Lelaki dikompaun RM5,000 selepas dikesan cuba merentas negeri dari Dengkil, Selangor ke Gemencheh, Tampin tanpa mengemukakan sebarang surat di sekatan jalan raya (SJR) Batu 1 di sini, tengah semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, lelaki berusia 49 tahun itu memandu pacuan empat roda (4×4) Hilux dan ketika melalui pemeriksaan di SJR berkenaan iaitu kira-kira pukul 12.30 tengah hari, dia memberikan alasan mahu melawat kebun sawitnya di Gemencheh. Menurutnya, lelaki berkenaan bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran polis atau dokumen berkaitan bagi tujuan merentas negeri dan didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. “Kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-peraturan Pencegahan kerana tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak PDRM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia
|
famri7 replied at 25-5-2021 08:13 AM
Motif drpd gua musang gaygirth ke selangor
supernaturalee replied at 25-5-2021 08:16 AM
Selangor ke neg 9 lh
Mn plk dr klntn
Boomibulat replied at 25-5-2021 08:20 AM
Kena faham yg tersirat dlm ayat tu..nasib baik sy pahm
supernaturalee replied at 25-5-2021 12:15 AM
Lor
X blh ke mntk patah balik je
Nk lawat kebun bknnya ziarah ke bercuti2 pun
blastoff replied at 25-5-2021 09:39 AM
kebun sawit bukankah merbahaya kalau di biarkan tak terurus kerana boleh menyebabkan manyak ular ber ...
ntahapapantah replied at 25-5-2021 09:52 AM
Masalahnya di sini sudah banyak kes penipuan, katanya ingin pergi ke tempat sekian-sekian sedangka ...
liton replied at 25-5-2021 09:51 AM
Begitulah nasib marhean.
Harap pakcik dapat diskaun 50% bila buat rayuan.
ntahapapantah replied at 25-5-2021 09:56 AM
Awak merintih nasib marhaen kononnya tak adil dengan golongan kayangan. Tapi ada awak fikir betapa ...
blastoff replied at 25-5-2021 09:55 AM
bagi satu kes penipuan yg membabitkan nak gi melawat kebun sawit , meh sini laaa bukti kalau ya pu ...
ntahapapantah replied at 25-5-2021 09:56 AM
Awak merintih nasib marhaen kononnya tak adil dengan golongan kayangan. Tapi ada awak fikir betapa ...
ntahapapantah replied at 25-5-2021 09:56 AM
Awak merintih nasib marhaen kononnya tak adil dengan golongan kayangan. Tapi ada awak fikir betapa ...
ntahapapantah replied at 25-5-2021 09:59 AM
Maaf, saya kurang berminat hendak bertekak dengan golongan anti vaksin.
ADVERTISEMENT