CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor 'tersilap' potong kaki pesakit warga emas

23-5-2021 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4673| Komen: 27



AUSTRIA: Seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun terpaksa menanggung derita apabila pakar bedah sebuah klinik di sini, melakukan kesilapan ketika melakukan pembedahan.

Dalam kejadian yang berlaku di Klinik Freistadt pada 18 Mei lalu itu, doktor yang bertugas melakukan kesilapan apabila 'terpotong' kaki yang salah.

Laporan turut menyebut lelaki berkenaan menghidap pelbagai jenis penyakit sehingga memaksa kakinya perlu dipotong.

Sebelum pembedahan dilakukan, doktor terbabit dikatakan tersilap menanda bahagian kaki yang sepatutnya perlu dipotong.

"Kami sangat terkejut dan kesal dengan kejadian yang berlaku pada 18 Mei lalu ke atas pesakit berusia 82 tahun berkenaan.


"Malangnya, kaki kanan pesakit itu dipotong apabila kaki kiri yang sepatutnya dipotong oleh doktor.

"Kami perlu mencari punca dan menyiasat bagaimana kesilapan ini boleh berlaku. Kami ingin meminta maaf secara terbuka ke atas insiden yang berlaku ini," kata pengarah perubatan klinik, Norbert Fritsch pada sidang akhbar.

Mengikut laporan, kesilapan itu hanya disedari selepas pembalut pada kaki pesakit berkenaan ditukar pada Khamis lalu, iaitu dua hari selepas pembedahan dilakukan.

Saluran berita Austria Heute melaporkan, pesakit terbabit pada awalnya tidak menyedari kesilapan itu kerana penyakit yang dialaminya.

Fritsch berkata, klinik berkenaan akan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pembedahan dan pesakit terbabit ditawar sokongan psikologi selepas kesilapan yang berlaku dan terpaksa menjalani pembedahan kedua dalam tempoh terdekat bagi memotong kaki yang sepatutnya. - Agensi



Sumber : Berita Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 22-5-2021 03:42 PM
Aduhhh... kesian...
Quote supernaturalee 23-5-2021 02:23 AM
X psl2 kudung 2 blh kaki
Bkn ke sblm operate dr akn tny bnyk kali sblm operate maklumat patient dan part mn yg akn dioperate
Bnyk check point sblm diberi bius utk make sure the right part yg perlu dioperate

Teringat episod mr bean nk tampal gigi
Terbalik2 xray gigi
Hujung2 hbs semua ditampalnya
Adehh

Btw cntk nya view hosp tu
Serba menghijau dgn pond lg
I wonder kt mn tmpt parking die
X nmpk kete melimpah pun


Quote kakikuDibibirmu 23-5-2021 02:26 AM
supernaturalee replied at 23-5-2021 02:23 AM
X psl2 kudung 2 blh kaki
Bkn ke sblm operate dr akn tny bnyk kali sblm operate maklumat patient da ...

[youtube]60NSM_EHmuw[/youtube]
Quote supernaturalee 23-5-2021 02:31 AM
kakikuDibibirmu replied at 23-5-2021 02:26 AM

Hahahadoiiii

Laju je kan

Yup...episod ni


Quote belacan_gurl 23-5-2021 08:35 AM
supernaturalee replied at 23-5-2021 02:23 AM
X psl2 kudung 2 blh kaki
Bkn ke sblm operate dr akn tny bnyk kali sblm operate maklumat patient da ...

Kan...siap berconteng dgn marker bahagian yg nk dibedah tu sbb doktor terangkan nk potong yg mana
Quote kelapaparut 23-5-2021 09:31 AM
ni doktor pakar gaji euro150k ke ( ye lah Austria kan kalu malaysia rm)
Quote CARI-HBZ 23-5-2021 02:16 PM





AUSTRIA: Seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun terpaksa menanggung derita apabila pakar bedah sebuah klinik di sini, melakukan kesilapan ketika melakukan pembedahan.


Dalam kejadian yang berlaku di Klinik Freistadt pada 18 Mei lalu itu, doktor yang bertugas melakukan kesilapan apabila 'terpotong' kaki yang salah.


Laporan turut menyebut lelaki berkenaan menghidap pelbagai jenis penyakit sehingga memaksa kakinya perlu dipotong.


Sebelum pembedahan dilakukan, doktor terbabit dikatakan tersilap menanda bahagian kaki yang sepatutnya perlu dipotong.


