Iman Troye menyahaktif akaun Twitter mungkin akibat tidak tahan dihujani kecaman warganet kerana tidak sensitif ketika memuat naik ciapan berhubung isu Covid-19. Mungkin bukan itu niatnya, namun tindakan penyanyi itu seolah-olah meraikan peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 6,976 yang dilaporkan pada 23 Mei. Selain itu, dia turut dikecam tidak layak menggunakan tanda pagar #kerajaangagal memandangkan dia sendiri pernah melanggar prosedur operasi standard (SOP). Pun begitu, ada juga menyokong tindakannya menyindir kerajaan selain mendakwa Iman masih belum matang, justeru tidak pandai menyusun ayat sebelum membuat sebarang kenyataan di media sosial.
Dalam masa sama, ada juga warga maya tidak berpuas hati dengan tindakan Iman menyahaktif akaun Twitternya sebelum membuat permohonan maaf. - CARI
|
sehirkedi replied at 24-5-2021 01:36 PM
Apalah yang nak diharapkan dari budak yang pernah baring atas pokok DBKL, langgar sop di Langkawi da ...
sehirkedi replied at 24-5-2021 05:36 AM
Apalah yang nak diharapkan dari budak yang pernah baring atas pokok DBKL, langgar sop di Langkawi da ...
ADVERTISEMENT