CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ariana Grande dah kahwin...

19-5-2021 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6437| Komen: 20|Original author: piao

Description: PENYANYI, Ariana Grande disahkan sudah berkahwin secara rahsia dengan pasangannya dikenali, Dalton Gomez pada hujung minggu lalu. Sumber terdekat penyanyi itu memberi ...


Ariana Grande dah kahwin...

PENYANYI, Ariana Grande disahkan sudah berkahwin secara rahsia dengan pasangannya dikenali, Dalton Gomez pada hujung minggu lalu.

Sumber terdekat penyanyi itu memberitahu media antarabangsa, majlis perkahwinan itu dihadiri kurang daripada 20 tetamu dan berlangsung dengan penuh kasih sayang.

"Ruang majlis itu berlangsung dipenuhi dengan rasa bahagia dan kasih sayang. Pasangan itu serta keluarga kedua-dua belah pihak, turut berkongsi rasa bahagia mereka.

"Ia berlangsung dalam skala yang sangat kecil dan hanya dihadiri oleh orang-orang terdekat mereka sahaja," katanya.

Menurut sumber itu lagi, Ariana dan suaminya, Gomez yang juga ejen hartanah banyak menghabiskan masa bersama.

"Mereka sangat cintakan satu sama lain dan banyak menghabiskan masa bersama. Dia (Gomez) benar-benar memanjakannya dan buat dia rasa gembira.


"Bukan sahaja Ariana, bahkan, keluarga serta rakan-rakan juga sukakannya," katanya.

Berita mengenai percintaan Ariana dan Gomez mula menjadi bualan pada Februari tahun lalu, selepas penyanyi lagu 7 Rings itu berpisah dengan bekas kekasihnya, Mikey Foster.

Sebulan selepas itu, Ariana mula berkongsi kebahagiaannya dengan Gomez di Instagram.

Pada Mei tahun lalu, Ariana dan Gomez lebih terbuka mengenai kisah cinta mereka apabila kedua-duanya muncul dalam video muzik lagu duet Ariana bersama Justin Bieber, Stuck With U.

Mereka kemudiannya mengikat pertunangan pada Disember.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 18-5-2021 09:17 PM
kejap je tu...tgklah nanti
Quote Artemesiaa 19-5-2021 05:22 PM
Tahniah ler moga berkekalan
Quote rastaf 19-5-2021 06:12 PM
terzoom keti dia pulak...
Quote dua_chzy 19-5-2021 06:16 PM
Pehtu bulan depan cerai.
Quote Normabaru 19-5-2021 06:20 PM
Ariana ni femes 1dunia pon kawen 20pax je..

Bkn 200 apetah lagi 2000..msia retis sendu gigih langgar sop semata2 nk kawen wow kejar title WOTC punya pasal hujung2 kena denda..

#lessismore
#covwed
#embracenewnorm pls
Hahahahhaa
Quote makneng 19-5-2021 06:28 PM
Stuck with chuuuuuuu......
Quote Tinot7 19-5-2021 06:44 PM
Tahniahh ....
Quote my_irina 19-5-2021 07:06 PM
Dia saje kawin 14 mei sbb nak trigger tu bday mic foster..{:run
Quote 3480 19-5-2021 09:26 PM
Aku suka suara dia nyanyi.. dh la lawa..
Tp dia ni aku tgk spesis2 Selena Gomez, Amelia Henderson, sweet qismis, eka farhana, elfira loy n adik laki dia.. dh tua pon rsa mcm budak2 lg..
Menyeksi pon nmpak cam budak2
Quote pxlbb 19-5-2021 10:28 PM
rastaf: terzoom keti dia pulak...

Iols pun tertarget yg itu dulu dan terperasan keti sheols mempunyai rupa semacam benda lain oh my mataku {:spec
Quote any42 20-5-2021 12:08 AM
mcm muda lg ke x. xsangka awl kawin sdangkn celeb famous lain dah beranak pinak pun blum nk kawin. tahniah
Quote borrow 21-5-2021 09:56 AM
Sheols geng miley , jb . Tak kisah kawen awal.
Quote caprut 21-5-2021 06:14 PM
Normabaru replied at 19-5-2021 06:20 PM
Ariana ni femes 1dunia pon kawen 20pax je..

Bkn 200 apetah lagi 2000..msia retis sendu gigih lan ...

Tp kbyakan artis hollywood kalau kawen mmg jemputan tk ramai kan. Even org biasa dorg pon just family mmber dgn friends je dtg
Quote Normabaru 21-5-2021 06:19 PM
caprut replied at 21-5-2021 06:14 PM
Tp kbyakan artis hollywood kalau kawen mmg jemputan tk ramai kan. Even org biasa dorg pon just fam ...

Intimate event mmg bt ape bt reramai.. Msia je salah concept.. Hujung2 cerai. Hehehe
Quote budakpink 22-5-2021 09:32 AM
Aku ternanti2 selena gomez bila nak kawin...boyfren pun mcm tak nampak..kdg2 artis holywood ni kehidupan peribadi sgt privacy...mmg pertaruhkan bakat semata2 tapi fans juta2....
Quote GincuPurple 30-5-2021 11:52 AM
Normabaru replied at 21-5-2021 10:19 AM
Intimate event mmg bt ape bt reramai.. Msia je salah concept.. Hujung2 cerai. Hehehe

tu kan dah tradisi. takkan la semua nak ikut omputeh. dah dari nenek moyang kita dulu, bila kenduri kawen jemput org2 kampung. konsep kita, sedekah bagi orang makan.  kalau yg buat doa selamat tu je, sebab tak mampu yg amat. atau sebab dah berisi dulu sebelum kawen. Jadi, salah ke kita ada tradisi sendiri?


Quote Normabaru 30-5-2021 05:27 PM
GincuPurple replied at 30-5-2021 11:52 AM
tu kan dah tradisi. takkan la semua nak ikut omputeh. dah dari nenek moyang kita dulu, bila kendur ...

Hmm.. Xsalah tp most of the time bkn bg makan tp pembaziran makanan..

Just like breastfeeding..dulu 'tradisi' mmg IN btol susu botol.. Tp lani sgt rmi support bfeeding siap suh simpan stok segala.. so why not kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul..
Quote gideoncross 13-7-2021 09:19 PM
Fafaa replied at 19-5-2021 07:41 PM
Boleh tahan ke ni? Dia ni cpt catch feeling sama mcm brooklyn beck tu

Klau uol bca kat website DailyMail, bnyk je ummah Kokesen yg x prcya dgn dia ni & some said prkhwinan dia ni x sah.
Quote gideoncross 13-7-2021 09:19 PM
borrow replied at 21-5-2021 09:56 AM
Sheols geng miley , jb . Tak kisah kawen awal.

Geng Illuminati khwin awl sbb nak mngelakkan dri trus2an mnjadi mngsa pedo dlm Hollyweird.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.134074 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top