Tahun lalu media sosial gempar dengan kenyataan personaliti TV dan penceramah motivasi, Amin Idris yang mengeluarkan kenyataan pedas di Facebook terhadap penceramah bebas Ustaz Abu Syafik. Dalam kenyataan secara terbuka beliau, Amin Idris membidas perangai Ustaz Abu Syafik yang dikatakan suka mengata, memaki, menyesatkan dan memfitnah orang lain di Facebook. "Bila dikritik
dan diperli kelakuannya, eh tiba-tiba PM meminta saya memohon maaf, yang kau
hina orang, mengata orang, tuduh orang, ada kau minta maaf," kata kenyataan
Amin Idris dalam satu hantaran di Facebooknya bertarikh 24 April 2020.
Kredit Foto: Beautiful Nara Susulan itu, ramai
pemerhati yang menyokong dan bersetuju dengan kenyataan Amin Idris tersebut sehinggakan
Ustaz Abu Syafik telah menghantar surat peguam kepada Amin Idris menuntut
permohonan maaf beserta saman RM1 juta kerana dikatakan merosakkan reputasi dan
mencalarkan kredibilitinya. Bagaimanapun
kes itu senyap seketika selepas peguam Amin Idris pula menghantar surat balasan
untuk menolak semua permintaan daripada Ustaz Abu Syafik. Bagaimanapun,
semalam, peguam kepada Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman
NHA Advocates and Solicitors mengesahkan mereka tidak pernah berundur daripada
tuntutan mereka sebaliknya kes itu akan mula dibicarakan pada hari esok (20 Mei
2021). "Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20, 21, 27 dan 28 Mei bagi perbicaraan kes' kata Nurul Hafidzah kepada media. "Kami sudah cuba mencari jalan penyelesaian secara baik tetapi gagal jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang," kata kenyataan itu lagi. Apakah kesudahan kepada perselisihan kedua-dua penceramah bebas ini? Kita nantikan kisah dari mahkamah nanti. -CARI |
laksmanabentan replied at 20-5-2021 07:58 AM
Amin ni yg dulu kena scammer dgn filipino kannn...
supernaturalee replied at 20-5-2021 08:04 AM
Dan jgk khutbah guna pedang or something dr marvel merchandise
Raya mgu lps tah ape plk die guna ...
Normabaru replied at 20-5-2021 08:24 AM
Dedua poyo menyampahhhh!
Tp kena puji kulit amin ni cantik. Kaka terjumpa kt pintu.. Mmg tkesima ...
takayama replied at 20-5-2021 09:01 AM
xde mediation dulu ke seblm trial atau dedua keras kepala xnak buat
awanysss replied at 20-5-2021 10:43 AM
kan.. dia kat tv and kat gambar nmpk biasa..depan2 helok betul..
dulu dtg ceramah kat sekolah, jg ...
uori replied at 20-5-2021 09:36 AM
zaman sekarang nih, ostad dah tak dipandang tinggi dah
Normabaru replied at 20-5-2021 11:05 AM
Laaa... Terus ingt dia nk kawen ke even if single pon.. Luls
nway perangai poyo dia tu kaka x ...
awanysss replied at 20-5-2021 11:18 AM
baru ni dia ada share gmbr raya ngan wife dia kan.. cantik juga... mcm ustazah2..
tp dulu masa di ...
awanysss replied at 20-5-2021 10:44 AM
rasanya dah try tp tak jalan.. ikut ayat lawyer tu mcm dah buat everything tp still nak proceed fu ...
awanysss replied at 20-5-2021 11:18 AM
baru ni dia ada share gmbr raya ngan wife dia kan.. cantik juga... mcm ustazah2..
tp dulu masa di ...
ADVERTISEMENT