CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 6 Tahun Mati Ditembak Lepas Ibu Bagi Isyarat Lucah Kerana Kereta Dipintas

24-5-2021 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6496| Komen: 31

Gara-gara menunjukkan isyarat lucah selepas kereta dipandu seorang wanita dipintas kenderaan lain, seorang budak lelaki berusia enam tahun ditembak mati.

Lapor Daily Star, ketika kejadian, Aiden Leos berada di tempat duduk belakang kereta Chevrolet milik ibunya apabila seorang penumpang dalam kenderaan lain melepaskan tembakan ke arah mereka.



Kredit foto: FOX11

Menurut saksi, ibu tunggal yang tidak mahu dikenali itu menunjukkan isyarat lucah terhadap pemandu kereta Volkswagen selepas mereka memintas keretanya.

Dilaporkan, kereta Volkswagen itu dipandu seorang wanita yang turut ditemani penumpang lelaki.

Suspek wanita cuba mengejar dan penumpang lelaki pula melepaskan satu das tembakan ke arah belakang kereta Chevrolet sehingga terkena di bahagian perut Leos.

Selepas memberhentikan keretanya di tepi jalan, wanita tersebut bergegas mengangkat anaknya yang cedera dan cuba mendapatkan bantuan. 


Seorang pegawai polis tidak bertugas yang berada di lokasi cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sehingga paramedik tiba.   

Budak lelaki itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Orange County, namun diisytiharkan meninggal dunia.

Kejadian tembakan itu berlaku di Route 44 di Orange County, Selatan California ketika mangsa bersama ibunya dalam perjalanan ke tadika.

Polis masih mencari suspek yang melarikan diri selepas insiden berkenaan.


Sumber: Utusan Malaysia

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-5-2021 12:19 PM
Gara2 bagi isyarat lucah

Mak nya pung...hadoi la
Taknpasal2 anak kena tembak..
Quote azimodin 24-5-2021 12:23 PM
Aku kadang2 geram sangat dengan kereta yg tukar lorong melulu x bagi signal, naik jugak la jari jemari. Xkan nak bagi flying kiss pulak. Aku pelik sebab makin banyak babi yg jenis menyondol di jalan raya. Maybe lepas ni kena jaga2 jugak. Karang x pasal2 mati kena tembak
Quote Punat_button 24-5-2021 12:24 PM
"...ibu tunggal yang tidak mahu dikenali itu menunjukkan isyarat lucah terhadap pemandu kereta Volkswagen selepas mereka memintas keretanya.
...
Suspek wanita cuba mengejar dan penumpang lelaki pula melepaskan satu das tembakan..."

memula saspek memintas, lepas tu saspek yang kejar?
Quote nazzse 24-5-2021 12:29 PM
Sapa suruh bawa slow dekat line kanan noks. But naik tangan is no no no. Aku setakat hon je la, takpun potong dari kiri  masuk kanan duduk depan dia balik.
Quote nazzse 24-5-2021 12:30 PM
Punat_button replied at 24-5-2021 04:24 AM
"...ibu tunggal yang tidak mahu dikenali itu menunjukkan isyarat lucah terhadap pemandu kereta Volks ...

Mak budak ni yg memintas & bagi isyarat tangan tu. Suspek bengang terus kejar & tembak
Quote mrsbale 24-5-2021 12:33 PM
Maknya pun geng genster ke.
Kesian bdk ni… hrp penjahat tu dpt hukuman setimpal
Quote Nadiabella 24-5-2021 02:26 PM
Kat sana memang... I pernah duduk US lima tahun....pernah my hub belok kereta tak kasi isyarat laluan sbb ingat takde kereta lain...  tak perasan ada kereta kat sebelah.. Mamat ni tak happy.. Dia horn kereta sepanjang laluan.. Kita pon heran asal dia horn ..bila dia dapat potong kereta kita, dia bagi middle finger n pekik2 yang kita potong dia.. Wah geram tengok...anak2 I ketakutan
Quote MontanaHannah 24-5-2021 02:32 PM
jumpa org bodoh jgn layan

layankan sajaaaaaaaaaaaaaaaa


pengalaman aku yg pernah kena bertunggu-tangga di negara mmg xbest tu

org-org dia cukup bodoh sombong

tp sebab  kita buat kerja kita....bayangkan kerja disuruh aku tengok mcm tu saja ..mrk nak handle sendiri , hire sebab nak cukupkan syarat ketat SOP sahaja

layankan sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


manusia seperti haiwan memang wujud dalam masyarakat kita ,depan ALLAH sahaja esok maisng-maising baru sedar diri terbogel di padang masyhar dgn aib diri xterurus baru ingat hakikat diri tu cuma hamba saja, sudah terlewat  lah
Quote Simunggu 24-5-2021 02:35 PM
gara gara sikap pemanas & ego...buat bodoh duduk diam tak ada turun darjat pun
Quote any42 24-5-2021 02:57 PM
kerana jari badan binasa
Quote nononcrux 24-5-2021 03:31 PM
Simunggu replied at 24-5-2021 02:35 PM
gara gara sikap pemanas & ego...buat bodoh duduk diam tak ada turun darjat pun

paling tak pon maki sendri kan.. aku selalu mcm tu kalau ikut panas baran takda sudahnya. geram juga tapi cool la sendiri..
Quote mikasa 24-5-2021 03:40 PM
Ini gara2 senang sgt dpt pistol
Quote dodolgemok 24-5-2021 04:20 PM
Sbb tu lah amareka ni xpernah jdi negara idaman dodol utk dilawati. Pistol bersepah sana sini, xpasal2 jah mati katak. Takziah sis
Quote Artemesiaa 24-5-2021 04:25 PM
Sebab tu jangan layan sangat kalau dalam situasi macam tu kena geng gengster tak pasal2 kena tembak pula
Quote raxief 24-5-2021 05:45 PM
ni kira Unhinged untuk kali ke berapa ni
Quote darkness 24-5-2021 05:53 PM
Hmmm..lain buat hal, lain yg jadi mangsa
Quote Amigurumi 24-5-2021 08:48 PM
Ini yg paling takut ni. I bengang mcm mana pun tahan je sebab pikir takut sendiri yg binasa nanti. Habis kuat pun hon. I ada pengalaman kena himpit rapat sebelah kanan, kiri i dah divider. Nasib kereta belakang tolong hon dan cucuk belakang dia. While kereta kakak i pula pernah kena terajang dgn motorist mabuk pepagi buta
Quote cicicumel 24-5-2021 08:56 PM
hahah..mcm movie Russel Crowe berlakon tu ''UNHINGED'' serammmm psiko road bully
Quote Zeatyisaac 24-5-2021 09:09 PM
Kesian, anak yang menjadi mangsa. I selalunya horn je, Itu pun paling banyak dua kali je, sebab kita tak tahu siapa lawan kita tu.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.171425 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top