"Kami sangat terkejut dan kesal dengan kejadian yang berlaku pada 18 Mei lalu ke atas pesakit berusia 82 tahun berkenaan.


"Malangnya, kaki kanan pesakit itu dipotong apabila kaki kiri yang sepatutnya dipotong oleh doktor.


"Kami perlu mencari punca dan menyiasat bagaimana kesilapan ini boleh berlaku. Kami ingin meminta maaf secara terbuka ke atas insiden yang berlaku ini," kata pengarah perubatan klinik, Norbert Fritsch pada sidang akhbar.


Mengikut laporan, kesilapan itu hanya disedari selepas pembalut pada kaki pesakit berkenaan ditukar pada Khamis lalu, iaitu dua hari selepas pembedahan dilakukan.


Saluran berita Austria Heute melaporkan, pesakit terbabit pada awalnya tidak menyedari kesilapan itu kerana penyakit yang dialaminya.


Fritsch berkata, klinik berkenaan akan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pembedahan dan pesakit terbabit ditawar sokongan psikologi selepas kesilapan yang berlaku dan terpaksa menjalani pembedahan kedua dalam tempoh terdekat bagi memotong kaki yang sepatutnya. - Agensi






Sumber : Berita Harian
Quote R2D2 23-5-2021 02:20 PM
untung jadi wartawan CARI
dpt buka thread lewat

thread awal
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1251981
Quote CARI-HBZ 23-5-2021 02:22 PM
R2D2 replied at 23-5-2021 02:20 PM
untung jadi wartawan CARI
dpt buka thread lewat



terima kasih beritahu.search tak jumpa.
Quote FanTasyCreaTioN 23-5-2021 02:28 PM
CARI-HBZ replied at 23-5-2021 02:22 PM
terima kasih beritahu.search tak jumpa.

pasni boleh la @R2D2 direct PM CARI-HBZ  jika ada threads yang sama.


Terimakasih mergekan

Quote R2D2 23-5-2021 02:46 PM
CARI-HBZ replied at 23-5-2021 02:22 PM
terima kasih beritahu.search tak jumpa.

pertama kali team CARI respon
sebelum ni dlm mana2 thread yg sama yg team CARI buka
bila saya reply tak pernah dpt respon


Quote R2D2 23-5-2021 02:47 PM
FanTasyCreaTioN replied at 23-5-2021 02:28 PM
pasni boleh la @R2D2 direct PM CARI-HBZ  jika ada threads yang sama.

OK. Noted FC

Quote any42 23-5-2021 03:06 PM
Kesiannya kudung dua2 kki
Quote any42 23-5-2021 03:14 PM
supernaturalee replied at 23-5-2021 02:23 AM
X psl2 kudung 2 blh kaki
Bkn ke sblm operate dr akn tny bnyk kali sblm operate maklumat patient da ...

skrng kt astro pun ade ulangan mr bean. mngimbau knangan btul lg2 bila dgr muzik starting yg dia jatuh dr langit dgn lampu sorot tu.

btul view sgt cantik. berehat kt katil dlm rwatan bukak tingkap nmpak pndngn menghijau tenangnyaaaa
Quote slyfynx 23-5-2021 03:43 PM
R2D2 replied at 23-5-2021 02:46 PM
pertama kali team CARI respon
sebelum ni dlm mana2 thread yg sama yg team CARI buka
bila saya re ...

Kannnnn.
Tp kadang2 tu tajuk pun sama.
X kan la search x jumpa.
Quote R2D2 23-5-2021 07:21 PM
carian yg sebetulnya
kena dropdown
pilih This Forum


Screenshot 2021-05-23 192035.jpg

Quote ReginaGeorge 23-5-2021 09:43 PM
Sokongan psychology jer?
Quote supernaturalee 24-5-2021 04:39 PM
any42 replied at 23-5-2021 03:14 PM
skrng kt astro pun ade ulangan mr bean. mngimbau knangan btul lg2 bila dgr muzik starting yg dia j ...

Ade lg ke
Hr tu kt channel 700
Ms pkp 2.0
Ni pkp 3.0 x cek lg

Quote any42 24-5-2021 04:52 PM
supernaturalee replied at 24-5-2021 04:39 PM
Ade lg ke
Hr tu kt channel 700
Ms pkp 2.0

hadoooo. xsilap channel 702 hello kot.
klau nk tgk yg versi kartun kt channel cartoon network. hahaha

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054291 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top