Tahun lalu media sosial gempar dengan kenyataan personaliti TV dan penceramah motivasi, Amin Idris yang mengeluarkan kenyataan pedas di Facebook terhadap penceramah bebas Ustaz Abu Syafik.
Dalam kenyataan secara terbuka beliau, Amin Idris membidas perangai Ustaz Abu Syafik yang dikatakan suka mengata, memaki, menyesatkan dan memfitnah orang lain di Facebook.
"Bila dikritik dan diperli kelakuannya, eh tiba-tiba PM meminta saya memohon maaf, yang kau hina orang, mengata orang, tuduh orang, ada kau minta maaf," kata kenyataan Amin Idris dalam satu hantaran di Facebooknya bertarikh 24 April 2020.
Kredit Foto: Beautiful Nara
Susulan itu, ramai pemerhati yang menyokong dan bersetuju dengan kenyataan Amin Idris tersebut sehinggakan Ustaz Abu Syafik telah menghantar surat peguam kepada Amin Idris menuntut permohonan maaf beserta saman RM1 juta kerana dikatakan merosakkan reputasi dan mencalarkan kredibilitinya.
Bagaimanapun kes itu senyap seketika selepas peguam Amin Idris pula menghantar surat balasan untuk menolak semua permintaan daripada Ustaz Abu Syafik.
Kredit Foto: Carian Google
Bagaimanapun, semalam, peguam kepada Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors mengesahkan mereka tidak pernah berundur daripada tuntutan mereka sebaliknya kes itu akan mula dibicarakan pada hari esok (20 Mei 2021).
"Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20, 21, 27 dan 28 Mei bagi perbicaraan kes' kata Nurul Hafidzah kepada media.
"Kami sudah cuba mencari jalan penyelesaian secara baik tetapi gagal jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang," kata kenyataan itu lagi.
Apakah kesudahan kepada perselisihan kedua-dua penceramah bebas ini? Kita nantikan kisah dari mahkamah nanti. -CARI
|