CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penindasan Uighur: AS gesa boikot Sukan Olimpik 2022 China

19-5-2021 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2344| Komen: 18



SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi menggesa diadakan boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik musim sejuk di Beijing pada 2022.

Tindakan diambil sebagai mengkritik China susulan pelanggaran hak asasi manusia berkaitan isu etnik di Uighur.

"Kita tidak boleh teruskan Olimpik seolah-olah tidak ada apa yang salah di China," katanya di Washington pada Selasa.

Beliau turut menyifatkan mana-mana pemimpin yang hadir menyokong sukan itu sebagai hilang 'kewibawaan moral'.

"Jika pemimpin-pemimpin negara pergi ke China ketika genosid terus terjadi ketika ini, di mana kewibawaan moral anda untuk bercakap mengenai hak asasi manusia?


"Adakah kita akan hormati kerajaan China yang mengamalkan genosid? Jagalah maruah atlet anda di negara sendiri.

"Mari kita adakan boikot diplomatik jika Olimpik ini terus diadakan. Kita tidak boleh berdiam mengenai isu ini," katanya.

Penggubal undang-undang di AS banyak menyuarakan hasrat memboikot Sukan Olimpik yang dijadual pada Februari dan mengecam mana-mana syarikat negara itu yang berdiam diri mengenai isu berkenaan.

Sebelum ini, Jabatan Negara AS mengklasifikasikan isu di Uighur itu sebagai jenayah pembunuhan kaum atau genosid.

Berdasarkan laporan panel bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2018, sekurang-kurangnya 1 juta orang Muslim Uighur ditahan di kem di wilayah Xinjiang, China.

Namun, Beijing menggambarkan ia sebagai pusat latihan vokasional untuk membasmi keganasan dan menolak tuduhan penyalahgunaan dan pembunuhan beramai-ramai.



Sumber : Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 19-5-2021 12:35 PM
beli cincau la us... palestine ko buat diam.sana terang2 bunuh bom satu dunia nampak.mentang2 geng ko.
ntah kenapa aku rasa china cuba difitnah bagi satu dunia benci.yela sana bakal jadi kuasa dunia baru..tapi china tak jawab pun..atau jawab bahasa dia tapi dunia tak tau
Quote mamajawie 19-5-2021 12:39 PM
rastaf replied at 19-5-2021 12:35 PM
beli cincau la us... palestine ko buat diam.sana terang2 bunuh bom satu dunia nampak.mentang2 geng k ...

china jawab pakai covid n satelit terhempas jurhhh da menggelupur 1 dunia..

Quote squeeze 19-5-2021 01:47 PM
pasal palestin buat xtau je celake ni
Quote Dwdrum 19-5-2021 01:51 PM
Issue palestine israel seluruh dunia perlu berhenti  neglect ussue lain yea.... What a nut...
Quote ultra78 19-5-2021 01:54 PM
Mcm tak biasa. US akan tekan lawan mereka. Kalau geng sendiri pejam mata.
Quote Dwdrum 19-5-2021 01:56 PM
Common lah sis jika tanya group mana depa support... hamas baik... Boko haram buat buta
Quote Decaffeinated 19-5-2021 02:12 PM
Kan Biden dgn Kamala dah kata dorang sokong Israel. Siapa kata US diam?
Quote ifanonline 19-5-2021 02:13 PM
kenyataan dr golongan kuffar dan nifaq...
Quote dusunmind 19-5-2021 02:24 PM
issue di palestina tak nampak ka US
Quote diamond_intan 20-5-2021 02:41 AM
Bumi Palestine da nk hancur pun dia buat tak nampak. Siap bagi bantuan kat israhell {:thief
Da kene bomoh ke US ni
Quote dudaberhias 20-5-2021 02:46 AM
Sebab China tu pesaing dia je. Kalau israel palestin tu dia pejam mata je boikot kerana kepentingan sahaja ni, tak payah la ikut.
Quote Babai 20-5-2021 02:48 AM
rastaf replied at 19-5-2021 12:35 PM
beli cincau la us... palestine ko buat diam.sana terang2 bunuh bom satu dunia nampak.mentang2 geng k ...

US ni negara paling setan jahat sekali dalam dunia. Dalam segala kerja jahat mesti ada dia terlibat, either terang2 atau di balik tabir.
Quote anony-mous 20-5-2021 04:06 AM
rastaf replied at 19-5-2021 12:35 PM
beli cincau la us... palestine ko buat diam.sana terang2 bunuh bom satu dunia nampak.mentang2 geng k ...

I lg benci china dari US. Nasib baik ada US utk seimbangkan kuasa china. Kalau x, habis dah semua negara china ajak perang
Quote mbhcsf 20-5-2021 05:48 AM
pandai alih perhatian pulak ye, well actually  ada asasnya juga.

China pun pada I tak payah buat olimpik lah - dengan Wuhan epicentre sampai sekarang tak tahu punca Covid-19 , dengan tata etika pelancaran dan exploration angkasa yg compang camping sampai  sisa roket pun  jadi masalah dunia dah, Uighurs. dan isu Laut China Selatannya.


I lebih simpati pada Japan yang tak dapat nak melaksanakan olimpik musim panas last year.

Ada bayak negara yang ada krisis kemanusiaan tapi saja ja dipejam mata.

Quote kakikuDibibirmu 20-5-2021 06:17 AM
@Orkuitor tersenyum sinis
Quote highcastle 20-5-2021 07:30 AM
2 x 5 aje.. Dua dua senyap aje bila kekejaman dilakukan pada org Islam..........
Quote Al-Patih 20-5-2021 10:13 AM

Quote Ciktiekus 20-5-2021 11:18 AM
Tibehh ambik berat pasal umat islam..padahal nk hentam china..gajah depan mata tak nampak..kutu b*** seberang laut nampak pulak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063385 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top