CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Merepek Je Tuduh Ramona Zamzam Pro Zionis

21-5-2021 07:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4127| Komen: 10

Serangan zalim Israel ke atas Pelestin turut memberi kesan mendalam kepada pelakon Ramona Zamzam memandangkan ia merupakan tanah kelahiran suaminya iaitu Rami Alashkar.



Kredit foto: IG Ramona

Biarpun keluarga mentuanya tidak berada di sekitar lokasi kejadian, namun Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkata, suaminya masih mempunyai saudara-mara di Gaza.

Akui hatinya hancur melihat video kekejaman dan keganasan yang berlaku di sana, pelakon berusia 31 tahun itu mengambil pendekatan berehat daripada media sosial sejak seminggu lalu.



"Terima kasih kepada yang menyokong Palestin. Yang tanya pasal Rami dan keluarganya, saya sangat hargai. Alhamdulillah, mereka semua okey. Keluarganya tidak berada di Malaysia tetapi di negara lain.

"Ya betul, Rami masih ada saudara-mara di Gaza dan media sosial sekarang dihujani dengan visual keganasan di sana. Saya sendiri mengambil pendekatan untuk berehat daripa media sosial sejak seminggu lalu.

"Dada saya sakit, hati saya hancur melihat segala video yang dikongsikan. Saya terlalu lemah," kata Ramona menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya.



Dalam pada itu, Ramona memberitahu biarpun suaminya kini menetap di Malaysia, namun solidariti dan sokongan masih utuh buat keluarganya di bumi bergolak itu.

Tambah Ramona lagi, Rami antara keluarga yang diusir Israel dari tanah mereka sendiri dan terpaksa merantau ke negara lain bagi mencari penempatan baharu.



Sementara itu, Ramona menegaskan bahawa tindakannya berdiam diri daripada berkongsi apa yang terjadi di Palestin bukan membuktikan dia seorang pro-Zionis.




Untuk rekod, Ramona dan Rami telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alaskhar yang kini berusia empat tahun.


Sumber: mStar
Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 21-5-2021 10:36 AM
ar2 la merepek jerrkk
Quote kucingitam 21-5-2021 11:51 AM
bodohnya netizen..takkan nak tunjuk sokong kena upload medsos?

better diam2 tunjuk sokongan dari korang yang dok protes dpn pc sambil hisap rokok yahudi
Quote bluebutter 21-5-2021 01:17 PM
Lawa betul anak dia.
Quote exclusive_vvip 21-5-2021 01:31 PM
I pun x up status 1 hapa pun pasal palestin..join boikot pun tidak..dari dulu pun iols camtu..sibbaik i bukan retis..tapi bukan bermaksud i pro Israel.. (btw,tringat ada forumer penah citer, member dia org Palestine dtg dok sini, org Palestine tu cakap pompuan malaysia huduh)
Quote dudaberhias 21-5-2021 01:43 PM
Sukati dia la nak pos ke tidak, ramai je tak pos tapi senyap2 derma pada palestin. Yang duduk pos2 tu pun entah2 hanya repost je tapi tak tahu pun apa terjadi, hanya ikut the trend.

Btw iols rasa dia tak pos sebabnya laki dia dapat pampasan tanah kena curi oleh israel. Katanya tanah kena curi kan dapat pampasan, patut la laki dia tak nampak kerja pun yach
Quote JalaEmas 21-5-2021 02:20 PM
hmm.. netizen2..
Quote buapakperut 21-5-2021 03:12 PM
exclusive_vvip: I pun x up status 1 hapa pun pasal palestin..join boikot pun tidak..dari dulu pun iols camtu..sibbaik i bukan retis..tapi bukan bermaksud i pro Israel ...
tetiber sengal , kahkahkah
Quote buapakperut 21-5-2021 03:13 PM
takda ost takda tukar dp tak semestinya pro zionis. semua benda nak tunjuk sampai over kadang2. derma habuk pun tarak
Quote Belibis 21-5-2021 06:33 PM
Untung ler.sedara mara jenuh perang lawan israel,dia menayang bini retis.
Quote edayildiz 21-5-2021 07:39 PM
laki dia punya family dk dubai kan..mayb dia berdoa jer..xtnjk xsemestinya xsyg..ha giteww
awat i backup dorg eh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050387 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top