CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3031|Reply: 10

Ramona Zamzam bukan 'Agent Mossad'

[Copy link]
Post time 20-5-2021 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Ramona Zamzam dituduh pro-Israel

Sememangnya ramai yang terkesan dengan serangan yang berlaku terhadap Palestin sejak  penghujung Ramadan lalu. Bukan hanya rakyat Malaysia, para selebriti Tanah Air dan luar negara turut bersolidariti meminta kekejaman disana dihentikan.

Namun ada juga netizen yang ‘bermulut puaka’ apabila dengan mudah menuduh selebriti tertentu yang tidak memuat naik sebarang sokongan kepada Gaza sebagai tidak mengambil endah isu sesama.


Dituduh pro Israel


Salah seorang yang menerima kecaman itu adalah pelakon Ramona Zamzam. Dia yang juga bersuamikan pemuda berketurunan Palestin telah menerima kecaman diruangan komen oleh netizen ‘serba tahu’ sehingga membuatkannya mengeluarkan kenyataan ringkas berhubung dakwaan tersebut di Instagramnya.


Menurut Ramona, dia tidak memuat naik sebarang hal berkenaan Palestin bukan bermaksud dia tidak kisah tentang tanah kelahiran suaminya.

Pastinya mereka berasa sedih melihat situasi yang berlaku lebih-lebih lagi masih ada saudara mara suaminya, Rami Alashkar yang berada disemenanjung Gaza.

  



Tambahnya dalam penjelasan tersebut, manusia mana yang tidak sedih melihat keadaan seperti itu lebih-lebih lagi suaminya yang sudah lama terpisah dengan saudara mara dan ahli keluarga.

Dia juga memaklumkan bahawa keluarga suaminya tidak dibenarkan sama sekali untuk pulang ke Palestin kerana tanah mereka sudah dirampas oleh pihak musuh.

Jadi, mereka sejak kecil sudah berpindah randah dari pelbagai negara dan begitu struggle untuk meneruskan kehidupan.


Kita pandai cakap, tapi ada yang merasai sendiri
Pelakon cantik berkenaan turut menyelitkan pesanan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak sewenang-wenangnya keluar dari rumah dengan alasan bertemu keluarga kerana suaminya sudah sembilan tahun tidak bertemu bapa kandung.

“Bercakap berkenaan ini, untuk orang yang langgar SOP tergedik-gedik nak jumpa orang sana sini, Rami dah 9 tahun tak jumpa ayahnya.”
“Terakhir jumpa ibunya pula ketika saya melahirkan anak pertama (2018). Itu pun sebab ibu mertua gagahkan diri datang ke Malaysia untuk melihat cucunya. Last jumpa adik beradik pun dah bertahun lamanya, dan dia tak pernah merungut.”  tulisnya.


Sehubungan dengan itu, Ramona berharap agar sesetengah pihak menghentikan dakwaan dirinya pro Israel hanya kerana tidak memuat naik sebarang kenyataan berpihak kepada Palestin. Dia juga sempat menitipkan pesan agar terus berdoa demi keselamatan Palestin dan kita semua.

Doa dan sokongan sentiasa ada


Oleh itu, ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat buat bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 itu agar sabar menerima kecaman tersebut.




Tak upload apa2 tak bermakna tak sokong




Sumber: Ramona Zamzam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2021 10:36 AM | Show all posts
ar2 la merepek jerrkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 11:51 AM | Show all posts
bodohnya netizen..takkan nak tunjuk sokong kena upload medsos?

better diam2 tunjuk sokongan dari korang yang dok protes dpn pc sambil hisap rokok yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa betul anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun x up status 1 hapa pun pasal palestin..join boikot pun tidak..dari dulu pun iols camtu..sibbaik i bukan retis..tapi bukan bermaksud i pro Israel.. (btw,tringat ada forumer penah citer, member dia org Palestine dtg dok sini, org Palestine tu cakap pompuan malaysia huduh)
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati dia la nak pos ke tidak, ramai je tak pos tapi senyap2 derma pada palestin. Yang duduk pos2 tu pun entah2 hanya repost je tapi tak tahu pun apa terjadi, hanya ikut the trend.

Btw iols rasa dia tak pos sebabnya laki dia dapat pampasan tanah kena curi oleh israel. Katanya tanah kena curi kan dapat pampasan, patut la laki dia tak nampak kerja pun yach
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm.. netizen2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip: I pun x up status 1 hapa pun pasal palestin..join boikot pun tidak..dari dulu pun iols camtu..sibbaik i bukan retis..tapi bukan bermaksud i pro Israel ...
tetiber sengal , kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
takda ost takda tukar dp tak semestinya pro zionis. semua benda nak tunjuk sampai over kadang2. derma habuk pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung ler.sedara mara jenuh perang lawan israel,dia menayang bini retis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
laki dia punya family dk dubai kan..mayb dia berdoa jer..xtnjk xsemestinya xsyg..ha giteww
awat i backup dorg eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.045229 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list