CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hospital Tukar Mayat Anak Dengan Bangkai Tikus

24-5-2021 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3038| Komen: 14

Suami isteri di Colombia yang kematian bayi dalam kandungan kecewa mayat anak mereka digantikan dengan bangkai tikus besar.

Daniel Alejandro Jaramillo berkata, insiden itu berlaku selepas bayi mereka yang berusia 28 minggu dalam kandungan pasangannya, Jari Daniela Velez, maut akibat masalah jantung.




Kejadian berlaku ketika wanita terbabit dirawat di Hospital Tomas Uribe pada 13 Mei lalu.

Katanya, mereka kemudian mengunjungi bilik mayat untuk urusan pengebumian dan dokumen kematian. Namun, terkejut apabila hanya menemui bangkai tikus dalam peti mayat milik anaknya.



Haiwan itu kemungkinan diletakkan pihak hospital itu bagi menggantikan mayat anak mereka yang tidak dapat ditemui.


Sepupu Jari, Majo Velez melaporkan kes itu ke pusat penjagaan kesihatan di laman Facebook.

"Pihak hospital memberi kami bangkai tikus, saya mahu mereka berikan mayat anak kecil itu," tulisnya.


Kredit foto: The Sun/FB

Pihak hospital memberikan reaksi dengan memohon maaf atas insiden itu.

"Kami meminta maaf atas apa yang berlaku dan bersedia membantu apa saja permintaan sebagai sebuah keluarga.

"Kami akan membuat siasatan dalaman mengenai kes ini," kata kenyataan itu seperti dipetik New York Post.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-5-2021 12:27 PM
Ke dah buat ritual?
Voodoo?
Kesian parents tu
Quote NataliaLuiz 24-5-2021 02:58 PM
The heck ganti mayat bayi dgn tikus??? Nak jual organ ke?
Quote nononcrux 24-5-2021 03:07 PM
suka hati je, ape punya system la
Quote sukacactus 24-5-2021 03:09 PM

Mmg betul2 hilang ank ni
Quote Ciktiekus 24-5-2021 07:12 PM
Nk buat ujikaji la tu..
Quote clarizsa 24-5-2021 07:54 PM
Kat negara lain
Kalau kat china i nak tuduh dah jual kat pemakan fetus yg buat sup tu
Kesian
Quote Zeatyisaac 24-5-2021 09:20 PM
clarizsa replied at 24-5-2021 07:54 PM
Kat negara lain
Kalau kat china i nak tuduh dah jual kat pemakan fetus yg buat sup tu
Kesian

Eeww...ada yer....
Quote AyaqMeloSuam 25-5-2021 12:58 AM
Jual.. buat produk kecantikan..
Quote kelapaparut 25-5-2021 01:15 AM
Ya ampun, Colombia.. org2 latinos suke buat lawak sadis, prank2 yg melampaui batas
Quote slavehunter 25-5-2021 01:23 AM
Aku pun rasa hospital jual buat jadi cell serum untuk muka.
Quote lavieenrose 3-6-2021 07:24 AM
Tak masuk akal kesilapan hospital ni
Quote ultra78 3-6-2021 07:42 AM
Sori,aku tergelak.

Mana la hospital tu gi kutip bangkai tikus tu
Quote naina 3-6-2021 07:48 AM
Dia tak expect family tu nak tengok kot. Kotla dapat yg dah siap kapan kan..asal dapat rasa bentuk tubuh agaknya hospital fikir. Gilakkk
Quote dudaberhias 3-6-2021 09:33 AM
jual la tu...
tikus yang ko gantikan dikkk...
dah la comel tikus tu sian dia

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.078658 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top