gred.
Kalau retis, seronok2 je demand riban2
Quote Fly_over 26-5-2021 10:28 AM
tak taw pulak kaka anne pnerbit jgk. ingtkan pelakon je. siap ada fans club lagi..
Quote EvieWanKenobi 26-5-2021 06:16 PM
suka mak Buntat ni berlakon..

semua watak dibawa dengan baik sekali..
Quote Star_el 27-5-2021 02:12 AM
Kalau tak untung, takkanla still jadi penerbit
Quote makadek 28-5-2021 07:18 AM
Aku suka anne ni menjadi
So ambil la retis suam kuku tk apa
Peh drama jgn megah holding
Kawin pksa bodo btul
Quote shortie 30-5-2021 01:45 AM
Star_el replied at 27-5-2021 02:12 AM
Kalau tak untung, takkanla still jadi penerbit

Bidang seni dah jadi darah daging. Tapi utk fully focused dengan untung xlah wow2 agak susah. Sebab tu most of them ada side income. Tipulah meniaga tak untung, tapi kalau kau bukan kroni stesen, dapat job setahun satu, how to survive. Yang kita tgk penerbit2 loaded ni, lepas drama dia, dia lagi. Memanglah boleh naik banglo, keta 10 bijik, ke hulu ke hilir branded.

Kena tgk juga, yg loaded2 tu pun ada yg bayar pekerja ciput nakharom. Lebihkan favor artis n tembolok dorg je.

Memang betul pun artis2 ni letak harga ikut suka. Bukan macam kita gaji bulan, ikut pangkat, years of service bagai. Baru berlakon satu dua drama, tup2 harga kau jadi 3.5k satu episod, bukan satu siri ya.

End up artis lain bercakap, ‘kalau kita tengok negara lain, artis memang menerima bayaran yang tinggi’. Memanglah, ko tengok pulak stesen dorg byr berapa. Sponsor pun boleh masuk kat production macam drama2 korea. Itu juga membantu tambahkan bajet shooting.

Negara kita ni, kalau sponsors masuk, kena lalu stesen, dorg yang akan charge utk airtime; basically duit masuk ke stesen. Stesen suruh lah production2 tu selit iklan dalam drama. Hanya berbekalkan token utk artis dan pekerja dapatlah produk tu satu sorang.

Then, copyright fully jatuh pada stesen. Stesen jual pada netflix, viu, iflix, iqiyi segala bagai, tu semua masuk pada stesen and production x dapat sesen pun. Production hanya dapat yang mcm anne abdullah cakap tulah. Satu telemovie rm100-120k sahaja.

Tunggu payment 6 bulan atau lebih. Kalau 110k tolak kos 90k, untung 20k. Tunggu 6 bulan or more. 20k bahagi 6 bulan jadinya RM 3,333.33 sebulan. Kat situ gaji producer, staff office, rental office, overhead lagi. Tau2 kena audit n income tax lagi. Tak masuk cosec lagi.

Jual maruah lagi untung kot
Quote caca_eric 31-5-2021 03:29 PM
slyfynx replied at 26-5-2021 10:23 AM
The thing is, because they know they can, and ramai yang akan support.
Kdg2 sedih jugak sbb yang be ...

kawan2 i yg kerja didiktv tu mengeluh.. diorg kena cari content tp kena free..
jd sapa yg masuk didiktv tu mmg takda reward / token apa2 pun.. utk video 5-10 minit
mmg sedekah jela.. budak2/cikgu2 sukarela..

kesian jugak.. education ko pandang sepi.. yg hiburan2 ni juta2 org sanggup sponsor..
Quote caca_eric 31-5-2021 03:31 PM
Star_el replied at 27-5-2021 02:12 AM
Kalau tak untung, takkanla still jadi penerbit

untung ada tp tak banyak kot.. tak menjamin..
tgk mcm abg ejat Nur tu.. i rasa dia senang jugak tp tak berapa kaya
Quote slyfynx 31-5-2021 03:41 PM
caca_eric replied at 31-5-2021 03:29 PM
kawan2 i yg kerja didiktv tu mengeluh.. diorg kena cari content tp kena free..
jd sapa yg masuk d ...

Yup.
Diorang "offer" aku jgk. Alasan sbb aku Jurulatih Utama,
So byk 1st hand info.
Tp content sendiri, skrip sendiri, and xde bayaran.
Just claim perjalanan.
So my answer was no.

Quote caca_eric 31-5-2021 03:46 PM
slyfynx replied at 31-5-2021 03:41 PM
Yup.
Diorang "offer" aku jgk. Alasan sbb aku Jurulatih Utama,
So byk 1st hand info.

by right start WFH PKP ni..semua content hantar online..  semua buat sendiri...not an easy task
teruk betul didikTV ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.136591 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top